"BETUL ke budak ni yang Zul suka? Tak nampak macam suka pun tapi boleh tahan jugak budak ni," kata nenek yang baru habis melihat drama yang dirakam oleh Mak Esah tadi.
"Saya yakin puan. Pertama kali saya tengok Lisa, saya yakin dialah yang Zul maksudkan," jawab Mak Esah penuh yakin.
"Kalau tak silap dia ni PA Zul..."
"Puan tak suka ke?" tanya Mak Esah.
"Saya ni tak kisah sangat siapa pun yang Zul pilih asalkan perempuan tu boleh jaga cucu saya tu. Entahlah. Saya sebagai nenek pun kurang pasti apa yang ada dalam hati cucu saya tu. Berahsia sangat."
"Kali ini saya yakin puan. Lagipun ini kali pertama saya nampak Zul berinteraksi dengan perempuan. Dia dengan Lisa macam serasi bersama."
"Dah. Jangan suka sangat," Datin Halimah tak mahu terburu-buru.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk oleh seseorang.
"Hah, itu mesti Lisa. Saya suruh Lisa masakkan bubur nasi untuk puan. Puan makan ya. Puan makan sikit saja siang tadi. Lagipun, boleh rasa masakan bakal menantu. Pass atau tidak jadi menantu..." Mak Esah tersengih-sengih.
"Ada-ada sajalah kamu ni Esah..." Datin Halimah menggeleng kepala.
Tanpa buang masa Mak Esah pergi membuka pintu. Tepat tekaannya. Lisa datang membawa semangkuk bubur nasi dan secawan air.
"Lisa, masuklah. Nenek ada di dalam."
"Kena masuk ke? Saya pass kat Mak Esah sajalah," kata Lisa takut-takut. Masak untuk nenek pun dia sudah takut, inikan kena hulur masakan dia untuk nenek. Lagilah dia bertambah takut. Serupa macam jumpa bakal mak mertua.
Tegak terus bulu roma. Seram!
"Masuk sajalah. Nenek pun nak jumpa Lisa."
Lisa cuak. Nak jumpa? Apa hal pula?
"Masuk sajalah," Mak Esah menarik Lisa masuk. Nak tak nak Lisa terpaksa menurut. Menggeletar lututnya melangkah masuk ke dalam.
"Tapi..."
"Lisa teman nenek makan ya. Mak Esah belum sembahyang Isyak lagi ni," Mak Esah terus menghilang di sebalik pintu.
Habis! Masuk perangkap! Bos, tolong!
"Apa kamu tercegat lagi tu?" tegur nenek.
Lisa terkejut. Mujur tak melambung bubur nasi yang dipegangnya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri nenek yang duduk di atas katil. Sebuah meja kecil diletakkan di atas katil bagi memudahkan nenek makan bubur itu.
Berdebar-debar jantung Lisa apabila nenek mula makan bubur yang dimasaknya. Satu suap, dua suap, tiga suap... dan seterusnya. Huh, nasib baik!
"Siapa nama?" tanya nenek.
"Nur Lisa. Boleh panggil Lisa saja," jawab Lisa dengan suara tergetar-getar.
"Dah lama kerja sebagai PA Zul?" nenek terus bertanya.
"Tak lama. Tak sampai pun tiga bulan pun."
"Mmm... dalam tempoh percubaanlah ni?"
Lisa mengangguk.
"Macam mana kerja? Seronok?"
Lisa tersengih. Soalan yang susah. Nak kata seronok tak adalah seronok sangat. Stres sepanjang masa melayan kerenah bosnya tapi yang seronoknya bila bos tak cari pasal dengannya.
"Mestilah seronok dapat merasa pengalaman kerja macam ni," jawab Lisa dengan jawapan skema. Takkanlah nak burukkan cucu nenek. Itu cari nahas namanya.
YOU ARE READING
PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS
RomanceWARNING! INI HANYA PROMO. Yang tertulis di sini hanya setakat BAB 35 sahaja. Novel ini telah diterbitkan pada bulan Jun 2016 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. PEMBELIAN ONLINE: Emelkan kepada order@fajarnovels.com.my ******* SINOPSIS Ini bukan cerita...