Bab 6

626 31 8
                                    

Aku terkaku. Even nak gerakkan jari pun tak boleh. Please not this time. Aku ada customer untuk dilayan sekarang.

Bebola mata yang tersembul dari bola tersebut tercabut dari soket mata dan bergolek ke arah kaki kiriku. Tiba-tiba bebola mata tersebut terbelah sedikit dan menampakkan barisan gigi yang tajam.

Hampir sahaja bebola mata tersebut ingin menggigit kakiku, lenganku disentuh seseorang dan pada ketika itu juga semuanya hilang. Bola berambut,biji mata bergigi. Semua sekali hilang dalan sekelip mata.

"Are you okay? You look pale." Gadis sleeveless rupanya yang memegang lenganku. Aku memandang kearahnya, mengangguk dan tersenyum.

"Sorry,im a bit tired today. Mind to repeat the order?" Dan gadis itu memberitahu aku kembali apa yang dia inginkan. Banyak makan jugak rupanya dia nie.

"Faz, Cik Fiza panggil kau kat belakang." Kata Hana. Tangan aku terhenti untuk mengisi fries dalam bekas dan memandang Hana dengan aneh.

"Aku? Sekarang ke?" Tanyaku.

"A'ah. Dah,pergi dulu. Tempat kau aku ganti." Gadis bertudung itu senyum. Manis je senyumannya.

Aku terus ke belakang untuk berjumpa boss aku. Kerja-kerja melayan pelanggan tadi alu serahlan pada Hana.

"Ye cik Fiza. Ada apa nak jumpa saya?" Tanyakyu, berhati-hati. Cik Fiza nie takdela jahat ke,kejam ke apa tapi siapa ke tak cuak kalau tiba-tiba je kena panggil.

"Awak ada masalah ke? Tadi kenapa awak tiba-tiba jadi patung masa layan pelanggan? Sampai pelanggan yang kena sentuh awak baru awak sedar." Ha,nie aku suka sikap cik Fiza nie. Prihatin je dia.

Yes, semua aktiviti pekerja diperhati oleh cik Fiza dari dalam biliknya. CCTV diinstall untuk kecemasan,dan juga untuk perhatikan pekerja, kalau-kalau ada yang curi tulang ke.

"I dont really know, cik Fiza." Jawabku,jujur.

"Is there anything that bothers you lately?" Cik Fiza nie memang majikan berkaliber la. Tegas tapi pada masa yang sama prihatin. Plus,my looks today kot menjadikan aku lebih diperhatikan harini.

"Erm .." aku ragu-ragu nak bagitau, sebab nanti dia akan anggap aku lemah sebab kuat berimaginasi,and takut dengan imaginasi sendiri.

"Just tell me. I am here to help,if i can help." Cik Fiza tersenyum. Aku turut melemparkan senyum lalu bercerita tentang apa yang aku alami.

------------------

"Maybe awak yang over-exhausted kebelakangan nie." Ayat cik Fiza menunjukkan dia tak percaya cerita aku. Kan dah agak, dia anggap aku berhalusinasi dan berimaginasi.

"You should take a leave. I'll give you 2 days break from tomorrow." Katanya. Dua hari?? Macam parah sangat je aku nie sampai cuti dua hari.

Aku hanya mengangguk. Dalam kepala aku dah fikir nak buat apa untuk 2 hari ini.

YESS! Aku boleh teruskan plan Elevator Game aku malam esok. Malam nie tak sempat, aku letih sangat nie.

Aku keluar dari bilik cik Fiza lepas beliau bagitau aku apa yang dia nak bagitau, and aku diberi pelepasan kuntuk terus balik. La, sebenarnya tinggal lagi setengah jam je kedai nie nak tutup tapi takpe la.

Setelah siap menyalin pakaian,aku baru teringat yang aku tak bawak moto aku untuk datang kerja. Aduhh. Nak buat camane nie. Nak balik ngan ape nie??

Last-last aku amek keputusan untuk balik monorel je. Nak call Ashraf, dia selalunya malas datang amek aku kat sini sebab ada masa silam hitam dengan cik Fiza. Tu la susah kalau hensem sangat nie.

Nasib baik dekat je kedai nie dengan monorel. Dalam 500 meter berjalan da sampai. Tapi aku kena balik rumah Ashraf dulu sebab motor aku kat rumah Ashraf sekarang.

