Chapter 7 ~ Seoul

42 6 1
                                    

"Yuna, jangan lupa ya. Pack barang. Kau ingatkan esok kita gi Seoul and jangan kata esok tak nak pergi. Kalau tak siap,"kata Suzy sebaik sahaja sampai di depan rumah Chanyeol. Esok pergi Seoul, field trip lah katanya hanya pelajar upper form, dalam lima kelas,rasanya. Aku mula-mula malas nak pergi, yelakan tak kan nak tinggalkan Tae kat Omma. Menyusahkan je, tapi Suzy and Hana jumpa omma, mengadu yang aku bagi alasan tak nak pergi Seoul sebab Omma. Habis aku kena membebel pasal, aku and Tae anak dia lah, apelah. Akhirnya,aku pergi jugak field trip tu.

"Yelah bos. Thanks sebab hantar. Bye,"kataku sebelum keluar dari kereta. 

Selepas dua minggu Mama keluar rumah,jual kereta. Suzy dan Hana gilir-gilir hantar aku balik.Diorang lepas tahu apa Mama buat, dua-dua diam, speechless. Aku pulak tengah sibuk cari kerja part time, susah betul nak dapat. Semuanya tak nak ambil budak sekolah. Haih!

"Yuna, buat apa berdiri kat situ, marilah masuk,"jerit Omma dari depan pintu.

"Hahaha, tengah fikir. Tae mana?"tanyaku dan jalan masuk ke dalam rumah.

"Fikir apa yang serius sangat tu. Tae kat atas main dengan Chanyeol,"balas Omma.

"Takdalah,"balas aku bersahaja. Tak kan aku nak kata aku tengah cari kerja. Bebel lagi omma nanti.

"Yelah, dah kemas barang belum?"tanya Omma semasa aku naik ke tangga.

"Kemas? Kemas apa?"

"Yunaa, barang nak pergi Seoul lah, muda-muda dah pelupa,"kata Omma dan terus pergi ke dapur. Aku ni pelupa ke?

"Kak dah balik?"tegur Tae sebaik sahaja aku sampai di tingkat atas. Chanyeol dan Tae tengok TV , cartoon.

"Ye Tae,"kataku dan terus masuk ke dalam bilik.

"Kak,"panggil Tae dan bukak pintu aku perlahan.

"Kenapa Taekyung?"

"Bila mama nak balik?"tanya Tae.

"Aigoo, nanti mama balik,ya"pujukku.

"Kak nak pergi mana ni?"tanya Tae bila nampak aku pegang beg.

"Ohh, ingat tak kak pernah cerita nak pergi jalan-jalan. Chanyeol pun ikut,"kataku.

"Sekejap je kan,"tanya Tae.

"Iya sayangku. Duduk dengan Omma. Jangan nakal-nakal. Nanti kak beli hadiah,"kataku.

"Yeah! Sayang kakak!"jerit Tae. Kalau dengar hadiah happy dah dia.

~~~

"Hati-hati ya Chanyeol, Yuna. Kalau ada apa-apa call omma,"kata Omma sebaik sampai di pelabuhan feri (Jeju Port). Semua pelajar dan cikgu yang bertugas berkumpul dekat sini dan baru pergi ke Seoul. Dari jauh aku nampak Suzy dan Hana dengan beg.

"Ok omma,sorry eh omma. Kalau menyusahkan,"kataku.

"Nak Omma membebel kat sini ke,"ugut Omma.

"Hehe, ok ok. Bye!"Aku peluk omma dan pergi ke Hana dan Suzy.

"Lambat betul kau ni, aku baru ingat nak call Chanyeol. Takut kau buat hal tak nak pergi,"bebel Hana.

"Takda maknanya. Aku dah bayar duit hotel semua. Takkan aku tak pergi Hana,"balasku.

"Mana tahu, kau ni suka buat keputusan drastic,"balas Hana. 

"Yelah Hana,"Aku surrender. Sapa boleh menang lawan cakap dengan dia.

"Dah dah, Kau tahu kan jauh sikit perjalanan ke Seoul ni. Aku rasa petang or malam gitu kita sampai,"terang Suzy.

"Yeke haritu aku pergi, Oh yelah aku naik kapal terbang,"kataku.

FateWhere stories live. Discover now