Lif dari tingkat empat nak turun ke ground floor terasa sangatlah lama. Since aku agak dah biasa dengan perkara macam nie, plus aku memang suka main dengan 'diorang' so takde la terasa sangat takutnya. Ok, itu suatu pembohongan. An unexpected meeting memang scary. Well, aku tak takut just agak terkejut. Semua orang kalau terkejut pun, jantung berdegup laju kan. Kalau tak,tak normal la.
Sampai sahaja di ground floor, kaki terus melangkah ke arah kedai Mutu tadi. Nak tuntut phone aku. Setibanya di kedai itu, aku nampak sesuatu.
"Eh Sarah. Seorang je ke? Mana Ashraf?" Soalan agak bodoh kutanya. Well, Ashraf kan kat rumah dia tadi, tengah buat kerja.
"Ashraf? Tu, kat Uncle Mutu." Kata Sarah sambil jarinya telunjuknya diangkat dan ditujukan pada satu arah.
Aku salah dengar ke? Bukan Ashraf kat atas ke tadi? Dengan perlahan kepalaku menoleh kebelakang, since Sarah menunjukkan ke arah belakangku.
Ternyata Ashraf memang di situ. Tengah bayar kot, sebab dia keluarkan duit dari walletnya. Ceh,Sarah dia belanja. Aku, yang dia janji nak belanja tadi, tiba-tiba menghilangkan diri. Eh kejap, kalau yang kat Uncle Mutu tu Ashraf, dah tu yang aku nampak tadi ...?
"Oit Ril. Nah phone kau. Aku dah tebus. Sorry laa kau kena gadai kejap phone kau sebab aku kasi duit tak cukup tadi. Hahahaha" boleh pulak mamat nie gelak. Aku tengah berdebar dia pulak buat lawak tapi punchline tak kena.
"Cap, tadi kau kat mana?" Tanyaku, serius.
"Laa,tadi aku pergi kejar and pujuk Sarah laa." Katanya sambil menjeling manja dan mengenyitkan mata kearah Sarah.
"Kau tak naik eh tadi?"
"Kau kenapa? Aku tak naik la. Aku dengan Sarah tadi,kan sayang?"
"A'ah laa Ril. Ashraf ngan I tadi. Dia tak naik pun." Ok, this is real shit. Dah tu dalam rumah Ashraf tadi siapa ?!
"Cap, tadi masa aku ambil wallet aku kat atas, masa aku masuk ada orang dalam rumah kau. Dengan keadaan gelap lagi. Aku ingatkan kau tadi, sebab gaya dia macam gaya kau. Aku tegur tak jawab. Entah-entah perompak tak." Kataku agak kelam kabut memikirkan kalau orang tadi perompak, mati laa aku. Dah kira berlaku depan mata pun boleh terlepas lagi.
"Yeke?? Sarah,you tunggu sini ye. I nak naik jap, mana tau perompak tu ada lagi." Katanya sambil terus berlari. Tangannya memegang dan menarik tanganku, sebagai tanda inginku mengikutnya. Aaa sudah. Aku punya terkejut tadi pun belum hilang, inikan pulak nak naik lif tu naik atas balik.
Luckily, kali nie agak ramai nak naik lif so maybe kejadian tadi takkan berulang. Gaya macam satu family, sebab semua naik level 15. At least,kitorang tak berdua je naik lif tu. Kali nie, lif ni tak berhenti di level 4. Nasib baik.
Sesampainya kami di level 13, Ashraf terus meluru ke arah rumahnya dan membuka pintu dan membuka lampu. Anehnya, tiada siapa disitu. Tiada juga tanda pecah masuk rumah. Dah tu, siapa yang aku nampak tadi??
"Mana Ril? Takde tanda pecah rumah pun. Kau jangan main-main Ril." Kata Ashraf separuh mengugut.
"Betul Cap. Serius. Takkan aku nak tipu benda-benda camtu." Ok, aku dah mula cuak.
"Unless ....." Ashraf semacam sengaja untuk tidak menghabiskan ayat.
"Unless apa?"
"Shhh! Aku bagitau kat bawah." Ajaknya sebelum kami keluar dan dia menutup lampu dan mengunci pintu.
Kami berdua berjalan berdua menuju ke arah lif. Aku diam. Cuak,terkejut,takut menguasai diri. Aku dah lama tak rasa macam nie. Even masa main game dengan 'diorang' sekalipun takde la rasa takut sampai macam nie.
