"Ya Allah... Macam tak percaya ni... Kawan aku naik pelamin hari ni...."
Jaja berkata di depan aku yang sedang disolek oleh seorang jurusolek. Aku sendiri macam tak percaya . Hari ni aku naik pelamin?
"Apa kau rasa sekarang, hah?! Excited tak? Ke kau rasa blur-blur? Tak pun, kau mesti rasa tak sabar, kan? Eh, tak! Kau mesti tengah takut, kan?"
"Hey! Rilex la.. Aku yang nak menikah, kau pula yang overdose."
"Tak ada la. Aku betul-betul tak sangka kau da nak kawin."
"Aku sendiri pun tak sangka. Haha...'
Jaja tersenyum. Selesai bersolek, aku terus bertolak ke masjid di mana akad nikah akan dilangsungkan. Sampai di masjid, ramai orang sudah tiba lebih awal dari aku. Kawan-kawan, saudara-mara. Tapi, aku hairan. Rombongan lelaki masih tidak muncul. Kami tetap menunggu. Satu jam menunggu, rombongan pihak lelaki masih tidak kunjung tiba. Kami semua sudah mula cemas bertambah hairan. Kami takut kalau ada apa-apa terjadi kepada mereka.
"Meng! Aku rasa baik kau try call dia."
"Tak apa la. Mungkin jalan jammed ni."
Aku memberi tanggapan baik. Aku nampak tok kadi bangun dan pergi ke arah ayah.
"Mana ni? Pihak lelaki tak sampai-sampai? Pukul 11.30 saya ada nak nikahkan orang kat tempat lain pula. Sekarang da 10.50."
"Hmm.. Nanti, tok. Mungkin jalan sesak."
"Yela, tak mengapa. Saya tunggu."
"Zira, kamu cuba call dia."
Ayah memberi arahan dan aku menurutinya. Jaja terus memberi telefon bimbit kepada ku. Lincah jemari ku mendail nombor. 012-7412043.. Tutttt.... Tutttt... Tuttt...
'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih.'
Aku semakin cemas. Aku cuba untuk kali kedua.
'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih.'
Aku bertambah risau.
"Ayah... Tak dapat la. Mungkin dia off handphone.'
"Astagfirullah... Mana ni. Nak kawin ke tak budak ni.."
"Tak apa, encik. Saya tunggu."
Tok kadi bersuara tenang. Tapi aku yang tak tenang pada saat ini.
'Mana dia ni. Kenapa lambat sangat. Janji pukul sepuluh sampai.'
Aku sudah tidak keruan di dalam hati. Aku mula terdengar orang ramai tertanya-tanya mana pihak lelaki. Jam berputar mengikut arahnya. Pukul 11.20 pagi. Tok kadi sudah mengangkat punggung dari tempat duduknya. Dia pergi kepada ayah yang sedang membuat panggilan telefon di luar masjid. Mereka berbincangkan sesuatu. Tiba-tiba tok kadi bersalaman dengan ayah dan seakan mahu melangkah dari situ. Ketika itu, air mata ku menitis ke pipi.
'Awak, mana awak pergi? Jangan buat saya macam ni...'
"Assalamualaikum.."
Tiba-tiba bergema satu suara yang amat aku kenali dari pintu belakang masjid. Seisi masjid memandang ke arah suara itu. Lelaki berpakaian baju melayu putih, kemas bersampin dan bersongkok.
'Ammar!!'
Hati aku menjerit. Syukur wajahnya muncul juga. Dia terus berlari ke arah ayah dan tok kadi. Bersalaman dan berkata.
"Maaf, maaf terlambat. Ada hal tadi.'
"Ammar ni.. Buat kami risau je.."
"Sorry sangat. Nanti ammar cerita apa yang berlaku."
YOU ARE READING
KEINDAHAN SEBUAH PERCINTAAN
Cerita PendekHello gais~ Ni aku nak share citer ala ala islamic sikit. Aku acah acah terer je ni buat citer islamic. Haaa.. Meh la layan. Aku guna ayat baku sikit. So, sila baca dengan nada yg skema sikit. Bhahahaha .. PS: Citer ni , citer pendek je tau.