"Woi! Berangan je!"
Sergahan daripada Jaja sedikit sebanyak membuatkan bahu aku terangkat.
"Banyak la kau punya berangan. Ni namanya termenung fikir masa depan. Hahahahaha..."
"Fikir masa depan la sangat, Meng. Malam ni kau pergi surau ke tak?"
"Aku tak pergi la. Malam ni ibu dengan abah nak jumpa. Kau pergi?"
"Insyallah. Malam ni ada ceramah Ustaz Hamdi."
"Ouh, yeke? Hm.. Tak apa la. Ibu dengan abah nak jumpa. Kesian pulak kat diorang. Datang jauh-jauh."
"Hm... Yela."
"Haaaa.. Kau tolong dengarkan untuk aku ea."
"Yela, yela.. Ok la. Aku nak gerak dulu. Kau kirimkan salam aku untuk ibu dengan abah ea. Bye.."
"Bye!"
Jaja terus beredar dari bilik aku. Memang begitulah rutin harian aku dan Jaja di Universiti Sains Teknologi ni. Sejak aku jumpa ibu dan abah, hidup aku terus berubah. Dulu aku seorang yang liar. Islam hanya pada surat beranak saja. Alhamdulillah aku jumpa ibu dan abah. Ibu dan abah adalah pemilik sebuah pusat pemulihan akhlak. Banyak yang aku belajar di situ. Jam da menunjukkan pukul 8.21 malam. Terus aku bersiap untuk pergi ke restoran yang ibu dan abah janjikan. Kereta ku pandu dengan cermat menuju ke Restoran Sofiyah. 45 minit perjalanan, sampai juga aku di restoran itu. Aku nampak ibu dan abah berada di sudut restoran. Mereka masih tak perasan kehadiran aku. Ketika itu, otak aku terus ligat berfikir untuk memeranjatkan mereka.
"GAHHH!!! Assalamualaikum..."
"Astagfirullah... Walaikumsalam. Kakchik ni, terkejut ibu."
"Saja nak terkejutkan. Apa khabar, ibu? Sihat?"
Aku bertanya sambil bersalaman dengan ibu. Belum pun aku mendengar jawapan daripada ibu, suara abah yang kedengaran dulu.
"Ai....Tanya kat ibu je ke? Yela... Siapa la abah ni...."
"Alamak, bu. Kakchik dengar nada-nada orang tengah merajuk la. Hahahaha... Yela, yela... Abah ok?"
"Hm.. Ok la agaknya."
Aku dan ibu tertawa apabila melihat abah seperti orang merajuk.
"Alalalalalaa abah... Merajuk sudah.. Hahahaha....Eh! Kenapa ibu dengan abah tak order makan lagi?"
"Kejap. Kita tunggu seorang lagi."
"Seorang lagi?"
"Hah! Tu pun dia..."
Abah berkata sambil melambaikan tangan ke arah seorang lelaki yang macam sedang mencari-cari orang. Setelah lelaki tersebut ternampak abah, dia terus berjalan menuju ke arah kami.
"Assalamualaikum, abah."
Dia bersalaman dengang abah.
"Assalamualaikum, ibu."
Dia memandang ibu dan menundukkan sedikit kepalanya. Kemudian, memandang aku dan melemparkan senyuman.
"Kenapa lambat?"
"Ammar sesat sebenarnya, bah."
"Laa.. Macam mana boleh sesat?"
"Abahnya, kalau ye pun kita order la dulu. Budak-budak ni da haus da."
"Eh! Ye tak ye. Waiter!"
Pelayan restoran datang dan mengambil pesanan. Siap, dia terus ke kaunter meninggalkan pesanan tadi. Lelaki yang hanya aku kenal dengan nama Ammar itu mula bercerita semula.
YOU ARE READING
KEINDAHAN SEBUAH PERCINTAAN
Short StoryHello gais~ Ni aku nak share citer ala ala islamic sikit. Aku acah acah terer je ni buat citer islamic. Haaa.. Meh la layan. Aku guna ayat baku sikit. So, sila baca dengan nada yg skema sikit. Bhahahaha .. PS: Citer ni , citer pendek je tau.