Diam Aku Ada Batasnya

1.1K 37 6
                                    

Ada seekor unggas bisu bertenggek sendiri,
menunggu masuknya waktu dinihari,
menunggu mangsa disebalik penyamaran diri.
duduk diam dia memerhati,
apa yang berlaku.
apa yang jadi.
dia perhati semuanya.
tajam matanya mencari mangsa.
membidik satu dahan ke satu dahan;
dari satu belukar ke satu belukar.
mencari mangsa yang keluar pagi mencari rezeki.
dalam masa itu, si mangsa memunculkan diri.
tak tunggu lama, unggas itu perlahan mendekati.
sayup sayup angin mengiringi,
zasss!
sekelip mata,
mangsa hilang dari pandangan.
leher terkulai dek kerana sambaran yang maha hebat.
darah pekat berhamburan,
dan dengan tiada belas kasihan,
unggas itu menyiat satu persatu kulit mangsa.
mematahkan tulang temulang semua.
yang dulu hidup megah,
kini mangsa hanya tinggal bangkai saja.

begitu juga aku,
hanya duduk diam memerhati.
tak cakap banyak, hanya menyepi,
tapi bila tiba satu saat nanti,
disaat darah menuju deras ke kepala dari kaki.
jangan banyak tanya,
silap langkah,
silap kata.
lubang kubur kau aku gali.

Ked Flopp

AKU DAN MANUSIAWhere stories live. Discover now