#PCUBB-Part 30

10.1K 475 37
                                    

DUA minggu berlalu dengan tenang. Hidupnya seperti biasa. Pergi kerja, kena buli lagi. Balik kerja terus pengsan. Tak ada apa-apa menarik yang berlaku dalam hidupnya.

Tapi, hari ini bermula dengan kejadian yang pelik. Awal-awal pagi lagi Suhaila sudah redah masuk biliknya. Waktu itu dia sedang sedap tidur memandangkan hari ini Sabtu. Cuti. Lagi pelik bila Suhaila telah menyuruh sesuatu yang tak pernah disuruhnya.

"Lisa, bangunlah! Pergi sambung menulis sekarang. Blog kau tu dah bersarang dah tu," kata Suhaila sambil tarik Lisa bangun.

"Tak nak. Hari ni aku nak jadi mak datin. Makan dan tidur dengan aman. Aku tak nak jumpa bos walau dalam manuskrip sekalipun!" jawab Lisa kembali berbaring.

"Aku tak kira, kau kena bangun dan tulis jugak!" Sekali lagi Suhaila tariknya bangun.

"Bagilah aku tidur..."

"Kau boleh tidur dengan aman selepas kau siapkan novel kau tu," kata Suhaila sambil hulurkan laptop kepadanya.

Lisa mengangguk-angguk kepalanya dalam mamai.

"Tulis tau! Cepat-cepat update blog kau yang dah bersarang tu." Kali ini pipi gebu Lisa dicubit-cubitnya.

"Okey, okey! Aku tulis..." Lisa terpaksa menyerah kalah bila pipinya diperlakukan seperti itu. Sakit...

"Tulis tau!" arah Suhaila lagi.

"Apa hal dengan kau pagi ni? Silap makan ubat ke? Tiba-tiba saja suruh aku update blog. Selama ni blog aku bersarang kau tak pernah hirau pun."

"Buat sajalah. Ini untuk kebaikan kau juga."

Sah! Ada sesuatu yang tak kena di sini. Suhaila bukan seorang novelholic yang kritikal. Dia hanya akan baca novel bila ada masa terluang. Belum pernah lagi Suhaila bertindak begitu kepadanya.

Sejak dia jadikan bos sebagai hero, sejak itu...

"Oh my... jangan-jangan kau dah jatuh cinta dengan bos! Kau jangan gatal-gatal sangat, Su. Ingat Azlan! Jangan hancurkan hati dia."

"Merepeklah kau ni. Aku nak beri sokongan kepada kau tau."

"Ceh!"

"Update blog tau. Aku tunggu dengan setia ni," kata Suhaila lagi.

"Tahulah! Bagilah aku mandi dan sarapan dulu."

Matanya yang mengantuk tadi terus segar. Lalu Lisa bangun dan mandi. Kemudian dia masuk ke dapur untuk membancuh air kopi. Kalau tak ada kopi memang otak tak nak bekerjasama.

Dia kembali masuk ke biliknya semula dengan segelas air kopi panas dan beberapa biskut kering. Laptop dibuka. Sudah hampir 2 minggu dia tak menulis. Sejak atuk bos meninggal dunia, hidupnya bertambah sibuk.

Mula-mula terjah blog dulu. Mana tahukan bos ada komen. Bos tu bukan betul sangat. Dia tetiba boleh baca blognya, ada kemungkinan bosnya boleh tinggalkan komen yang menyakitkan hati juga.

"Eh?" Lisa hairan. Matanya tertumpu pada angka pada jumlah komen.

105 komen.

"Spam lagi ke?" Dia segera klik bahagian komen. Sepanjang dia buka blog itu, tak pernah lagi dia terima jumlah komen sebanyak itu. Paling ramai pun 10 orang yang komen.

"Daebak!" Dia hampir jatuh dari kerusi. Langsung percaya dengan apa yang dilihatnya.


***

"LISA, tak nak turun makan ke?" tanya Kak Wahida yang bersiap-siap nak ke cafeteria.

"Tak. Saya ada bawa bekal," jawab Lisa sambil tunjuk bekal yang dibawanya.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSWhere stories live. Discover now