Cerita peri-peri

2.4K 62 6
                                    

Aiman seorang lelaki yang taksub dengan pari-pari atau boleh digelarkan peri. Hampir setiap hari dia menyebutnya. Dia masih lagi percaya dengan kewujudan si peri walau dia sendiri tidak tahu akan kesahihan mitos tersebut. Samada benar atau tidak.

Dia cuba juga untuk mencari bukti tentang perkara tersebut. Dia juga selalu bercerita tentang kewujudan peri kepada orang lain. Tapi mereka semua endahkan sahaja. Kadang-kadang dia menulis dalam blog. Ada yang pertikaikannya.

"You percaya wujudnya peri?" Soal Aiman.

"Kenapa asik cakap benda yang tak wujud jer you ni?" Balas Mila.

"Taklah, kenapa you tak percaya eh Mila?"

"Sebab benda tuh tak wujud sayang. Takkan pernah sesekali wujud. Kalau wujud pun dah ada depan mata you ni ha."

"Eh, mana?"

"You ni apalah, i kan boleh jadi peri you. Jadi peri you sampai bila-bila taw."

"You manusialah Mila. Bukannya peri."

"So, you lebih pentingkan benda yang tak wujud berbanding benda yang wujud. Yang wujud dan selalu ada di depan mata you ni, macam tuh?"

"Taklah Mila. You lebih penting. Tapi.."

"Tapi apa?"

"Tapi you tak faham. I memang nak jumpa dengan peri-peri tuh."

"Sudahlah you, apa-apa jelah. I nak balik."

"Eh Mila, you nak balik naik apa?"

"I jalan kaki jer..."

"Merajuk pulak. Haih!"

"I tak merajuk. Ala, i bukannya penting dalam hidup you. So?"

"Okay, Okay.. i tak sebut pasal peri tuh lagi."

"Janji?"

"Janji...."

"Sayang i?"

"Sayang Mila.."

"Okay!"

Aiman kerapkali bertengkak dengan gadis kesayangannya itu. Mungkin juga si Mila tak percaya akan kewujudan si peri kerana takut lelaki pujaannya tinggalkan dia. Kemungkinan itu boleh terjadi.

**

Suatu petang di rumah sewa Aiman.

"Ko percaya peri?" Soal Aiman kepada Hadi.

"Percaya. Kenapa?" Bersahaja je Hadi menjawab pertanyaan Aiman.

"Ko sorang kawan yang baik Hadi." Aiman menepuk bahu Hadi tanda kasih kepada sahabat baik.

"I know that! Sedap kan peri tuh?"

"Chopp! Peri apa yang ko cakap ni?"

"Ayam peri-peri. Kat nandos. Perghhh.. terbaik baq hang. Macam gini ha? Jom, lapar lah Man. Belanja k."

"Hmmmmmm......"

Himpunan cerita cerita jilakeWhere stories live. Discover now