Bab 2

667 31 6
                                    

       *atas sebab2 tertentu, cerita nie akan diupdate agak lambat. So,thanks for reading, and waiting. *

            "Elevator game?" Muka berkerut yang dibuat oleh Ashraf itu menunjukkan yang dia memang tahu kewujudan game nie.

       "Aah, elevator game. Game ke dunia lain menggunakan lif."

      "Jap jap. Elevator game?? Kau yakin ke nak main game tu? Tu game paling bahaya wehhh ..." ok, sangkaan aku meleset. Ingatkan dia tak tahu.

      Sebenarnya,sebelum nie si Ashraf yang akan cari semua game yang akan kitorang pernah main, dari Spirit of the Coin, hinggalah game latest kitorang main, The Midnight Man. The Midnight Man nie sebenarnya ibarat mengajak 'benda' tu datang kat kita, tengah malam. And, the most important jangan bagi kena tangkap dek Midnight Man tu. Masa main, pemain kena pegang lilin yang menyala. Kalau lilin tu tiba-tiba padam, means that 'dia' dah dekat. So, pemain kena pasang balik lilin tu within 10 secs. Kalau rasa tak sempat, cepat-cepat buat and stay diam-diam dalam bulatan garam tu sampai jam 3.33 am. Yang buat Ashraf takut, masa main tu dia lupa bawak garam, so memang agak kalut dia nak hidupkan lilin balik. Nasib baik sempat.

       Oh,kalau nak tanya kenapa aku tak tolong, rules dia kena main sorang-sorang. So,masa Ashraf main tu aku kat rumah.

     "Alaa Acap,jom laa. Last, last nih. Aku nak try tengok je cemana dunia diorang. Jom la. Lagipun, setakat research yang aku buat, tak pernah lagi diorang buat naik lif tu serentak. Since ada yang kata diorang jumpa, ada yang kata tak jumpa. Jom laa Acap, jom laaa....." aku menggedik-gedik sikit. Mamat nie kalau lelaki menggedik memang dia tak boleh tahan. Geli katanya. Kalau Sarah takpe. Heh..

        Ashraf menenung aku sedalam-dalamnya. Gaya macam nak telan pon ada. Sudu dan garfu diletakkan agak kasar ke dalam pinggan. Dia meneguk airnya perlahan sebelum mula membuka mulut.

      "Look Ril. Even before kita start main game-game ritual nie, i've promised myself that i will never ever play that game. Risikonya tinggi. Aku dah bagitau awal-awal kan."

      "Kau ada bagitau ke? Kenapa aku macam tak pernah dengar game nie? " bohongku. Memang, dia memang ada bagitau aku, and sebab tu laa aku rasa aku nak try benda nie. Sebabnya, ye lah. Memang tak boleh dengar orang kata 'taknak'. Nanti benda tu jugak la yang kita nak. Psychology.

      "Damn it. Kau nak main,kau mainlah sorang. Nak bawak Sarah pon bawaklah. Aku tak kisah. Aku taknak pergi!"

      "Kalau kena apa-apa kat Sarah, macamana? You are her savior,right?"

     "Savior??? Kali nie bukan aku. Dia nak main,dia tanggung sendiri. Kena apa-apa kat dia aku malas peduli d.." kedengaran suara esakan di belakang Ashraf. Sah, Sarah dah datang. Sentap dengan ayat Ashraf la tu. Heh.

     "Malas peduli,you kata? MALAS PEDULI ????" Bentak Sarah. Ashraf terkejut lalu menoleh ke belakang. Walau sekarang muka Ashraf dah berpaling pada Sarah dan membelakangkan mukaku, aku dapat agak yang muka Ashraf dah cuak sekarang.

       "Eh,bukan macamtu maksud I sebena..." belun sempat Ashraf menghabiskan ayatnya, Sarah telah berlalu sambil menghentak-hentak kakinya. Aku hanya melihat manakala Ashraf dah gusar. Dia lalu bangun, mencampakkan not merah kepadaku lalu melangkah. "Gotta go. Nanti aku call kau." Ayat terakhirnya sebelum meninggalkan aku seorang diri di kedai mamak ini. Aku hanya mengangkat bahu lalu memanggil Mutu untuk kira dan bayar semua makanan kitorang.

       "Empat bilas rengget lima poloh sen." Haaa mamposss. Mana mau cekau lagi rm4.50 tu. Aaa sudahhhh...

            Aku cuba meraba poket seluar aku. Gayanya memang poket aku kering. Aku cari wallet, takde. Damn it. Tertinggal kat rumah Ashraf la nie tadi. Ye la, da dia kata dia nak 'payung' kan, buat apa aku nak bawak wallet aku lagi.

ELEVATOR GAMETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang