Kertas Berharga

1.5K 51 1
                                    

apabila sampai satu masa,
manusia mula keliru.
samada patut menghambakan diri mereka pada tuhan,
ataupun pada kertas yang bersimbolikkan kewangan.
mereka mula buta,
kuasa tamak menguasai; mereka semakin haloba.
bilamana mereka wajib kerja sepanjang hayat mereka,
semata mata untuk meneruskan hidup di dalam dunia.
hasil penat lelah mereka,
dibalas dengan kertas berharga.
aku tahu tuhan yang bagi rezeki,
tapi mereka taksub dengan kertas yang bertulis 'money' sampai sanggup menikam saudara sendiri.
manusia sekarang semakin gila harta,
daripada gila mengejar nikmat syurga.

ingat!
kita kerja untuk hidup,
bukan hidup untuk kerja;
bukan juga untuk mengejar kertas berharga.
persetankan mereka semua,
kita hidup untuk menyembah tuhan.
bukan hidup hanya kerana mencari kertas yang belum tentu tahan lama.

Ked Flopp

AKU DAN MANUSIAWhere stories live. Discover now