p/s: ini adalah special part for the story. I hope you guys enjoy it!
Diba's POVSudah beberapa hari Diana berada di Seoul, bermain bola keranjang. Pasukan universiti kami terpilih untuk berlawan dengan pasukan universiti di Seoul. Entah lah, aku pun tak tahu universiti apa yang bakal mereka tandingi. Selama Diana berada disana, sekali pun dia tak contact aku. Ini yang membuatkan marah. Sudahlah balik dari dari Langkawi terus ke Seoul. Hmm. Angin, pasir pantai, bunyi deruan ombak, langit yang membentang luas di Langkawi masih segar dalam ingatan aku. Pandangan manja Diana terhadap aku pasti aku ingat sampai bila-bila. Apa segala yang terjadi pada hujung minggu lepas akan aku simpan dan kunci didalam kotak memoriku. Sekarang ini ? Sekarang aku merasa seperti aku ditinggalkan, diabaikan, dan tidak sepenting bola keranjang yang dikejar-kejar oleh Diana dan juga Nicky. Terasa seperti janda berhias yang kehilangan suami yang baru dikahwini beberapa hari. Sobs sobs.
Aku membelek-belek rantai yang dihadiahkan oleh Diana pada malam yang indah itu yang tergantung dileherku ini. Sesungguhnya hanya ini sahaja yang menjadi peneman dikala sunyi. Sudah aku iMessage Diana, tidak dibalasnya. Nicky juga aku hantar, juga tidak dibalas. Mungkin mereka terlalu sibuk mengejar bola yang berwarna oren itu. Mungkin perlawanan mereka dari pagi hingga ke malam. Who knows? Minda dan pandangan aku teralih kepada seorang lelaki yang menuju kearah aku dan langsung tidak aku kenali. Dia tersenyum padaku dan tidak semena-mena duduk disebelahku. Banyak persoalan yang terperangkap dalam otakku 'siapakah lelaki ini?' 'kenapa dia duduk disini?' dan bermacam-macam lain.
"Hai, saya Amin. Boleh kita kenal?"
"Hmm. Saya dah ada boyfriend. Sorry."
Aku mengangkat punggungku tanda mahu pergi dari situ, tetapi lelaki yang bernama Amin menarik tanganku. Aku berasa terkejut. Lalu aku memandangnya dengan pandangan yang sangat mengerikan.
"Hey, chillax lah okay. Saya nak kawan jea. Bukan nak jadi boyfriend awak pun."
"Awak Adiba kan ?" tanya Amin. Aku masih diam seribu bahasa. Tidak mahu aku berkata-kata dengan mana-mana lelaki yang tidak aku kenali. Sudahlah hati aku lara ditinggalkan suami yang tersayang, lebih mengutamakan sebiji bola oren itu daripada isteri disini ketagihan kasih sayang.
"Jom pergi cafe. Boleh kenal dengan lebih mesra." aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu mengikut Amin ke cafe. Aku berusaha melepaskan genggaman kuat dari Amin. Memang kuat genggaman dia, apabila sudah dilepaskan, aku terus masuk ke kereta dan menguncinya. Lalu, aku mencapai iPhone dan membuat facetime kepada Diana. Tiada siapa yang mengankat lalu aku hanya iMessage dia. 'Baby, tadi ada lelaki gila kacau . T_T bila you nak balik ni?' Aku melihat keluar tingkap, Amin hanya memandang aku tanpa kerdipan alis mata. Mengerikan sungguh.
Sampai sahaja dirumah, terus aku log in Twitter. Aku tweet 'sudah jatuh ditimpa tangga, @diDyana baliklah cepat.' berharap yang Diana akan membalas tweet aku. Aku menunggu selama setengah jam, namun tiada apa yang terjadi. Tiba-tiba aku ternampak satu trending #basketball. Aku menggerakkan kursor pergi ke trending tersebut yang mengklik disitu. Aku scroll ke bawah, Oklahoma City vs NewYork Knicks lah, dan bermacam lagi. Dan aku ternampak satu nama yang sangat familiar dengan diri aku 'Nabila Huda Mansoor'. Bila aku recall balik, yeah, musuh aku waktu form3 dahulu. Sewaktu form4 dia telah keluar negara. Kemana eh? Hmmm. South Korea ? South Korea, pasti, South Korea. Lalu aku click dekat profile dia. Aku ternampak satu gambar dia bergambar dengan seorang yang tinngi, kacak dan bergaya tak lain tak bukan Diana Hanna Amir. Aku membesarkan mataku bulat-bulat. Diana sedang memegang medal ditangan kiri dan memeluk Huda ditangan kanan dan Huda mencium Diana dipipi kanan. Api kemarahan aku sedang marak. Apabila aku baca captionnya yang tertulis 'strawberry comel ni nak balik Malaysia, rindu lah nanti., lagilah kemarahan aku naik mendadak. Aku membuka application iMessage lalu menaip, 'bila nak balik ? Sampai hati you kan?'
YOU ARE READING
Aku Cinta Kamu (gxg) (bahasa melayu)
Novela Juvenil"Hmm, Diba, let me introduce you to...." belum sempat Nicky habiskan kata-katanya, dia yang mungkin bernama Diana juga, mengembalikan botol kepada aku tanpa kata terima kasih, atau thanks atau xiexie atau arigatoo! "No need to introduce me to her...