Bahagian Enam

3.4K 54 15
                                    

  p/s: part ni akan ada some 18sx scene. So behold!


Diba's POV

Masing-masing penat, especially aku, dengan kaki sakitnya, boleh pergi shopping. Lama pulak tu. Sampai sahaja dekat villa, kita orang mendapati villa itu sunyi sepi dan gelap. Adakah semua sudah tidur? Padahal baru jam 10 malam. Masuk sahaja ke villa, aku nampak semua orang ada di depan tv, menonton cerita hantu. Ada yang berselubung dengan selimut, ada juga yang meletakkan bantal dimata menunjukkan yang cerita itu benar-benar seram. Dengan lampu yang sengaja dipadamkan. Tiba-tiba ada orang menjerit. Terkejut aku dibuatnya. Sudah tahu cerita seram, biarlah persekitaran menjadi terang benderang. Ini tidak, gelap gelita. Nicky mengajak kami join sekali tonton tv, tapi malangnya kami berasa sangat letih dan aku membuka lampu, lalu dimarahi oleh mereka semua, kerana menurut mereka, tak thrill lah kalau tonton cerita seram dengan lampu yang terang-benderang. Aku rasa macam hello-kalau-macam-itu-jangan-menjerit-bila-hantu-keluar . Urghh. Aku gagahkan diri untuk mendaki anak-anak tangga yang berjuta sebelum sampai kebilik yang jauh ke atas loteng. Ini semua salah Diana, kenapa pilih bilik di tingkat atas, tahu aku sakit kaki. Haih. Sampai sahaja dia atas, terus aku buka baju dan mengenakan tuala yang baru dibeli sebentar tadi lalu menuju ke bilik air. Bilik air ini ada bath tub dan pengawal suhu. I love bath tub. Aku setkan suhu ke 35 darjah celcius dan aku berendam didalam bath tub itu. Hampir tertidur aku dibuatnya dibelai lembut oleh air bersuhu suam ini. Setelah lama aku beremdam didalam bathtub, lalu aku keluar mendapatkan tuala dan menyarungkan bathrobe yang telah disediakan oleh pihak villa.

Aku dipembaringan melihat Diana yang sedang lena diulik mimpi. Aku merenung mukanya dalam-dalam. Sungguh tenang hati aku memandang muka dia bersih, tiada dihinggapi sebarang jerawat. Perasan cinta terhadap dia makin mendalam. Tapi aku fikirkan reputasi ibubapaku jika aku couple dengannya. Pastinya reputasi mereka aku jatuh merudum. Tambahan pula, akan ada Piliharaya Raya Umum nanti. Sedang aku asyik mengelamun melihat muka Diana, dia membuka mata dan menyapa aku. Sangat terkejut aku dibuatnnya.

"Diba, tak tidur lagi?" tanya Diana dengan suara yang sangat perlahan. Aku masih tidak berkata-kata. Diam seribu bahasa.

"Curi-curi tengok aku lah tu." kata dia lagi.

"Kau tak apa ke, tidur atas lantai? Meh tidur atas katil dengan aku." pelawa aku moga dia terima.

"Eh, ada apa-apa ke ni ?" tanya Diana lalu dia bangun dari pembaringan dan terus ke bilik air dengan keadaan terhoyong-hayang.

Diana keluar dari bilik air tak lama kemudian. Dia berdiri dihadapan aku. Right infront of me. Lalu dia memandang aku dengan penuh perasaan cinta dalam hatinya. Aku memulakan langkah pertamaku dengan menarik tangannya lalu dia menerimanya dan baring disebelahku. Dia baring ditepi dinding memandangkan badannya kurus dari aku. Dia memelukku. Terasa hangat diseluruh badan. Jantungku mengepam darah dengan begitu laju ke seluruh badanku. Otak ku mentafsir segala apa yang dilakukan olehnya. Bibirku berketar, lalu aku pusing menghadap Diana dan ternyata Dian memandangku tajam kedalam anak mata. Aku berasa gugup lalu aku memalingkan kepala aku ke posisi yang sebelumnya. Aku berasa nafas Diana yang hangat menyelubungi leherku.

"Diana, do you love me?" tiada sebarang respon yang diberikan oleh Diana membuatkan aku berasa sangat hampa. Aku hanya memalukan diri sendiri. Aku berpusing kearahnya dan memanggil namanya. Juga tiada respon yang diberi. Buat kali keduanya aku memanggil lembut namanya. Tidak semena-mena tangannya memegang kepalaku dan mendekatkan mukaku dengan dia. Aku berasa gugup lalu aku memejamkan mataku. Darah yang mengalir laju dapatku rasakan menujah-nujah selekoh-selekoh badanku. Jantung berdegup pantas seperti aku sedang berlari dikejar seekor anjing. Hati sedang bertanya, "adakah ini yang aku mahu sebenarnya" dan otakku lantas menjawab "ya, tak lain tak bukan, aku mahukan Diana Hanna Amir." Tiba-tiba aku merasakan bibir Diana bersentuhan dengan bibirku. Banyak perkara yang berlegar di kepalaku. Tapi semua itu aku ketepikan dahulu, aku menyambut ciuman Diana dengan penuh manja. Diana melepaskan ciuman itu. Aku tertanya-tanya kenapa lalu membuka mata dan melihat Diana tersenyum dihadapanku.

Aku Cinta Kamu (gxg) (bahasa melayu)Where stories live. Discover now