Bab 7

330 21 6
                                    

"Dik? Adik? Are you okay?" Kedengaran satu suara yang aku yakin sedang menegurku kerana kurasakan ada tangan menyentuh bahuku.

Aku cuba buka mata perlahan-lahan,tetapi jantungku masih berdegup kencang.Silau dari lampu monorel menerangi keadaan sebelum menyebabkan mataku terasa agak perit dan pedih.

'Nasib baik ianya hanya mimpi...'

Seorang wanita berusia around 30 memandang aku dengan aneh. Tangannya di bahuku. Rupanya dia yang kejutkan aku.

"Umm.. kinda .." balasku.

"Thank goodness. You meracau macam orang tak betul tadi. I bet you must be very tired,right?" Tanyanya ramah. Tapi kenapa ramah melampau?

"Kita kat mana sekarang?" Tanyaku tanpa menghiraukan pertanyaannya yang aku jangka tak perlu jawapan pun. Sewaktu dia ingin membuka mulut untuk menjawab mungkin, bunyi pembesar suara menyebut perhentian seterusnya. Nasib aku baik,tak terlajak dari destinasi.

"Oh,that is my destination."kataku.

"Oh, maksudnya destinasi kita sama! i pon akan turun kat sini jugak." Katanya. Aku hanya mengangguk dan tersenyum letih. Aku tak tahu aku mampu ke berjalan ke rumah Ashraf. Rumah dia dalam 10 minit perjalanan kalau jalan kaki. Lepasni nak bawak motor lagi.

"Rumah you kat mana? I boleh hantarkan. "Dia menawarkan diri. Macam tau tau je akak nie aku tengah bermonolog letih dalam diri.

"Eh,dont get me wrong. I ikhlas nak tolong. Lagipun you nampak sangat lemah." Tanpa sedar aku hanya mengangguk. Dia tersenyum.

"Rumah you kat mana?" dia bertanya lagi sambil kakinya dan kakiku melangkah keluar dari monorel.

"Rumah i kat Taman Integrasi, tapi i nak ke rumah kawan kat area sini. Kat Apartment Alga." Kataku jujur. Kenapa aku kena cakap tempat tinggal aku sedangkan dia nak hantar aku kat rumah Ashraf je.

"Eh,means destinasi kita sama laa,once again. I pon tinggal kat Apartment Alga tu." Katanya.

Kami berdua memasuki kereta Myvi hitam milik akak nie. Aku tak tau nak panggil dia apa since dia tak bagitau nama dia. Aku agak kereta dia broke down masa dia nak pergi kerja, so dia hantar bengkel dulu kereta and pergi kerja dengan monorel. Aku agak je laa sebab dia amek kereta dia kat bengkel.

Di dalam kereta,kami tak banyak cakap. Eh silap,bukan kami tapi aku. Aku hanya menjawab soalan-soalan remeh dari mulutnya sahaja.

Tiba-tiba aku nampak satu susuk tubuh putih melintas jalan dari jauh. Mulanya aku hanya nak ignore tapi mataku tak lepas dari memandang. Dia berhenti ditengah jalan, lalu badannya dipusingkan menghadap kereta Myvi.

Walau agak jauh tapi aku dapat lihat mukanya dengan teliti. Cantik,sangat cantik. Rambutnya juga lurus dan panjang. Tapi kenapa dia berhenti di tengah jalan.

Kereta yang kami naiki makin dekat dengan gadis itu. Tiba-tiba akak ini memecut. Aku kecut perut. Dah kenapa akak nie ??

"Kak,bawak slow-slow kak. Tu ada orang melintas tu..." kataku.

"Mana? Takde pon..." dan terus dia memecut. Ah sudah.

Hampir,

Makin hampir,

sangat hampir dan ...

Woosh! Gadis tadi hilang sekelip mata setelah kereta Myvi ini 'melanggarnya'. Pada ketika itu muka 'benda' tu muncul secara tiba-tiba depan mata.

Separuh mukanya terbakar. Biji matanya tiada di soket sebelah,tetapi mata sebelah lagi terletak elok. Cumanya mata tersebut tiada pupil hitam seperti mata manusia biasa. Kulitnya yang terbakar pula menampakkan sedikit sebanyak daging otot yang dah mereput dan dimamah ulat putih yang banyak.

