Kini aku sudah tiba dihadapan rumah Ridwan Afif iaitu kawan baik aku sejak tingkatan 1 lagi . Umur dia hanya berbeza 1 tahun sahaja dengan aku . Bila aku sudah siap meletakkan kereta aku di garaj , aku disambut oleh dia . "Wanie , kenapa tak cakap nak datang . Marilah masuk ." Aku tersenyum lalu terus masuk ke dalam rumah dia . Di ruang tamu kelihatan semua ahli keluarga sedang berkumpul menyaksikan buletin utama di tv3 . Bila nampak kelibat aku , ayah dia terus menutup tv . Aku pun bersalam-salaman dengan keluarga dia . "Ni siapa Afif ?" "Tak kan dah tak ingat . Ni Wanie lah . Berapa tahun je berlalu ." "Tu lah , dah lama tak jumpa kan . Wanie ni ada apa ke mari ?" "Kalau boleh saya nak tumpang di sini sebab saya sebenarnya dah lari dari rumah . Panjang ceritanya ." "Marilah duduk . Ceritalah apa sahaja yang ingin kamu ceritakan . Anggaplah kami ni seperti keluarga kandung kamu ." Aku pun bercerita dari awal hingga hujung . Selepas habis sahaja bercerita , aku dibawa untuk melihat bilikku . Bilikku itu disebelah bilik Afif . Bila aku sedang menyikat rambutku , Ridwan mengetuk pintu bilikku . Aku pun memberinya izin untuk masuk . Dia kelihatan gembira . "Ni , esok ikut aku jom . Kita gi jogging . Lepastu lepak jap kat tepi tasik titiwangsa tuh sambil minum dan makan ke apa ke , nak tak ?" "Aku on je . Lagipun dah lama tak jogging ." "Ok set . Eh jomlah makan . Semua dah ada kat bawah ." Aku pun tersenyum lalu bergerak ke meja makan yang terletak di sebelah dapur .

ANDA SEDANG MEMBACA
Lindungi Aku !!!
RomanceNur Syazwanie telah memutuskan untuk lari pada hari pernikahannya . Keluarga Ridwan Afif hadir untuk memberi pertolongan . Namun , apabila dia mula hendak merasai kebahagiaan itu , bekas tunangnya hadir untuk mencari dia hanya kerana ingin membalas...