Danish berjalan dengan badannya yang lemah. Dia tidak lagi dapat bertahan. Dia mesti mencari darah yang ditakdirkan untuknya. Semakin dia hisap darah yang tidak untuknya, selagi itu dia akan rasa sakit. Dia hanya memerlukan setitik darah sahaja.
Cahaya matahari yang memancar ini membuat tubuhnya makin lemah. Mujur dia memakai jaket yang mempunyai tutup kepala. Itulah satu-satunya baju kegemarannya. Dia terus berjalan dan berjalan.
Wajah Danish pucat. Itu Zafri! Aku mesti mengelak dari bertemu dengan dia. Lantas Danish masuk ke dalam sebuah kedai jahit pakaian. Kelihatan ada dua manusia di situ. Seorang gadis sedang menjahit manik untuk kain yang dipegangnya dan seorang lagi mak cik yang agak tua.
"Anak nak buat baju ke?" Mak cik tersebut bertanya.
Belum sempat Danish bercakap dia terpandang gadis yang sedang menjahit.
"Aduh!" gadis itu mengaduh.
"Lidya, kenapa ni?"
"Ibu, terkena jarum ni. Darah sikit." Lidya tersenyum. Sudah menjadi kebiasaan jika jarinya terkena jarum dia akan menghisapnya. Belum sempat dia melakukan, lelaki itu menghampirinya lalu mencapai tangan Lidya.
"Apa ni?!" marah Lidya apabila disentuh begitu.
"Encik jangan cuba mengapa-apakan anak saya." Ibu tergamam. Dia bimbang lelaki itu buat yang tak baik pada anaknya.
"Ibu..." panggil Lidya. Tangannya dicengkam kuat. Dia terasa sakit.
Danish merenung darah yang keluar. Walaupun hanya setitik, dia terdorong untuk merasainya. Dia masukkan jari Lidya ke dalam mulutnya.
Danish terkaku. Dia rasa badannya segar. Luar biasa. Dia merenung wajah gadis di hadapannya yang dalam ketakutan itu. Adakah perempuan ini takdir aku? Danish menelan liur. Dia akui perempuan bernama Lidya seorang yang cantik dan muda. Dia tidak mahu berfikir lagi, lantas dia keluar dari kedai tersebut.
Sungguh! Dia rasa bertenaga. Dia berjalan pantas dan mencari tempat yang redup. Akhirnya dia pula semula rumah agam yang dianggap berhantu itu.
"Abang ke mana ni? Adik risau tau!" Damia menyapa abangnya. "Abang tak boleh sesuka hati sahaja keluar."
"Betul kata kak Mia." Sahut adik Danish yang kedua pula, Dania.
"Adik-adikku diam!" marah Danish.
Damia dan Dania tergamam.
"Abang dah jumpa dia! Abang dah jumpa!"
Damia memandang wajah segar abangnya itu. Baru dia sedar yang abangnya sudah pulih!
"Siapa dia abang? Cepat bagitau Mia." Damia tidak sabar untuk mengetahuinya.
"Dia... entah! Abang pun tak kenal!" Danish ketawa dengan tiba-tiba. Sebenarnya dia benar-benar gembira. Dia tidak akan melepaskan perempuan itu.
"Abang ni mental sejak minum darah perempuan tu ye?" Damia mula mengenakan abangnya sendiri. Dulu abang sakit, tak berani la nak gurau camni. Tapi tengok muka segar lain macam tu, boleh la huru hara sikit. Damia tersenyum.
"Sedap hati kata abang mental. Nak kena gigit ye Mia ni."
"Daripada abang gigit Mia, baik abang gigit perempuan tu. Ada faedahnya. Okeylah. Mia nak pergi baca komik! Lagi bagus. Jom Nia" Damia terus berlalu bersama Dania.
Danish masih memikirkan tentang perempuan itu. Dia mesti menjadi isteri aku! Titik!
Danish tersenyum lebar. Dia sudah membayangkan Lidya memakai pakaian pengantin dan menyerah diri padanya. Bahagia rasanya. Danish bagaikan sudah jatuh cinta pada Lidya.
Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan kedai tersebut. Tak guna punya lelaki. Berani dia tunjuk perangai tak senonoh tu pada aku.
"Ibu, mana pedang Alya! Malam ni juga Lidya pergi cari mamat tak guna tu!" Lidya mengamuk. Dia tidak boleh tunjuk sikap sebenar pada sesesiapa. Dia sudah berjanji pada arwah ayahnya. Hanya pada waktu malam sahaja dia boleh guna pedang tersebut.
"Sabar Lidya. " Pujuk Ibu.
"Tak boleh sabar ni." Dia bangun dan mengambil pedangnya yang beri nama Alya. Alya, malam ni kita cari mamat tu! Geram Lidya.
Bersambung...kalau dapat banyak sambutan.. ria akan sambung la..kalau macam tak ramai dan tak banyak komen...ria tak nak sambung la...jadi sila komen selepas baca entry ni....harap komen anda membantu ria untuk terus menulis part 2 pula hihihihi terima kasih
YOU ARE READING
SWEET SWEET VAMPIRE
FantasíaPesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pad...