Pada hari ini , semua orang keluar . Tinggal aku seorang di rumah . Jadi aku memutuskan untuk keluar pergi ke lorong seni di Shah Alam . Sebelum bergerak , aku memastikan untuk memberitahu ibu dan ayah serta mengunci semua pintu . Aku bergerak dengan menggunakan kereta Afif kerana kereta ku sudah dijual .
Di Lorong Seni
Tenang . Itu yang ku rasa di lorong ini walaupun ianya padat dengan orang . Seni-seni di sini sungguh kreatif . Apabila berada di penghujung lorong , aku ingin berpatah balik namun langkah ku terhenti saat ku melihat dia dari jauh . Ya , dia iaitu Haiedel Shah . Aku pun segera berjalan dengan laju menuju ke kereta walaupun kereta ku itu jauh . Bila sudah tiba di kereta aku terus masuk . Mujurlah dia hanya kejar separuh jalan . Aku cuba untuk menghubungi Afif di sepanjang perjalanan menuju ke rumah .

ANDA SEDANG MEMBACA
Lindungi Aku !!!
RomanceNur Syazwanie telah memutuskan untuk lari pada hari pernikahannya . Keluarga Ridwan Afif hadir untuk memberi pertolongan . Namun , apabila dia mula hendak merasai kebahagiaan itu , bekas tunangnya hadir untuk mencari dia hanya kerana ingin membalas...