Ashraf bangun dan menggeliat setelah dipastikan laptopnya di-off dengan sempurna. Aku di belakang hanya mampu melihat. Menunggu adakah dia perasan akan kehadiranku di sini sejak sejam yang lalu. Maklumlah, Ashraf kalau dah buat kerja, memang takkan alert dengan sekeliling. Aku rasa kalau bom meletup pun dia takkan perasan yang badannya dah hancur berkecai hingga dia siapkan kerjanya.
"Eh,bila kau sampai sini?" Tanyanya. Dah agak. Memang dia tak perasan aku kat sini. Risau pulak tetiba, apabila terfikir kalau laa penyamun ke perompak ke perogol ke masuk, agak-agaknya macamana laa. Siapa kata perogol takkan masuk? Kalau dah muka jambu macam mat korea, mana mat-mat gay tak terliur tengok muka flawless, gigi tersusun rapi, putih kuning langsat, pandangan mata yang cool bila memandang ditambah dengan eye smile nya sekali. Cuma hidung tak mancung sangat, tapi takde la kembang. Just so-so. Kadang-kadang aku pun rasa nak terkam mamat Ashraf ni especially kalau da pakai tuala aje baru lepas mandi, with that wet, wavy hair. Fuhhh !
"Haa,tu lah kau. Syok sangat menghadap kerja sampai tak sedar aku kat sini. Sampai hati kau eh buat aku tunggu hampir lima jam kat sini." Kataku separuh merajuk. Tak sampai separuh pun sebenarnya. Sesuku je, sebab da kenal sangat Ashraf macam mana. Salah aku jugak datang time dia tengah buat kerja.
"Sorry laa Fazril. Aku tak sengaja. Macam kau tak kenal aku. Ok,baru rasa lapar sekarang. Jom makan, aku payung." Ashraf mengambil wallet yang berada di sisi laptopnya tadi.
"Payung? Apasal kau nak payung aku pulak?" Tanyaku kurang faham. Sesungguhnya aku memang tak ambil kisah dengan bahasa-bahasa baru. Payung laa, mak kau hijau laa, pisang laa. Entah apa-apa je.
"Belanja laa, tanda sorry aku since kau merajuk dengan aku tadi. Haha! " Nie yang buat aku sayang gila mamat nie. Cara pujuk dia tak lain tak bukan belanja makan even dia tahu aku bukan jenis merajuk macam perempuan.
Kami berdua berjalan beriringan dari apartment tingkat 13 di mana terletaknya rumah Ashraf. Dalam lif, sedang aku berbual kosong dengan Ashraf, aku perasan lampu untuk berhenti di tingkat 4 menyala . Yang menghairankan, hanya ada aku dan Ashraf dalam lif.
"Kau tersalah tekan button 4th floor ke tadi? " tanyaku.
"Eh,bukan kau ke yang tekan button untuk Ground floor tadi? Aku tak sentuh pun button-button tu." Kata Ashraf kehairanan.
"Maybe aku kot yang tersalah tekan tu. Hehe." Tapi selesai saja aku menghabiskan ayat aku, mataku menangkap button tingkat empat itu kembali tidak menyala. Seperti ada seseorang,atau sesuatu baru sahaja menekan button tersebut.
"Ashraf, kau nam..."
"Shh! Jangan cakap apa-apa." Dan kami pun senyap. Muka Ashraf serius bermaksud dia tidak bergurau untuk menyuruh kami senyap.
Tiba-tiba, lif berhenti di tingkat empat. Pintu terbuka tetapi tiada orang. Senyap,gelap. Walhal baru jam 10. Awal lagi kot. Takkan semua da tidur kot. Hampir sahaja aku ingin menekan butang tutup pintu,pintu sudah bergerak untuk ditutup.
Sesampai sahaja di tingkat bawah, kelihatan agak ramai yang sedang makan di gerai mamak tepi jalan. Kaki kami melangkah ke kedai tersebut, dan terus duduk apabila mataku terspot tempat kosong. Mataku tertancap pada level 4 apartment Ashraf. Terang je, tak macam tadi. Ada budak main lampu kot.
