Bab 5

629 22 8
                                    

Aku cuba untuk berlagak tenang sewaktu di dalam lif. 'Aisyah' masih lagi senyap. Kejadian yang sama berulang. Button level 4 yang tidak ditekan tiba-tiba menyala. Aku tak nampak tangan 'Aisyah' bergerak namun aku tahu itu kerjanya.

Lif berhenti di level 4. Lepas apa yang terjadi sebelum ini,aku sangat tak sanggup untuk mengangkat kepala untuk melihat keadaan sekitar level 4. Ternyata 'Aisyah' memang ingin turun disitu,bermaksud memang dia yang tekan button level 4 tadi.

'Aisyah' keluar dari dalam lif,dan aku masih menundukkan muka. Setelah merasakan 'Aisyah' sudah selamat keluar, aku menarik nafas lega.

Malangnya, aku langsung tak merasakan pergerakan lif lepas saja 'Aisyah' keluar. Nak angkat kepala,tak berani. Tunggu aje laa. Dekat 3 minit menunggu, masih tiada tanda lif akan bergerak. Aku mengangkat sedikit kepala. Ternyata pintu lif masih tidak tertutup.

"Aduhhh... kenapa benda nie suka main-main dengan aku pada masa-masa camnie ..."

Aku cuba menekan button tutup pintu tanpa memandang ke pintu lif. Memang tak berjaya. Ada sedikit bahagian yang aku nampak walaupun aku cuba fokus untuk tidak tengok ke arah pintu tersebut.

Akhirnya pintu lif bergerak. Aku menarik nafas lega, serta sempat mengintai level 4 tersebut. Situasi, sama macam apa yang terjadi masa mula-mula benda nie terjadi. Malap,gelap walaupun sekarang patutnya matahari dah naik.

Sewaktu pintu lif tertutup dengan amat perlahan pada pandangan aku, sekali lagi aku hampir kena heart attack. Bengong punya 'Aisyah'. Sempat dia intai aku dengan menjengukkan matanya di celah pintu lif yang hampir tertutup. Mata putih tanpa pupil, dengan senyuman yang ngeri dan rambut mengurai.

Nasib baik sekejap je, terus pintu lif tertutup rapat dan bergerak turun. Aduh. Kenapa lah benda nie suka ikut aku sekarang. Memang shitty.

Aku sampai di level bawah sekali. Keluar sahaja dari pintu lif, aku terperasankan something.

Aku tertinggal kunci motor aku kat rumah Ashraf.

Damn damn damn*nyanyi ala-ala Taylor Swift*. Ah bangang,bengong,babi betul! Sejujurnya,aku agak fobia dengan lif apartment nie lepas apa yang terjadi padaku. Semua kejadian berlaku dalam lif.

Or 'diorang' tau aku nak main elevator game tu so diorang nak bagi warning awal-awal. Saje je ganggu aku masa dalam lif.

Aku mengeluarkan phone aku, dan hampir mencampaknya ke dinding lepas baru perasan phone aku dah kehabisan bateri. Ini laa padah kalau guna smart phone. Bateri tak pernah-pernah nak smart.

Aduh. Macamana sekarang nie? Aku dah lambat, takkan nak naik balik and kalau aku nak naik sekalipun, untuk sementara ini aku langsung takde keyakinan dan keberanian.

Last-last aku putuskan untuk naik teksi je. Takpe laa burn sikit duit aku dari burn terus duit gaji.

Haih. Nasib baik baju Ashraf nie lawa. Bolehlah pujuk boss. Betulkan rambut sikit,innocentkan muka. Maklumlah,boss perempuan aku minat korea. Kalau kena gaya, memang selamat aku, harapnya lah.

Rambut aku yang agak panjang aku ikat belakang. Spek yang aku gantung kat baju, aku pakai. Selalu pergi kerja aku pakai lens tapi sebab terdesak,terpaksa pakai spek. Gaya aku ala-ala student dari Korea Selatan yang hensem. Ceh.

Aku nie sebenarnya takde laa hensem macam Ashraf, tapi masih ada rupa. Mata bulat kaler coklat,rambut semulajadi coklat, kulit aku putih merah and hidung aku agak tinggi sikit. Yang nie je la aku dapat banggakan dari Ashraf, sebab hidung dia tak lawa. Hidung aku lawa.

Aku masuk kerja dengan gaya muka bersalah. Dah agak,boss tunggu depan pintu. Alahai cik Fiza nie,kot ye pun tunggu aku,tunggu laa kat dalam. Malu laa aku.

As expected,dia terkejut bila nampak aku. Aku extra handsome kot hari nie.

