Haram Jadah

3.3K 49 2
                                    

Pada waktu itu hari jumaat. Seorang lelaki menggalas beg bewarna hitam. Seorang lagi hanya mengikuti rapat di belakang. Mereka berdua berlari bagaikan lipas kudung. Lintang pukang tidak tentu arah. Bagai petir menyambah. Bagaikan The Flash si adiwara. Bagaikan tidak cukup tanah. Begitu pantas walhal tiada sesiapa pun yang mengekori mereka berdua.

Tanpa berfikir kemana arah tuju. Mereka redah sahaja. Habis kesemuanya di redah dan di tempuh bagaikan di dalam filem-filem aksi, bezanya ini realiti. Sungguh mencabar. Bukit yang mencunam ke bawah. Agak cerun. Mereka tetap redah.

Kedua-duanya tak berkata apa. Cuma larian yang ditumpukan semata. Air peluh mula menyeringai dari dahi ke pipi hingga ke dagu. Mereka berdua bagaikan hilang akal dan tidak mampu untuk berfikir. Entah dimana akal mereka berdua pada waktu sekarang ini.

Bukit yang mencunam, kini mereka tiba ke penghujung. Mereka memperlahankan larian. Kerana terdapat sebuah longkang yang panjangnya sejengkal kaki mungkin ataupun kurang. Dengan perlahannya larian mereka, mereka melangkah longkang tersebut. Seorang demi seorang. Pada waktu itu, tiada siapa yang menghalang mereka bahkan yang melihat mereka. Mereka berasa sedikit lega, tetapi mereka lupa masih ada lagi yang memerhati.

Mereka berdua tercungap-cungap. Tak cukup nafas rasanya. Masakan berlari seperti orang gila. Tarik nafas, hembus. Lelah dan letih itu semestinya ada. Namun pada waktu itu mereka tidak memikirkan lagi tentang semuanya. Yang penting mereka selamat. Mereka terus sambung berlari. Kendengaran orang memberi salam sebanyak dua kali. Yakni Imam yang sedang mengerjakan solat berjemaah. Mereka berdua menoleh kebelakang. Masjid berdiri tersergam indah.

"Blah weh, Blah.." Kata yang menggalas beg itu. Mereka hilang.

Himpunan cerita cerita jilakeWhere stories live. Discover now