2 minggu kemudian
Di Hospital
"Afif , macam mana dengan Wanie ? Wanie tak sedar lagi ke ?" "Tak . Wanie masih tak sedar . Ma , Afif ada permintaan ." "Apa dia Afif ?" "Satukan Wanie dan Afif ." "Tapi kamu berdua tak saling mencintai ." "Kami saling mencintai . Dari dulu lagi Afif kenal Wanie , Afif dah suka dengan perangai dia ." "Baiklah . Ma akan bincang dengan ayah ." Dan di saat itu lah aku tersedar sambil tersenyum . "Wanie setuju dengan rancangan Afif ." Dan juga di saat itulah Ma dan Afif lari untuk memberitahu doktor dan ahli keluarga yang lain bahawa aku dah sedar .
1 bulan kemudian
Selepas sebulan insiden itu berlaku , rumah kami kini meriah . Kini meriah kerana rumah ini sedang dipenuhi dengan sanak-saudara yang hadir untuk membantu menyiapkan dulang hantaran . Ada juga yang membantu untuk melakarkan inai di tanganku ini . Aku tahu perkahwinan ini hanya mendapat restu dari keluarga angkat ku bukannya dari keluarga kandung . Namun apakan daya , aku dan keluarga kandung ku sudah lama terputus hubungan .
ANDA SEDANG MEMBACA
Lindungi Aku !!!
RomantikaNur Syazwanie telah memutuskan untuk lari pada hari pernikahannya . Keluarga Ridwan Afif hadir untuk memberi pertolongan . Namun , apabila dia mula hendak merasai kebahagiaan itu , bekas tunangnya hadir untuk mencari dia hanya kerana ingin membalas...
