Diam Tak Bersuara

1.2K 42 0
                                    

aku hanya diam, tak mampu bersuara,
aku bukan bisu, cuma tak pandai bermain kata.
apa yang ku rasa, semua aku luahkan atas kertas,
setiap jiwa, rasa dan emosi; setiap idea bernas.

aku mampu diam, tak mahu bersuara,
setiap kata kata ku, takut mengundang seribu luka.
aku kurang bercakap, kurang berinteraksi,
aku takut tersilap, mana boleh undur lagi.

akhirnya, aku hanya diam sahaja,
memerhati segala tindak tanduk manusia.
menegur apa yang salah, itu yang aku mampu,
kalau terkasar, maafkanlah, ikhlas dari hati aku.

Ked Flopp

AKU DAN MANUSIAWhere stories live. Discover now