"Malam ni malam apa?" Tanya Nasir kepada Leman.
"Malam jumaat. Asal?" Balas Leman yang kehairanan.
"Takda pape."
Nasir menolak sliding door rumah sewannya ke kanan. Maka terbukalah. Dan Nasir melihat ke arah luar. Pandangannya dilemparkan pada langit nan gelap. Pada waktu itu malam, mestilah langit tengah gelap takkan terang pulak. Dia merenung tepat ke arah bulan. Bulan pada ketika itu adalah bulan penuh dan hari juga adalah pada hari jumaat.
Leman hanya melihat sahaja kawannya seakan-akan berkelakuan pelik tidak seperti selalu. Leman hairan juga kenapa Nasir malam ni lain macam sahaja.
"Ko kenapa Nasir? Macam pelik jer aku tengok ko ni." Tanya leman.
"Ohh.. Takde pape, saja je nak tengok bulan. Cantik bulan malam ni kan?"
"Hmmmm. Cantik jugak." Leman menghampiri ke arah Nasir dan melihat sama bulan tersebut.
"Weh, nanti jangan lupa tutup sliding door tuh balik. Aku naik kejap."
Nasir tinggalkan Leman bersendirian di sliding door. Kebetulan pada waktu itu, tiada siapa yang tinggal di rumah sewa kecuali Nasir dan juga Leman. Kawan yang lain semua balik kampung masing-masing kebetulan esoknya, ahad dan isnin mereka cuti. Jadi, kawan yang lain ambil keputusan untuk balik ke kampung. Tinggallah Nasir dan Leman. Nasir dan Leman ambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana minggu lepas baru sahaja mereka pulang ke kampung masing-masing.
Nasir naik ke tingkat atas dan menuju ke arah biliknya dan mencapai sebuah novel yang bertajuk Jadian. Dia membaca novel yang sudah pun suku dia baca pada tempoh hari yang lalu.
Beberapa minit dia duduk dan membaca dia berasa sedikit kurang selesa. Apa yang dia buat, dia ambil kotak rokok bersebelahan bantal tempat tidurnya. Dan dia terus bakar sebatang. Dia bangun, disebabkan rasa kebas pada bontot sebab terlalu lama duduk. Dan dia melihat ke luar tingkap. Novel yang dibaca dibiarkan dahulu di tilamnya. Dia menghisap rokok dan sambil-sambil itu dia melihat ke arah bulan. Bulan masih lagi penuh.
Masuk Leman ke dalam bilik dan meminta sebatang rokok daripada dia. Nasir menghulur dan bertanya.
"Malam ni malam apa eh?"
"Malam jumaat. Kan baru sekejap tadi ko tanya. Aku tengok ko malam ni peliklah. Asal eh?" Sambil membakar rokok Leman menjawab. Tau-tau jelah kalau bercakap sambil rokok dikepit di bibir macam mana gayanya kan.
"Ohhh. Yeke, aku dah tanya eh tadi. Ohh, okay.. okay.. Takda pape pun."
Selesai membakar rokok, Leman beredar sambil menggaru-garu kepala. Leman toleh kebelakang dan melihat Nasir. Dia pelik dengan gelagat si Nasir. Apa yang dah berlaku pada malam ini pun Leman hairan. Haih! Bisik hatinya.
Nasir sambung membaca setelah habis sebatang rokok yang di hisap. Tapi kekadang dia rasa kurang selesa. Kejap-kejap dia pergi ke tandas. Kadang-kadang dalam 30 minit dia dalam tandas. Kadang-kadang 10 minit. Kejap-kejap dia duduk sambil baca. Kejap-kejap dia baring sambil baca. Dia berasa resah sahaja. Seakan-akan terkena senggugut.
Malam ni sahaja dah hampir 7 kali dia ke tandas. Dia menoleh ke arah dinding bercat putih. Melihatkan jam dinding yang sudah pun tepat jam 12 pagi/tengah malam.
Dia melihat ke luar tingkap. Bulan masih lagi mengambang penuh. Kemudian datang semula Leman ke dalam bilik.
"Ko kenapa? Macam pelik je."
"Malam ni malam apa?"
"Malam jumaat. Sudahlah tuh, jangan fikir bukan-bukan. Mana ada hantu kat dunia ni lah. Ko takyah nak takut. Lagi satu, jangan buat aku rasa panik boleh? Ko ni peliklah malam ni nasir. Dahlah budak-budak semua balik kampung. Tinggal kita berdua jer. Ko buat aku rasa seram lah."
"Malam ni malam apa?" Tanya nasir semula.
"Kan aku dah cakap tadi, malam jumaat. Dahlah, mana ada hantu. Ko takut ke?"
"Tak!"
"Habis tuh?"
"Aku serigala jadian."
"Ha?"
Leman keluarkan pistol dari kocek seluarnya dan tembak tepat ke arah dada Nasir.
Sebelum Nasir mati dia sempat berkata. -aku gurau je-
YOU ARE READING
Himpunan cerita cerita jilake
Cerita PendekKenapa cerita cerita ni macam jilake. Jangan tanya saya kenapa cerita cerita tuh macam tuh. Mungkin sebab orang yang menulisnya seorang yang jilake. Kemungkinan itu boleh terjadi. Dan semua kemungkinan itu juga adalah yang sesungguhnya. Harap awak a...