Chapter 5 ~ Moody Day

61 11 0
                                    

Chanyeol pandang muka aku sebelum mengeluh. "Aku dah agak kau akan tanya macam tu,"kata Chanyeol dan pandang ke arah laut.

"Apa, aku cuma curious je, yelah Omma, cuma ada anak seorang perempuan pulak tu, kalau nak kata kau cucu Omma langsung tak logik,"balasku.

"Aku anak angkat,"kata Chanyeol sambil tersenyum.

"Aaaa,"

Okey aku tak tahu nak respond apa

"Dah terjawap kan persoalan kau tu. Dah jom balik,"kata Chanyeol sambil menepuk seluar yang terkena pasir dan pergi ke kereta.

"Okey,"balasku perlahan sebelum mengikut Chanyeol ke dalam kereta. Purgh, walaupun aku agak menjangkakan jawapan dia macam tu tapi bila dia bagitahu aku depan-depan. Tiba-tiba rasa kesian, ntahlah mix feeling gitu.

~~~

"Yuna!!"jerit Hana sebaik sahaja aku turun dari kereta selepas parking di depan sekolah.

"Ye Hana, kenapa melalak pagi-pagini, aku rasa satu sekolah dah tahu nama aku apa,"tanyaku. Dia ni memang selalu cakap kuat. Kalau dia pakai baju lelaki dengan suara macam tu. Aku percaya dia lelaki. Seriusly..

"Ni nak tanya ni, amacam semalam?"soal Hana. Suzy yang berada di sebelah aku pun ,menjongket-jongket kat bulu kening. Dah kenapa dengan semalam??

"Semalam? Kenapa?"

"Eii, dia ni buat blur pulak. Kau dengan Chanyeol semalam. Ada apa-apa jadi tak,"tanya Hana.

"Hum, ntah. Aku balik rumah lah. Apa kau ingat aku nak bercintan-cintun ke dengan Chanyeol tu. Jangan haraplah. Buanglah angan-angan itu ,dear," Aku cakap dengan perlahan.Karang tak pasal orang lain dengar. Jadi benda lain nanti.

"Oh, dia takda cakap apa-apa ke,"tanya Suzy.

"Tak, Eh ada, Korang tahu tak yang Chanyeol tu anak angkat," Aku bisik takut pulak kalau Chanyeol taknak orang lain tahu pasal benda ni kan.

"Tahulah,"balas Hana dan Suzy serentak.Lah, aku sorang je ke tak tahu. Yeah logik gak. Sebab diorang kenal nak dekat lima tahun.

"Heh, aku terkejut tahu bila dia bagitahu,"kataku. Yelah, dia tu tak habis-habis marah orang. kenakan orang. So macam tak sangka dia anak angkat omma.

"Yeah, samalah macam aku dengan Hana masa dapat tahu dulu,"kata Suzy.

"Haha, okaylah aku nak pergi kelas. Jumpa nanti. Bye," Aku lambai sebelum masuk ke dalam kelas. Hanya ada Chanyeol dan beberapa orang di dalam kelas. Awal pulak mamat ni . And aku baru tersedar yang aku akan duduk sebelah dia. Haiyaa, akward lah nanti. Lepas je aku tahu pasal anak angkat tu. Aku tak tahu macam mana nak cakap, pandang dia, rasa sebersalah.

"Hey," Aku lambai ke Chanyeol sebelum duduk di sebelah dia. Urgh, takdda oksigen ke kat kelas ni.

"Nilah sebabnya aku tak suka bagitahu orang pasal tu, mesti layanan jadi lain,"kata Chanyeol tiba-tiba.

"Hah! Mana ada, aku biasa je,"kataku. Ah kantoi!

"Yeke, bukan selalunya kita bergaduh ke pagi-pagi and paling penting, pernah ke kau tiba-tiba 'hey' dekat aku,"tanya Chanyeol .

"Salahke aku nak bertegur sapa, kena bayar ke?" Aku marah, eleh aku tegur salah, tak tegur orang kata sombong. Manusia!

"A'ah kena, lagi-lagi kalau kau nak cakap dengan aku, tahu tak bazir air liur aku cakap dengan kau,"kata Chanyeol sambil tersengih. Eh, mamat ni saja nak bakar aku pagi-pagi ni kenapa?

"Apalah masalah kau ni, tak faham dah,"Aku mengeluh. Kejap innocence,kejap macam hantu. Memang betulah, dia ada masalah bipolar disorder.

"Tak suruh faham pun,"Chanyeol jelir lidah. Belum sempat aku nak cakap, Sir Henry dah masuk, kacau lah Sir ni. Baru nak mula. Tapi lama-lama aku baru sedar, yang Chanyeol saja nak bagi aku marah dia, supaya hubungan kita macam dulu macam kucing dan anjing. Ok, Yuna melebih dah tu imagination kau.

FateWhere stories live. Discover now