Aku menjerit terkejut. Sape je tak terkejut kalau jadi camtu. Nasib baik tak jerit macam orang kena histeria,tapi jeritan tu boleh membuatkan orang lain terkejut sama.

"Fazril,kenapa? Are you okay?" Tanya akak tu. Aku mengangguk perlahan. Kenapa dengan aku nie? Sejak kebelakangan nie makin parah 'sixth sense' aku. Eh,aku ada sixth sense ke?

"I am okay. Sorry buat akak ...."

"KT. Dont call me kakak. Its sounds so old. Panggil KT je.." dia menyampuk sebelum aku sempat habiskan ayat aku.

"Err, sorry KT,i buat you terkejut."

"Takpe. But,are you sure you okay?"

"Yes,kind of." Kataku sebelum kereta Myvi hitam milik KT masuk ke kawasan Apartment Alga.

Dia memarkirkan kereta di kawasan yang dikhaskan memang untuknya. Setelah berterima kasih dan bertukar-tukar nombor(aku taknak tapi dia mendesak), aku cuba untuk call Ashraf tapi tak dapat. Try terjah je la rumah dia.

"Jangan kau berani-berani masuk dunia kami ....." satu suara berbisik betul-betul di tepi telingaku. Aku memandang ke kiri dan kanan tetapi tiada sesiapa.

Nampaknya semua kejadian nie bermula setelah aku bercadang untuk main Elevator Game tersebut. Kalau macam ni, aku nak try main game bie malam nie jugak. Persetankan mentalku yang letih. Aku harus habiskan perkara ini malam nie jugak. Kalau tak mereka akan kerap ganggu aku.

Sekarang jam 12 tengah malam. Ritual biasanya dilakukan pada waktu makhluk-makhluk tersebut aktif iaitu pada 3 pagi. Memandangkan sekarang masih ada orang berkeliaran, aku bertekad untuk mulakan ritual jam 2.30 pagi. Taknak aku buat tepat-tepat jam 3. Gangguan biasa pun aku tak mampu tahan.

Aku cuba call Ashraf sekali lagi tetapi no connection. Ashraf nie dengan Sarah ke apa sekarang?

Aku lepak kedai Mutu kejap sambil main online apa yang aku boleh online. Lapar? Tak. So aku order milo ais je.

Tunggu punya tunggu,manusia makin berkurang. Dari sepuluh kepada tujuh,dari tujuh kepada empat,dari empat kepada dua dan dari dua kepada kosong. Takde orang.

"Kau jangan berani-berani masuk dunia kami..." suara itu berbunyi lagi. Aku tak tahu aku dapat kekuatan dari mana tapi alu sedikitpun tak gentar. Walaupun last minute punya perancangan, sedikit sebanyak perkara yang harus aku bawa sudah aku beli di kedai 7Eleven. Alah,garam je pun,dengan air sejuk.

Aku menghabiskan air Wonda Coffee Latte yang tersisa di dalam tin lepas kedai mamak Mutu tutup jam 1.30 pagi tadi. Aku ingat kedai dia 24 jam. Rupanya tutup jugak.

Jarum jam bergerak laju, selaju jantungku. Debaran bercampur keterujaan ataupun bahasa sainsnya, adrenaline. Ada sedikit perasaan takut tapi perasaan teruja lebih menguasai.

Sudah jam 2.30 pagi. Aku bangun dari tempat yang aku duduki tanpa sedar ada mata memerhati. Jariku menekan button lif untuk bergerak keatas dan ...

'TING!!!'

Pintu lif sudahpun terbuka!!!

"Lets do this!" Kataku kepada diri sendiri sambil kakiku melangkah ke dalam lif, dengan teruja tanpa mengetahui apa yang akan terjadi kepadaku nanti...

*Sorry for the late update guys.
SO SO SO SO SOOOO SORRYYY
AND THANKS FOR KEEP SUPPORTING EVEN MAKIN MEMBOSANKAN.
CHEERS! PEACE!*

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 08, 2016 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

ELEVATOR GAMETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang