Korupsi

1.3K 44 2
                                    

si hipokrasi daripada badan korupsi,
minda diisolasi dengan berbasa basi.
ilmu yang dicari seringkali diabaikan,
agama yang azali selalu diperdagangkan.

hidup selamanya ketua puak korupsi,
hasil gelap dalam negara;
menyuap anak bini.
bila keluarga kenyang, dia senang hati,
lalu disedekahkan pada dia punya kroni.
konon ikat perut, tidak mahu buang duit,
makin besar perut, banyak hasil masuk poket.

"negara untuk rakyat" mereka laungkan,
dari dulu sampai sekarang tak banyak perbezaan.
lagi sedih bila rakyat mula bersuara,
atas akta mengarut, semua dihumban ke dalam penjara.

mana pergi janji? mana pergi semua?
adakah semua ini untuk kroni semata mata?
mereka punya helah, dah tak boleh pakai,
mana boleh hilang bau, kalau kau tutup bangkai.

Ked Flopp

AKU DAN MANUSIAWhere stories live. Discover now