"Ada apa-apa barang lagi tak?"
Ammar memekik memanggil aku dan Jaja yang masih berada di dalam rumah. Aku dan Jaja terus keluar. Aku menyandang beg kecil manakala Jaja membawa kotak yang berisi bahan-bahan untuk kajian nanti.
"Ni je. Lepas ni siap, boleh la bertolak."
Jaja berkata sambil meletakkan kotak tadi di dalam kereta dan terus duduk di tempat duduk belakang. Aku pula duduk di sebelah tempat pemandu. Ammar masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Tidak lama kemudian, kereta bergerak menuju ke destinasi. Dalam perjalanan, Jaja hanya membisu kerana sibuk melayan mesej. Aku pula menunggu Ammar memulakan perbualan. Penantian membuahkan hasil apabila Ammar mula bersuara.
"Da breakfast?"
"Da. Tadi buat sandwich. Makan dengan Jaja."
"Ouh. Kalau macam tu, nanti kita berhenti lunch je la. Saya nak lalu highway."
"Ok!"
Keadaan menjadi senyap semula. Aku mula memerhatikan Ammar dengan menggunakan ekor mata.
'Boleh tahan jugak mamat ni. Da la baik, hormat orang tua, caring. Hai.... untung la siapa dapat dia ni.'
"Kenapa awak pandang-pandang saya macam tu?"
Soalan Ammar membuatkan aku tersentak. Muka ku mula kemerahan. Malu sendiri tapi cepat-cepat aku meng'cover'.
"Eh! Bila masa pula saya pandang awak? Mana ada. Perasan!"
Ammar ketawa kecil dan ketika itu juga Jaja menyanyikan lagu Diam-diam Jatuh Cinta.
"Dulu malu tapi mahu, kini baru ku tahu... diam-diam jatuh cinta, bersama akhirnya... jangan-jangan kau berpura, sembunyikan hati mu... bukan-bukan ku tak tahu, debar di dada mu... kita saling sama cinta, tetapi malu-malu.... diam-diam jadi rindu, rindu ku pada mu...."
Belum sempat Jaja menghabiskan lagu itu, aku cepat-cepat membuka radio. Aku faham apa maksud nyanyian Jaja tadi. Dia nak kena kan aku. Ammar tersenyum sambil menegur.
"Laa... Kenapa buka radio? Lagu kat belakang ni lagi best.."
"Erkk, lagu tu memang best. Tapi kalau Jaja yang nyanyi, memang ke laut. Baik dengar radio."
Aku kalis tapi aku rasa panas kat muka. Aku tau muka aku sedang merona merah ketika ini. Ammar ketawa kecil. Aku rasa dia faham apa yang sedang berlaku. Dalam hati, aku berkata.
'Nanti kau, Jaja. Aku lenyek-lenyek muka kau nanti.'
*****
YOU ARE READING
KEINDAHAN SEBUAH PERCINTAAN
Short StoryHello gais~ Ni aku nak share citer ala ala islamic sikit. Aku acah acah terer je ni buat citer islamic. Haaa.. Meh la layan. Aku guna ayat baku sikit. So, sila baca dengan nada yg skema sikit. Bhahahaha .. PS: Citer ni , citer pendek je tau.