#PCUBB-Part 14

9.1K 353 12
                                    

"BOS awak tu, macam mana orangnya?" Itu soalan pertama Saleha apabila Lisa berjumpa dengan orangnya. Belum apa-apa lagi sudah bertanya soalan itu. Walaupun orangnya nampak gugup tapi jenis yang berani bertanya soalan.

"Macam mana?" Lisa garu kepala.

Dia serba salah sebenarnya. Kalau dia beritahu betapa buruknya perangai bosnya dan berita itu sampai ke pengetahuan keluarga Saleha kemudian keluarga Saleha sampaikan kepada keluarga bos, nescaya kena panggang dia nanti dengan bos.

Lagipun bos sudah beri amaran awal-awal tadi. Jangan buat hal. Jangan burukkan nama baik bos. Jadi, zip mulut aje dulu. Dia mahu lihat reaksi Saleha terlebih dahulu.

"Sebenarnya, saya baru aje kerja sebagai setiausaha Encik Zul. Jadi, saya rasa saya tak layak nak komen banyak-banyak tentang bos saya. Cuma setakat ni, bos hanya akan jadi macam harimau bila saya buat kesalahan. Normallah tu," jawab Lisa.

"Oh ya ke?" Saleha nampak kecewa.

Mungkin kerana dia gagal peroleh hal yang sebenar. Kesian pula Lisa tengok. Kalaulah Saleha tahu betapa garang dan kereknya perangai bosnya itu, gerenti Saleha takut nak kahwin.

Haiya, Lisa apa kau buat ni. Kau ni dah macam nak promote bos. Padahal kau dah lupa apa yang bos suruh kau buat? Dia suruh cari jalan supaya dia tidak dikahwinkan dengan Saleha ini!

"Encik Zul dah ada girlfriend ke?" Saleha terus bertanya lagi.

Ada! Mahu saja Lisa jawab begitu. Senang sikit kerjanya. Senang juga Saleha reject bos. Oh Lisa, jangan keruhkan keadaan...

"Itu saya tak tahu. Nanti cik boleh tanya Encik Zul untuk kepastian," jawab Lisa lagi.

Serba salah pula dibuatnya. Saleha nampak seperti terpaksa juga. Wajahnya tetap tenang walaupun Lisa tahu hatinya sedang gusar membuat pilihan.

"Cik Saleha tak pernah jumpa Encik Zul sebelum ni?" tanya Lisa. Sengaja dia tanya soalan yang dia tahu jawapannya. Kalau Saleha pernah jumpa bosnya, gerenti dia takkan berjumpa dengan Saleha sekarang.

"Pernah."

Aik? Pernah?

"Tapi, setakat tengok dari jauh aje."

"Tengok dari jauh bukan bermaksud tengok dari jauh tapi dekat di hati, bukan?"

"Tak! Tak!" Saleha pantas menafikan. "Maksud saya, saya hanya kenal dia dari jauh. Masa gotong-royong di masjid taman perumahan kami. Itu saja. Saya belum pernah berbual dengan dia."

Lega Lisa mendengarnya. Ingatkan kenal dari jauh tapi dekat di hati. Itu lagi parah mahu selesaikan masalah ini. Buatnya, Saleha ada hati dekat bos, boleh botak kepala dia mahu fikirkan hal ini.

"Maaflah saya dah menyusahkan awak. Saya ingat kalau awak dah kerja dengan Encik Zul, jadi awak mesti tahu perangai sebenar dia."

Sangat terlebih tahu! Encik Zul memang tak sesuai dijadikan calon suami! Percayalah!

Namun, kata-kata itu hanya mampu dilafazkan dalam hati.

"Cik Saleha nampak macam tak seronok saja. Boleh saya tahu kenapa?" tanya Lisa cuba mengorak rahsia.

"Tak. Tak ada apa-apa."

"Tapi saya tengok macam ada apa-apa aje," balas Lisa.

Perempuan. Walau apa pun mesti akan cakap tak ada apa-apa. Lisa memerhati Saleha yang nampak serba salah. Macam mahu meluahkan apa yang terbuku di hati tapi tidak mampu untuk bersuara.

"Cik Saleha tak suka ke dengan bos saya?" tanya Lisa. Kalau empunya diri asyik mendiamkan diri sampai tahun hadapan pun hal ini takkan selesai. Lebih baik dia bertanya terus.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSWhere stories live. Discover now