Nama aku Nur Syazwanie dan hari ini ialah hari pernikahan ku . Kini aku hanya perlu memakai baju pengantin ku dan menanti pengantin lelaki tiba . Tetapi apakan daya , hati ini sudah pun tiada lagi ruang untuk lelaki yang baru setelah aku dapati bahawa aku harus bernikah dengan adik kepada tunang aku iaitu Haiedel Shah . Abang dia atau sepatutnya tunang ku itu telah pun lari dulu dan kini aku pula yang akan lari . Aku segera membersihkan muka ku yang sarat dengan makeup . Aku mengezip sweater aku dan memakai hoodnya . Tiba-tiba dengar ketukan di pintu . Aku sudah berdebar . "Puan kalau maunya lari , pantas . Jangan lambat . Beg puan sudah ada di pintu belakang . Mari , saya tolong ." Aku pun mengucapkan terima kasih kepada bibik keluarga aku dan terus bergegas ke bawah setelah ku gapai beg tangan ku . Bila di pintu belakang , aku tersenyum buat kali terakhir kepada bibik ku lalu aku pun memasuki kereta ku yang sudah elok diparkir di belakang rumah .
![](https://img.wattpad.com/cover/47258934-288-k632328.jpg)
YOU ARE READING
Lindungi Aku !!!
RomanceNur Syazwanie telah memutuskan untuk lari pada hari pernikahannya . Keluarga Ridwan Afif hadir untuk memberi pertolongan . Namun , apabila dia mula hendak merasai kebahagiaan itu , bekas tunangnya hadir untuk mencari dia hanya kerana ingin membalas...