Chapter 8 ~ Mother

51 8 3
                                    

"Kau ok tak ni. Pucat je muka kau. Tak tahu pulak aku,kau ni takut tempat tinggi,"tanya Suzy sambil mengusap bahuku sebaik sahaja keluar dari cable car.

"Wah,serius aku sendiri tak tahu aku takut,"balasku.

"Ala takkan tak pernah pergi taman tema? Tak pun ferris wheel?"tanya Baekhyun.

"Haha, jom pergi beli makanan. Aku ada nampak gerai. Jom jom!"Hana tiba-tiba tarik Baekhyun ke gerai.

Hana dan Suzy tahu kenapa aku tak suka taman tema. Bukan tak suka tapi benci.

Chanyeol cuma pandang pelik sebab aku tak jawab soalan Baekhyun.

"Dahlah jom. Buat apa berdiri sini,"kataku sambil menarik tangan Suzy. Malas nanti kalau si Chanyeol tiba-tiba tanya soalan cepumas tu lagi.

~~~

"Perluke? Serius? Tak bazir ke? Baik makan,"bebel Hana. Ini semua disebabkan Suzy nak buat friendship padlock.

"Bukan guna duit kau pun. So shut up,"marah Suzy dan terus pergi cari tempat untuk kuncikan mangga tu.

"Sikit-sikit nak marah , nak PMS ke apa?"bebel Hana. PMS pun boleh.

"Kau tu pun, dah tahu Suzy senang marah. Ganggu dia buat apa,"kataku.

"Heh, bosan lah kalau tak kacau orang. Eh, mana Baekhyun ngan Chanyeol?"tanya Hana. Baru perasan kawan hilang. Ish-ish.

"Diorang kata nak makan hotdog tadi. Tengah beli lah tu,"kataku.

"Makan lagi, bukan baru tadi kita makan ke potato spiral ke,"balas Hana. 

"Budak lelaki kan makan banyak. Biar dialah, duit dia,"

"Dah jom pergi Myeongdong pulak, nak dekat sejam lebih saja kita duduk sini. Aku dah start lapar dah ni,"kata Suzy yang baru habis kunci mangga dia. "Mana dua orang lagi tu," tanya Suzy sebaik sahaja perasan Chanyeol dan Baekhyun tak balik lagi dari beli makanan.

"Tu dia,"kata Hana sebaik sahaja nampak Baekhyun dan Chanyeol erjalan sambil pegang hotdog kesayangan.

"Korang ni lambat lagi ke, aku dah lapar ni. Jomlah pergi Myeongdong. Kat situ banyak makanan,"kata Baekhyun. Tak kenyang-kenyang lagi?

"Nak pergi dah la ni. Cari korang tadi,dah Jom,"kata Suzy. Hana , Baekhyun dan Chanyeol jalan dahulu ke hadapan.

"Ko okay tak, kita balik ni naik cable car lagi tau,"kata Suzy apabila hampir sampai di hadapan cable car.

"Kalau aku tak okay pun, aku kena naik jugak kan,"balasku.

"Tu betul,"kata Suzy dan terus gelak.

Baik betul kawan aku -.- 

~~~

"Weyh, ada tteokbokki (Spicy Rice Cake),"jerit Hana dan semua kecuali aku dan Chanyeol pergi ke gerai tu. Aku memang tak boleh makan makanan pedas, kalau makan gerenti malam tu tidur dekat tandas sebab sakit perut. Chanyeol pun tak boleh makan makanan pedas. Of course lah aku tahu nak dekat berapa minggu dah aku tinggal sama rumah dengan dia.

"Yuna, Chanyeol marilah sini. Kat sini ada Eomuk Guk (Fish Cake Soup). Tak pedas punya,"panggil Suzy.

"Dua-dua mulut macam baby, bukan pedas mana pun  tteokbokki ni pun,"ejek Baekhyun. Mehlah try pakai usus dengan perut aku. Baru tahu pedas tu macam mana.

"Sabar jelah dapat kawan macam ni,"kataku.

"Nah makan ni,"kata Suzy dan bagi Eomuk Guk kepadaku dan Chanyeol. 

"Weyh weyh, ada hotteok!"jerit Hana dan terus tarik Baekhyun. Padahal kat tangan ada lagi tu makanan.

"Apa yang kebulur sangat dua orang tu,"tanyaku kepada Suzy yang sibuk makan.

FateWhere stories live. Discover now