"Mutu,mee goreng basah and milo ais satu. Kau nak apa?" Tanya Ashraf membuatkan aku mengurut dada, agak terkejut.
"Bihun goreng dengan teh tarik." Kataku dengan nada sama yang Ashraf gunakan untuk menyebut makanannya tadi kepada Mutu sambil menstabilkan nafasku kembalu kepada asal.
"Lupa nak tanya. Kenapa kau datang rumah?" Tanya Ashraf. Ye lah, aku nie jenis jarang nak jalan-jalan, nak pergi rumah orang even hujung minggu. Aku lagi suka lepak kat rumah, and selalunya Ashraf yang datang rumah aku.
"Takde apa. Saja rindu kau. Hahaha!" Kataku berseloroh.
"Entah sejak bila si Fazril nie reti nak berindu-rindu nie ? Hahaha"
"Takde la. Minggu nie aku free, kau?"
"Aku free every weekend, kau pun tahu itu kan."
"Mana laa tau kau nak balik kampung ke, nak pergi usha awek ke.."
"Awek kepala bana kau. Sarah nak letak mana oii?! " nie salah satu kelebihan Ashraf yang buat aku lemah. Tahap setia dia infiniti. Even muka dia boleh dapat muka yang lagi lawa dari Sarah tapi Sarah jugak yang dia nak. Untung Sarah,muka tak seberapa tapi dapat pakwe pergh. Aku? Aku sekarang single. Sape nak masuk, hantar borang beserta resume ye. Hehe.
"Takde. Camni. Aku ada terbaca satu game. Game nie memang thrill habis lah, lagi thrill dari ...." aku senyap seketika semasa pelayan warung Mutu menghantar makanan yang kami pesan. "... The Midnight Man." Oh ye, salah satu perkara yang buat aku boleh kamceng dengan Ashraf ialah, both of us sangat suka main game dengan makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat.
"Look, Ril. Kita dah janji kan takkan pernah main game-game tu lagi. Aku hampir kena tangkap dengan The Midnight Man malam tu, kau lupa?"
"Alaa Ashraf. Please. This time only. This one last time. Game nie takkan buat kita direct contact dengan diorang. Kali nie,kita lawat je diorang. Just melawat kot."
"KAU GILAA ?!! Lawat diorang means, masuk dunia diorang ??!" Tanya Ashraf separa menjerit. Tak pasal-pasal ramai tengok kami.
Aku mengetuk kepala Ashraf,agak kuat. Takleh ke suara dia tu kuat lagi. Saje je nak bagi orang dengar.
"Bengong. Memang kau saja nak bagi orang dengar ke?"
"Sorry sorry. Tapi apapon alasan kau, aku taknak join dan takkan join whatever happens!"
"Even Sarah join?" Aku mengugut.
"Yup, even Sar.. apa kau cakap? Sarah join??" Dia agak terkejut. Well, aku dah agak reaksi terkejut yang tengah dipamerkan sekarang. Sarah sememangnya suka join kitorang,tapi dia sejak busy lepas dapat kerja jadi nurse bershift, dia jarang dapat join. Nasib baik sekarang dia tengah cuti.
"Yup. I've asked Sarah, and she willingly to follow us, i mean ME." Sengaja menekankan perkataan me tu, sebab aku tau dia akan jeles.
"Fine,fine. Aku ikut. Semua sebab Sarah. Tapi lepas nie kalau ada ape-ape yang terjadi, kau punca semua. Kalau terjadi unexpected things, kau yang kena bertanggungjawab. Kau tahu kan, susah nak buang 'benda' tu."
"Iye,iye. Aku tahu. Believe me for this game." Aku meyakinkan. Semangatku makin berkobar-kobar.
"So, game apa yg kita akan main tu?" Tanya Ashraf,agak ragu-ragu.
"ELEVATOR GAME." Aku menguntumkan senyum. Ashraf mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
ELEVATOR GAME
SonstigesDisebabkan dah terdelete sinopsis yang ditulis sebelum ini and i dont know how to write it again, so lets just enjoy the read. I'll try to entertain you with this story,okay? Bytheway,its not a game like you used to play. This game is very dangerous...