pemandangan berbataskan langit membiru,
tertancap dan melekat pada korneaku.
satu bayangan seputih salju,
berarak perlahan lahan meredupkan hari aku.
ya--
itu awan,
yang menghiasi dada langit;
membuatkan lagi menawan.sampai satu masa,
awan yang berarak masa ke semasa,
akan bertukar warna.
daripada warna seputih salju,
menjadi warna hitam kelabu,
penuh di setiap inci langit menutup warna biru.awan yang dulu nampak baik, bagaikan kawan.
kini bak musuh mendatang, bersedia menjadi lawan.
membawa kilat berserta guruh kuat,
menggegarkan langit kelam dengan maha hebat.
aku terpana,
awan yang tadinya tenang,
kini berubah warna.
menjadi lebih buas malah lebih garang.
seperti dirasuk,
awan kelabu tadi mula mengamuk.kiri kanan kilat memancar tanpa henti,
guruh pula berdentum daripada belakang mengikuti.
bergema sekalian alam,
membuatkan seluruh hidupan terdiam.dan akhirnya,
setelah tamat semua.
awan kelabu tadi merembeskan airmata,
sebagai kata maaf,
sebagai rahmat dunia.
seolah olah dia berkata,
"maafkan aku manusia, kerana mengamuk tak tentu masa"
sambil menangis.
menangis dengan lebat,
sambil berkata ini satu rahmat.Ked Flopp