Sepanjang aku berjalan untuk ke stesen monorel, terasa ada sesuatu mengikut aku dari belakang. Walau kat tempat yang agak ramai orang, aku rasa seperti diperhatikan dari arah-arah yang sangat tak logik.

Kadang-kadang dari bawah, kadang-kadang dari atas dan kadang-kadang dari depan. Depan maksud aku ialah betul-betul depan mata aku.

Lepas berjalan dalam keadaan tak selesa dan agak menakutkan,akhirnya aku tiba di stesen monorel. Menghairankan, sebab bila aku tiba je kat stesen tu, perasaan seperti diekori tu hilang.

Ok, kat sini takde orang sangat. Means,tak ramai yang akan naik monorel tu nanti. Nasib baik jugak,kalau tak bersesak laa gayanya.

Setelah selesai urusan pembayaran semua,aku terus naik monorel yang ada. Nasib aku baik sebab kebetulan lepas aku bayar terus ada monorel sampai. Fuh!

Ok,dalam nie tak ramai sangat orang. Nasib baik, boleh jugak la aku duduk. Aku whatsapp Ashraf untuk bagitau dia yang aku nak datang rumah dia amek motor aku, tapi aku dapat double tick aje. Nie mesti tengok chat aku hantar kat notification je. Ah sukati la, asal aku dapat balik kunci motor aku.

Tengah-tengah aku relax dalam monorel, syaithon datang ganggu aku lagi. Adui diorang nie saje je la. Kali ini aku nampak kepala terbang betul-betul depan mata tempat aku duduk, kat luar monorel. Kelajuan kepala tersebut terbang sama laju dengan monorel. Aku rasa kalau terlanggar burung yang tengah terbang senang lenang pon boleh mati burung tu.

Mukanya aku tak nampak,aku nampak rambut sahaja. Macam bebola rambut yang aku nampak kat kedai tadi. Aku cuba ignore tapi mataku tetap tak boleh lati dari tengok benda tersebut sehinggalah monorel nie masuk terowong, and benda tu lesap tiba-tiba.

'Tarik nafas Ril, tarik nafas panjang-panjang then hembus. Ignore je gangguan-gangguan tu' kataku kepada diri sendiri.

Aku cuba berehat untuk kesekian kalinya. Lagipun rumah Ashraf jauh lagi. Aku cuma nak rest kepala je,taknak tido pon.

Sedar tak sedar,monorel nie dah keluar dari terowong dan aku sangat tak suka apa yang jadi.

Sebab elok je monorel nie melepasi terowong, bebola rambut terbang tadi betul-betul depan mata aku. Dalam monorel. Lepas lima saat ia terapung depan mata aku, bebola tersebut jatuh.

Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak menjerit, atau cuba bantu diri sendiri dengan baca ayat suci. Mataku memang tak lepas dari pandang bebola rambut tersebut.

Kali ini, rambut-rambut dari bebola tersebut makin panjang dan berserabai. Aku cuba untuk bergerak tapi tak boleh. Damn. Nie macam da sama dengan apa yang jadi kat kedai tadi.

Rambut-rambut tersebut menjalar, menghampiri dan membelit kakiku. Ah sudah, apa nak buat. Dah la dalam monorel nie tak ramai orang,rasa macam orang tak nampak pun aku kat sini.

Rambut yang membelit kakiku, terus menjalar naik ke badanku. Perlahan-lahan naik, membelit semua amggota badanku, dan berhenti di tengkukku.

Apa aku nak buat sekarang? Aku baru perasan aku bukan lagi dalam monorel tetapi tempat yang aku sendiri tak tahu dimana.

Macamana nie? Macamana aku nak lepaskan diri dari ikatan rambut nie? Ingin aku menjerit meminta tolong tapi suaraku tersekat.

"Tak guna kau menjerit mintak tolong. Takde orang boleh tolong kau sekarang." Akhirnya bebola rambut tadi menjelma sebagai seorang gadis yang sangat ayu dan cantik hingga buatkan aku terpesona.

"Apa yang kau nak sebenarnya?" Tanyaku lepas sedar yang gadis cantik itulah yang buat aku macamni sekarang.

"Aku nak kau jangan masuk ke dunia kami. " katanya sebelum aku rasakan rambut-rambut tersebut membelit aku dengan lebih kuat, dan pandanganku gelap.

Sooooooo sorry for the late update. Btw,enjoy eventho i do think yg bab nie boring sikit .
And thanks for reading!

ELEVATOR GAMETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang