BAB 4

39 0 0
                                    

SABTU malam Ahad itu, seperti yang telah dijanjikan, Firdaus pergi ke sebuah restoran makanan laut untuk makan malam bersama Anita serta Adila dan Aidid. Dia berpakaian baju kemeja berwarna merah jambu, menaikkan lagi kecerahan wajahnya, beserta seluar slack hitam. Teringat perbualan dia dengan Zack di rumah sebentar tadi, sebelum dia hendak ke restoran.

"Kau nak ke mana segak semacam ni?" Zack bertanya sambil menanda buku latihan anak-anak muridnya.

"Aku nak keluar jap, pergi makan."

Zack tersengih. "Ngan awek mana weh?"

Aku dah agak dah. Keluar makan je, mesti ngan awek. "Aku keluar ngan family anak murid aku la. Kau ni pun..." pantas sahaja dia mengambil kunci keretanya lalu terus melangkah keluar rumah. Aku malas nak layan si Zack ni. Makin aku cakap, makin disakat aku ada la. Siot punya kawan.

Firdaus menanti Anita, Adila dan Aidid dengan sabar. Jam tangan dikerling. Baru nak masuk pukul 8:30. Selepas beberapa minit berlalu, Firdaus sudah nampak kelibat mereka bertiga di muka pintu restoran tersebut. Dia bangun. Adila sudah menunjuk-nunjuk arahnya kepada Anita. Mereka bertiga datang mendekati.

"Dah lama tunggu, cikgu?" Anita mempelawa mereka semua duduk. Aidid berjabat tangan dengan Firdaus.

"Tak lama pun. Sekejap je tunggu," helahnya. Eheh, aku sampai sini dari pukul 8 suku tadi, konon tak lama. Dia hanya tersengih. Seorang pelayan wanita, iras-iras warga Thailand datang ke meja itu. Dia meletakkan 4 buku senarai menu di atas meja. "Saya pergi dulu. Kejap lagi saya datang sini balik," pelayan itu berkata dengan loghat Siamnya yang pekat. Dia berlalu pergi.

Suasana sunyi seketika. Mereka khusyuk meneliti senarai menu. 5 minit kemudian, pelayan wanita itu datang semula sambil membawa kertas kecil beserta pen. Mereka mengambil pesanan.

"Cikgu nampak hensem la harini..." ulah Adila. Raut wajah Firdaus nampak terkejut. Adila ni pun, puji tak bertempat. Malu hoi! Anita dan Aidid hanya ketawa. Firdaus ikut sama.

"Terima kasih." Aku speechless. Ah, terima kasih pun okey la.

Anita perasan akan raut wajah Firdaus. "Cikgu asal mana ye?" Dia memulakan perbualan.

"Saya asal Batu Pahat."

"Orang Johor la ni?" Angguk.

Seorang lelaki datang menatang air pesanan mereka di atas dulang, lalu meletakkan di atas meja satu-persatu. "Terima kasih." Lelaki itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"Cuti sekolah ni, balik BP ke?"

"Insya-Allah." Hanya itu sahaja dia mampu jawab. Bukan masanya untuk dia bercerita lebih lanjut tentang sejarah hidupnya. Dia datang ke sini untuk makan malam, bukannya nak buka buku sejarah hidup.

Tidak lama kemudian, pesanan yang dipesan oleh mereka sampai. Bagus, good service. Pantas. Nasi putih 4 pinggan, ikan siakap sederhana besar masak tiga rasa, sayur kangkung belacan, sotong goreng tepung, serta dua mangkuk tomyam campur. Selera mereka memuncak melihat makanan di hadapan mereka yang masih berasap. Doa dibaca oleh Adila. Mereka mengaminkan.

Semua khusyuk makan. Hanya sesekali sahaja Adila bersuara, menyuruh ibunya meniupkan makanan yang masih panas. "Aidid dapat berapa A dalam SPM?" spontan sahaja soalan itu dituju kepada Aidid.

Aidid mengunyah perlahan. "Five As."

"Apa dia?"

"BM, BI, Sejarah, Agama, Maths."

Firdaus angguk. "Congrats."

Aidid senyum. "Thanks."

"Dah fikir nak ke mana lepas ni?"

Aidid angkat bahu. "Tak sure. Fikir nak masuk matrik."

Suasana senyap. Mereka sambung makan. Selesai makan, semua kelihatan mengah. Kenyang.

"Kenyangnya..." Adila menggosok perutnya. Dia dah duduk tersandar pada kerusi.

"Kejap ye." Anita bangun dari tempat duduknya lalu melangkah ke arah kaunter pembayaran.

"Puan, takpe la. Saya bayarkan."

Sejak bila si Firdaus ada kat sebeleh aku ni? "Eh, takpe takpe. Saya yang ajak cikgu makan malam, so biar saya je yang bayar. Anggap jelah ni tanda terima kasih saya pada cikgu sebab tolong jaga-jagakan Adila haritu." Firdaus terpaksa akur. Selesai sahaja bayar, mereka sama-sama melangkah ke meja.

"Dah, jom. Balik," ajak Anita.

"Laaa, nak balik ke? Jom la jalan-jalan dulu," pujuk Adila.

Anita hanya menggeleng. "Okey..." Mereka semua menuju ke Mahkota Parade, setakat cuci mata di situ. Keadaan ketika itu agak sesak. Adila dan Aidid jalan di hadapan Anita dan Firdaus.

"Adila is so cloudless."

Anita ketawa. "Dia memang macam tu sejak kecik lagi. Kalau abangnya pulak, tak banyak cakap. Senyap je. Cakap bila perlu."

Firdaus angguk. Sebenarnya, Firdaus kagum akan kegigihan Puan Anita. Menjaga anak-anaknya tanpa kehadiran suami di sisi. Dia mengerling Anita yang sedang ketawa melihat gelagat Adila bersama Aidid itu. Anita, seorang wanita elegan. Mukanya nampak tenang. Tak makan dek usia. Pertama kali dia lihat Anita, mati-mati dia sangkakan Anita berumur dalam lingkungan 30-an. Selepas membaca serba sedikit perihal Anita dalam buku latihan Adila, rupa-rupanya umur Anita sudah mencecah 41.

"Kenapa cikgu?"

Ah, kantoi! Pantas saja Firdaus menggeleng. "Takde pape." Dia mengalihkan pemandangannya ke sebuah kedai kasut. Buat malu je usha orang sampai terkantoi. Hish, mahu tak merah muka aku ni.

Anita memanggil anak-anaknya. "Dah puas dah?" soalnya sesudah Adila berada di hadapannya. Adila hanya angguk. "Dah, jom balik. Salam cikgu tu." Adila salam. Aidid jabat tangan. "Kami balik dulu, cikgu."

Firdaus angguk. "Bye..."

"Bye cikgu...!"

Mereka sama-sama keluar Mahkota Parade, menuju ke tempat parkir kereta.

KAU, AKU, SEBUAH CERITAWhere stories live. Discover now