Ahh,sakitnya kepala aku.Bila aku pegang dahi aku, ada kain basah. Kain? Aku kat mana ni? Bila aku tengok sekeliling, 100% memang bukan bilik aku. Ahh sudah?!
"Ma, tolonglah. Kenapa bagi dia tidur kat sini? Rumah dia kan sebelah je. Bukan demam kronik sangat pun!"jerit Chanyeol dari luar bilik.
"Chanyeol,janganlah macam ni. Yuna tak buat salah apa pun,"bisik Omma. Mungkin omma cakap perlahan sebab tak nak bagi aku bangun.
"Chanyeol tak pernah cakap dia buat salah, Chanyeol just..just tak suka dia langsung,"kata Chanyeol. Auchh! Ishh, ingat aku suka dia ke apa? Tak logik langsung alasan.
"Dah dah, Pergi turun bawah teman Taekyung . Omma ada buat breakfast,Omma nak kejutkan Yuna kejap,"kata Omma. Baik aku pura-pura tidur. Tak pasal kantoi curi dengar.
"Yuna sayang bangun,"kata Omma sambil memegang dahiku.
"Hmm, ahh omma,"balasku sambil berpura-pura mengeliat. "Ahh! omma mana Taekyung?"soalku selepas baru teringat akan dia.
"Dia ada kat bawah dengan Chanyeol, breakfast. Yuna badan macam mana? Okey? Sakit ?"tanya omma.
"Okey dah kot,"kataku. "Jap, omma macam mana yuna boleh da kat sini? Bukan malam semalam yuna ada kat seat belakang kereta Chanyeol?"tanyaku.
"Ohh, lepas Omma ambil Taekyung dari taska. Omma tunggulah Chanyeol dan Yuna balik tapi dua-dua tak balik. Dah sampai malam sangat. Omma bawak lah Taekyung cari korang berdua. Tengok dalam perjalanan ke sekolah nampak kereta Chanyeol tersadai kat tepi jalan. Yuna maybe tk sedar sebab badan panas sangat.Chanyeol yang angkat Yuna dalam bilik ni,"terang Omma. Kejap! Mamat tu angkat. Argh tk rela!
"Ahh, sorry omma kalau susahkan,"kataku.
"Tak susah sikit pun. Harinikan cuti sekolah. Yuna duduk lah kat rumah ni dulu okey. Chanyeol boleh tolong tengokkan,"kata Omma.
"Kenapa Chanyeol? Kenapa tak Omma?"tanyaku. Jangan haraplah si Chanyeol nak jaga aku.
"Omma ada kerja sikit. Yuna pergi mandi nanti omma sediakan baju. Lepastu omma terus pergi. Jangan lupa lepas breakfast makan ubat?"kata omma dan terus keluar dari bilik. Haih! Nak rasa berterima kasih dekat mamat tu tapi rasa geram. Entahlah, tak tahu nak kata apa.
~~~
Nak turun. Tak. Nak turun. Tak. Aish! klau aku turun kena hadap mamat tu, kalau tak turun kesian pulak kat Taekyung. Ahh, turun jelah.
"Kak, dah bangun? kenapa tidur lama sangat,"tanya Taekyung sebaik sahaja aku duduk di sofa sebelah Taekyung. Tak nampak pulak kelibat Chanyeol.
"Penat lah Tae sayangku,"balasku sambil angkat Tae ke atas ribaku. "Mana Chanyeol?"tanyaku.
"Hyung? Ohh dia kat dpur tengah makan. Kak pergi lah makan, tadi omma kata kak kena makan,"kata Taekyung dan masih tekun tengok cartoon.
"Temanlah kak jap,"pintaku. Janganlah bagi aku tinggal sorang-sorang dengan dia. Urgh!
"Taknaklah . Nak tengok cartoon,"balas Taekyung dan bangun dari ribaku. Tak boleh harap betul. Perlahan-lahan aku bangun dari sofa dan pergi ke dapur. Baru aku perasan rumah omma tak banyak sangat pun berubah. Sebaik sahaja aku sampai ke dapur, Chanyeol sedang makan di meja makan.
Semasa aku duduk di hadapannya, boleh kedengaran Chanyeol mendengus. Ish! dia ni, aku dahlh sakit kepala. Dia pulak yang menambahkan lagi sakitnya.
"Apa masalah kau sebenarnya?"tanyaku setelah tak tahan dengan dengusan dia sepanjang 5 minit aku makan depan dia. Tak masuk perut bubur yang omma masak.
YOU ARE READING
Fate
FanfictionWe are born in one day. We die in one day. We can change in one day. And we can fall in love in one day. Anything can happen in just one day. «Fanfic Chanyeol»