MukaSurat 2

268 14 0
                                    

"Ok, class! Please pass up your assignment next two weeks. That all for today. Thank you and enjoy your research."

Prof. Anees tersenyum dan terus melangkah keluar dari dewan kuliah. Aku mengemas barang-barang dan ketika itu juga Jaja datang kepada ku.

"Meng! Meng! Aku da jumpa tempat untuk buat research! Ni, Kampung Gajah Menyusu."

"Hahaha... Comelnya nama kampung ni. Kat mana tu?"

"Kat Pahang. Ok la."

"Mana kau tau tempat tu ok?"

"Aku da siasat da tempat tu. Google la yang banyak membantu. Hehehehe..."

"Ceh! Poyo! Sebenarnya aku pun da jumpa. Kat Perak. Kampung Serambu."

"Ala.. Kita pergi satu tempat kan senang. Lagi seronok ada kawan."

"Hm... Aku rasa, aku nak pergi Perak."

Aku bangun dan menggalas beg. Jaja mengikuti aku. Kami keluar dari dewan kuliah, berjalan di kaki lima bangunan akademik itu. Jaja merengek lagi.

"Ala.... Tak best la macam tu. Kau ni tak cool la.."

"Adoyai, aku pulak yang kena. Nanti la kau fikirkan."

"Ok! Aku tunggu. Tapi jangan lama-lama. Aku nak gerak Pahang lusa tau."

"Ye. Ok la. Aku nak balik dulu. Kau nak jumpa Prof, kan?"

"Tadi rasa macam nak jumpa. Sekarang rasa tak nak pulak. Penat. Jom la balik."

Aku menggelengkan kepala melihat perangai kawan aku ni. Kami jalan sampai ke bus stop. Aku duduk memerhatikan sekeliling. Mata aku tertancap kepada seorang budak perempuan dengan buah hatinya sedang bermesra. Aku teringat sejarah lampau aku. Saat aku bersama Cezh. Hidup aku banyak rosak selepas jumpa dia. Memang pada awalnya, dia sangat baik dengan aku. Tapi, lama-kelamaan dia menarik aku ke kancah maksiat dan najis dadah. Dengan mengenali Cezh, aku mula tahu apa itu ganja, heroin, syabu, ecstacy dan macam-macam lagi. Banyak kali jugak aku menggunakan benda-benda haram itu. Itu semua Cezh yang kenalkan kepada aku.

"Sayang....I dapat barang baru. U try la."

"Apa ni?"

"Ala.. Gula-gula biasa je. Macam yang budak-budak ni selalu ambil tu."

"Gula-gula?! Hey! I bukan budak kecil la. Ni bukan gula-gula. Benda apa ni?"

"Hahaha.. Yela, yela.. Ni benda biasa la. