Medan Perang

1K 27 0
                                    

di subuh yang dingin hening,
kedengaran seruan perang berbunyi bising.
jiwa jiwa pejuang bersiap sedia bangkit,
sudah usai mereka luangkan masa dengan tuhan sedikit.
mata rabak kerana keletihan,
namun wajib bagi mereka meneruskan perjuangan.

dari pagi mereka mula memasuki medan perang,
sehingga hari hampir petang.
ada yang selamat berkawad ke medan perang,
dan ada juga yang kecundang.
namun mereka tetap teruskan perjuangan.
berjuang dan terus berjuang,
demi mencari sesuap nasi.

akhirnya tamat sudah waktu berperang untuk hari ini,
ada yang pulang dan ada yang masih berjuang lagi.
menjaga pos silih ganti, berjuang sehingga ke subuh nanti.
dan mereka yang pulang, muka tersenyum kepenatan.
membawa panji panji perang pulang,
untuk sambung berjuang esok hari.
kepada meraka yang kecundang,
moga ditempatkan dikalangan penghuni syurga.

Ked Flopp

AKU DAN MANUSIAWhere stories live. Discover now