"Cik Fiza, sorry sangat saya lambat. An unexpected thing happen at me yesterday,sampai terpaksa pinjam baju kawan,kena pakai spek sebab lens tertinggal." Aku buat puppy eyes. Hope berhasil.

"Ok,kali ini saya maafkan awak. Tu pun sebab awak tak pernah lambat sebelum ini. Go change to your uniforms. For today,keep the hair like that, and jangan bukak spek awak. I like it like that."

Aku bergegas menyalin pakaian yang aku pinjam dari Ashraf kepada uniform kerja aku. Actually,aku kerja takde laa dahsyat sangat. Cashier restoran makanan segera je. Sedih gak ah, letih-letih struggle untuk diploma dulu,last-last cashier je. Takpe lah, dah rezeki aku kat sini kan.

Usai menyalin pakaian,aku terhidu sesuatu yang aneh. Sesuatu yang busuk. Hadoi. Takkan benda tu nak kacau aku sampai sini kot. Agak-agak ah. Aku nak cari duit untuk cari makan laa.

"Afiq,kau ada terbau sesuatu tak?" Tanyaku kepada rakan sekerjaku yang tetiba je muncul.

"Memang laa bau busuk. Sampah dalam tong sampah tu aku tak buang lagi. Lupa tadi. Tu yang aku masuk sini, nak buang sampah tu." Fuh nasib baik. Kepala aku nie dah kenapa fikir aneh-aneh je. Efek apa yang terjadi kat rumah Ashraf eh?

Sementara Afiq membuang sampah,aku keluar dari bilik persalinan dan terus ke kaunter. Tak ramai orang. Ok laa. Tak kalut sangat. Well,sekarang jam 12. Jam 1 nanti konfem-konfem ramai.

Tak sampai 5 minit aku kat kaunter, barisan di kaunter aku agak panjang dari kaunter-kaunter lain. Kenapa pulak dah? Nak kata singa yang jaga kaunter sebelah, tak juga.

"Ya cik, nak order apa?" Tanyaku dengan senyuman manis semanis manisnya.

"Saya nak awak boleh?" A bold confession from a student,maybe? Hadui. Sebab tu aku rela pakai selekeh sikit datang kerja. Takde la semak macamni.

And aku dengar confession mcam tu all day long. Semua yang kat kaunter aku ialah gadis remaja antara umur 15-25 tahun. Bosan la. Kalau lawa takpe jugak. Hai, Aisyah taknak datang sini ke ?

---------------------

Finally dapat jugak rehat. Orang lain ambil alih kaunter yang aku jaga and just what i expected, jualan berkurang. Tak ramai pulak yang datang. Haram betul. Fuh! Time aku bertugas ramai pulak.

Lepas rehat kejap,aku kembali ke kaunter. Letih ke tak,aku kena jugak kerja. Dapat jualan lebih bulan nie,gaji aku pun lebih laa.

Sewaktu menguruskan makanan-makanan dari gadis depan mataku yang agak seksi dengan sleeveless top, v-neck yang agak luas menampakkan lurah dada yang terbentuk akibat tekanan dari kedua belah lengan dan super mini skirt warna merah, mataku yang dari awalnya takleh lepas dari lurah dada tersebut ternampak dari sisi satu objek yang agak aneh menjadikan mataku menumpukan kepada objek tersebut.

Pada mulanya, objek tersebut ialah bola. Kemudian perlahan-lahan bola tersebut mengeluarkan rambut yang amat lebat. Walau perasaan takut menguasai diri, mataku ibarat dipukau untuk memerhatikan objek tersebut. Apa yang berlaku sekeliling tidak dapat dipastikan lagi. Aku hilang dari dunia realiti. Hanya ada aku dan bola tersebut disini.

Rambut masih lagi keluar dari bola tersebut. Sampai satu masa, bola tersebut bergolek ke arahku. Aku ingin lari tetapi kakiku seumpama diikat di tiang.

Bola tersebut berhenti betul-betul depan aku. Aku ingin menutup mata tapi malangnya bagai ada satu tenaga yang memaksa aku untuk terus memerhati.

Rambut dari bola tersebut bergerak-gerak seperti diselak. Dari celahan rambut-rambut tersebut, tersembul dua biji mata merah yang amat menakutkan.

Dan mata tersebut memandang tepat kearahku.

Sorry for taking too much time to update this. Just done my final exams and now i am free! I will try my best to update this a.s.a.p.
Btw,do support my romance story,"Jodoh Dari Korea" . Thanks, and enjoy reading! :)

ELEVATOR GAMEWhere stories live. Discover now