BAB 3

42 0 0
                                    

FIRDAUS tampak gembira sekali di sisi emaknya, Mak Senah ketika berada di pasar malam. Mak Senah sentiasa memimpinnya agar dia tidak hilang dalam kesesakan orang ramai di situ.

"Mak, Daus nak tu!" Firdaus menunjukkan gula kapas yang besar dengan pelbagai aneka warna. Mak Senah hanya mengangguk.

"Berapa ye?" Mak Senah bertanya dengan suaranya yang serak.

"Seringgit je, makcik."

Mak Senah segera membayar lalu diberikan gula kapas itu kepada Firdaus. Firdaus tersengih melihat gula kapasnya itu. "Suka tak?" pantas saja dia mengangguk. "Dah, jom kita balik rumah." Dengan langkah longlai Mak Senah, dia memimpin Firdaus keluar dari kesesakan pasar malam itu. Tangan sebelah kanan memimpin Firdaus, manakala tangan sebelah kiri membawa makanan yang sempat dibeli di pasar malam.

Semasa mereka berada di sebuah jalan gelap, Firdaus leka dengan gula kapasnya. "Dah, cepat lintas. Takde kereta ni," ujar Mak Senah, lalu segera menggerakan kakinya untuk menyeberangi jalan.

Dari arah sebelah kanan mereka, terdapat satu cahaya yang tinggi. Cahaya yang datangnya dari lampu kereta. Mak Senah segera menolak Firdaus ke hadapan agar dia terselamat. Satu dentuman kuat berbunyi.

"MAK!" Firdaus terjaga dari tidurnya. Dahi Firdaus sudah bermandikan peluh. Dia mengelap dahinya dengan tapak tangan. Jam yang berada di atas meja di sisi katil dikerling. Tepat 3:05 pagi. Pernafasannya yang tidak stabil tadi, kini semakin perlahan. Dia menarik dan menghembus nafas buat seketika. Pantas saja dia bangkit dari katilnya menuju ke bilik air. Tahajud.

* * *

PANTAS sahaja masa berlalu, sudah hampir 3 bulan dia mengajar di sekolah rendah itu. Dia dah biasa dengan keadaan di situ. Para pelajarnya pun sudah mula mesra dengannya. Adila merupakan pelajar kegemaran Firdaus. Sikap Adila yang rajin sentiasa menarik perhatiannya. Keletahnya sentiasa melucukan hati. Dia dah anggap Adila tu seperti adiknya sendiri.

Loceng waktu rehat tamat berbunyi. Firdaus yang ketika itu berada di dalam bilik guru mengemas apa yang patut untuk dibawa masuk ke dalam kelas sebagai bahan mengajar. Kelas 2 Zamrud. Dia melangkah pergi ke sebuah blok dua tingkat. Kelas 2 Zamrud berada di tingkat atas. Dia boleh dengar keriuhan suara pelajar. Terdapat beberapa pelajar memberi salam semasa bertembung dengannya.

"Stand up, class...!" suara lantang ketua kelas bergema. Firdaus meneruskan langkahnya ke meja guru yang berada di sebelah tingkap kelas. "Good morning, sir!" Satu kelas mengikut ucapan ketua kelas mereka.

"Good morning, guys. Take your seat."

Dia dapat melihat muka Adila yang tidak bersemangat. Peluh membasahi dahinya. Muka pucat, tak bermaya. "Adila, are you all right?" Dia datang mendekati Adila. Adila menggeleng. Firdaus melekapkan tangannya pada dahi Adila. Panas. "Adila, awak demam ni." Adila tidak mampu berkata. Dia hanya mampu meletakkan kepalanya di atas meja. Ketika itu, kelas sunyi sepi.

Dia mengangkat tubuh kecil Adila. "Kelas, jangan buat bising. Saya bawa Adila ke bilik rawatan." Bukan masalahnya untuk mengangkat Adila. Bilik rawatan yang terletak agak jauh dari blok darjah dua semakin dekat. Guru-guru yang bertembung dengannya hanya mampu melihat.

Sampai sahaja di bilik rawatan, dia segera membaringkan Adila di atas katil. Kipas dipasang. Nasib baik terdapat mangkuk kecil dan kain bersih yang terletak di atas meja di dalam bilik rawatan itu. Diisi air dalam mangkuk kecil itu. Kain bersih dibasahkan, lalu dilekapkan pada dahi Adila. Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor telefon Puan Anita dicari.

"TERIMA kasih, cikgu," ikhlas Anita ucapkan. Firdaus baru saja memasukkan Adila di bahagian tempat duduk belakang kereta.

"Takde pape, puan. Dah tugas saya sebagai cikgu," jujur dia mengatakan. Anita tersenyum.

Anita baru sahaja hendak memasuki kereta, namun dia berpusing semula untuk melihat Firdaus. "Oh, cikgu. Cikgu lapang tak Sabtu ni?"

Kerutan di dahi Firdaus jelas kelihatan. "Saya rasa, saya lapang time tu. Kenapa ek?"

Anita menarik nafas dalam-dalam. "Sabtu malam Ahad nanti, cikgu nak makan malam sama kitorang bertiga?" Anita mengukir senyuman. Firdaus dipandangnya - mengharapkan Firdaus pergi sebagai tanda terima kasihnya.

KAU, AKU, SEBUAH CERITAWhere stories live. Discover now