Bidadari Tanpa Sayap

2.1K 44 1
                                    

kau umpama bidadari tak bersayap,
tersenyum indah dikala malap.
menyinari hari hari aku yang semakin gelap,
daripada pakai topi, kini ku berketayap.

wahai bidadari tak bersayap,
hadirmu tika malam kian senyap.
merogol minda aku semasa aku lelap,
dan kau berlalu pergi, tapi datang semula kejap kejap.

kini sayap kau tumbuh semula,
wajah yang dulu muram, kini bertukar gembira.
kau mula leka dan mula lupa diri,
kau mula lupa siapa yang banyak jaga kau.
lupa siapa yang selalu berkorban demi kau.

kau ambil keputusan untuk pergi,
kau kata kau ingin terbang tinggi.
terbang untuk lari dari dunia ini,
dan hidup berbahagia dalam dunia mimpi.
lalu kau pergi dengan senang hati,
kau tinggalkan aku menderita seorang diri.

aku tersedar daripada lena,
bangkit terus ku jendela.
oh.. hampir aku lupa,
bidadari tadi merupakan aku punya imaginasi saja.
menangis aku dalam lelap,
memikirkan tentang imaginasiku yang kian lenyap.

Ked Flopp

AKU DAN MANUSIAWhere stories live. Discover now