#PCUBB-Part 3

11.8K 414 13
                                    

"ADUI!" Zul Zafri terasa kepalanya dilanggar oleh sesuatu dari belakang. Dia berpaling sambil menggosok kepalanya yang bagaikan dilanggar besi keras. Gila punya keras. Entah apa yang dibawa oleh gadis itu dalam beg. Agaknya, besi untuk pukul orang kut. Perempuan sekarang memang ganas-ganas!

"Sorry!" ucap gadis yang duduk tidak jauh darinya tadi. Selepas ucap sorry, gadis itu terus melangkah pergi.

Cis! Tak ada adab langsung! Perempuan macam ni ada hati nak jadi setiausaha? Reject! Dengusnya. Dia kembali meneguk air kopi yang tinggal sedikit. Dihabiskannya terus. Dia jeling tengok jam tangannya. Sudah masuk waktu rehat. Patutlah orang ramai mula membanjiri cafeteria.

Dia berlalu bangun. Baru sahaja memulakan langkah, kakinya tersepak sesuatu. Sebuah buku nota berwarna pink meluncur laju di hadapan. Zul Zafri mengambil buku itu dan memandang sekeliling. Tak ada pun yang macam kehilangan buku nota. Semua macam sibuk dengan makanan.

Mungkin perempuan tadi kut, fikirnya.

Tiba-tiba telefon bimbit di kocek seluarnya bergetar. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Dengar kata kau ada kat cafeteria sekarang," suara Nazri kedengaran.

"Mmm... kenapa?" terus dia mengaku. Tak ada gunanya lagi dia menafikan. Mata-mata yang mengenalinya begitu banyak di sini. Bodohlah kalau dia berbohong.

"Ada masa tak? Yang ni pasal interview tadi."

"Jap. Aku naik." Perbualan ditamatkan begitu. Langkahnya diatur laju keluar dari cafeteria itu tanpa sedar dia membawa buku nota yang dijumpainya tadi.

Sampai sahaja di pejabatnya, kelihatan Nazri sudah menunggu di ruang menunggu. Suasana di pejabatnya memang sunyi. Walaupun ruangnya agak besar tapi tidak banyak meja kerja di situ. Hanya ada sebuah meja untuk setiausaha yang akan dilantiknya.

"So, macam mana? Berapa ramai yang lulus baca doa Qunut?" soal Zul Zafri sambil melangkah masuk ke pejabatnya.

"Dari 10 orang yang aku interview, hanya 3 orang yang boleh baca dengan betul. Yang lain semua fail," jawab Nazri sambil menghulurkan dua helai kertas yang mewakili dua orang calon.

"Kenapa dua? Kau kata ada tiga orang?"

"Yang satu lagi, aku tak nampak dia ada keyakinan boleh handle kerja ni. Jadi, aku cadangkan dua orang ni. Tapi... mak saudara kau tu, bagi markah penuh pada calon ni." Nazri memberikan sehelai lagi kertas markah.

"Pedulikan mak singa tu. Aku dah tahu sangat plot drama dia. Perempuan tu, anak saudara dia. Sebab tulah dia nak sangat jadi panel untuk interview kali ni," jawab Zul Zafri. Dia juga sudah terikut-ikut berikan gelaran mak singa kepada Datin Azizah, mak saudaranya itu.

"Sebab tulah kau minta aku suruh soal pasal doa Qunut?" soal Nazri barulah dia faham kenapa bosnya itu bagi arahan yang pelik-pelik pagi tadi.

Zul Zafri ketawa.

"Kau ni nak cari setiausaha atau nak cari isteri sebenarnya?" tanya Nazri dengan syak wasangka.

"Setiausaha umpama isteri di pejabat. Dia yang akan tentukan semua agenda aku. Dah tentulah aku nak cari yang terbaik. Yang penting, mesti jaga solat. Kalau dia pandai jaga solat, gerenti dia pandai jaga syarikat dan aku sebagai bos, faham?"

Nazri angguk faham. Cerewet juga kawannya ini. Patutlah sampai sekarang susah betul nak keluar dengan perempuan. Memilih sampai tak ingat dunia.

"Antara dua ni, kau pilihkan untuk aku."

"Pulak," keluh Nazri. "Kaulah pilih. Setiausaha ni untuk kau."

"Sebab aku tahu, kau tentu tahu apa yang aku suka dan sesuai untuk aku," jawab Zul Zafri.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSWhere stories live. Discover now