Again,it's only the two of us yang akan turun kebawah. Aku makin cuak,makin rasa takut, pening, nak muntah. Aku tahan. Jangan sampai lif nie berhenti tingkat 4 pulak dah lah.
Nasibku aku rasa agak baik laa kot setelah lif tersebut berhenti pada tingkat 10, dan ada 3 orang perempuan, maybe dalam belasan tahun and masih sekolah kot, masuk dalam lif. Cara pakaian macam agak tak proper je untuk remaja macam diorang. Lepas diorang masuk, tiba lagi tiga orang lelaki, umur lebih kurang aku and Ashraf-maybe dalam 20 hingga 25 kot- masuk ke dalam lif. Gaya macam partnernya si gadis-gadis tu.
Sangkaanku tepat. Sepanjang kami turun kebawah,kami terpaksa tadah telinga mendengar perkataan-perkataan yang digunakan oleh 6 orang tadi. Lagi menyeksakan apabila sepasang daripada mereka dengan beraninya membuat aksi agak tak senonoh dalam lif tersebut. Setakat nak cium ringan-ringan ok la tapi kalau da siap ada bunyi bagai, macamana nak tahan. Pasangan lain pulak hanya bersorak. Woi,korang perasan tak ada orang dalam nie woi ! Aku dengan peningnya lagi sekarang nie,ditambah dengan bunyi keluhan seksi si gadis tadi,buatkan aku makin rasa pening.
Kalau pening je takpe tapi kalau dah naik seh nie camane? Aku terkam jugak budak tu nanti. Haish. Nasib iman aku kuat.
Sangkaanku meleset apabila aku ingatkan bila ramai orang, lif tu takkan 'rosak' dan berhenti pada tingkat 4. Ok, lif tu tak rosak. Cuma aksi couple tadi agak ganas menyebabkan diorang tertekan button level 4. Shit betul, kenapa level 4 jugak kau nak tekan. Memang kena terkam betul-betul budak tu nanti.
Pintu terbuka. Anehnya, keadaan pada level 4 sangat berlainan dengan apa yang aku alami tadi. Tadi,koridornya malap tapi kali ini terang. Yang sama hanyalah kesepian. Gadis tadi dengan cepat menekan button tutup pintu,dan pintu tertutup. Yang membengangkan aku, lepas tutup pintu boleh pulak sambung kissing. Kali nie bukan sepasang tapi ketiga-tiganya buat benda yang sama. Keluhan yang sama. Aku makin tak tahan.
Ril,ingat Tuhan. Tarik nafas, hembus. Tarik,hembus. Mengucap. Bangang betul. Banyak pulak dugaan malam nie. Diorang nie aku konfem 100 peratus cari semak. Tak sempat dah nak cari hotel ke apa. Kalau aku pun dah ter'naik' sama, apatah lagi yang 'terima servis' tu.
Sampai sahaja ground floor, aku terus melangkah keluar dari lif dan terus ke tandas. Ashraf mengikut dari belakang. Aku dah malas ambil kisah pasal remaja-remaja tadi. Tak padan dengan sekolah(kot), aksi memang pro, even just kissing sampai aku rasa nak join jugak. Ashraf aku tak tahu tapi yang pasti balik nanti aku kena mandi junub. Nampaknya aku terpaksa buang boxer aku yang kebasahan. Haish.
Tiba-tiba kurasakan seperti diperhatikan. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, macam takde yang tengok aku. Nak tengok macamana, takde orang pun. Aku dengan Ashraf je. Ashraf pulak tengah menyudahkan urusan dalam tandas.
Selesai sahaja urusan kami, aku menapak keluar dari tandas apabila mataku menangkap suatu entiti yang tak dapat dikenalpasti. Kuperhatikan betul-betul.
Tuan rumah 404.
Dia tersenyum padaku.
Ngeri.
Dan hanya itu yang aku dapat lihat sebelum kepalaku rasa sangat berat dan mataku terasa gelap secara tiba-tiba.
*Again,sorry for the late update. Thanks for reading, and thanks for supporting ㅅ_ㅅ . Would appreciate if you guys bukan silent reader and comment things buatkan cerita nie lagi berkualiti. Tak kira nak kutuk or nak puji. Thanks again. Also sorry kalau chapter ini gaak memboringkan.*

ANDA SEDANG MEMBACA
ELEVATOR GAME
De TodoDisebabkan dah terdelete sinopsis yang ditulis sebelum ini and i dont know how to write it again, so lets just enjoy the read. I'll try to entertain you with this story,okay? Bytheway,its not a game like you used to play. This game is very dangerous...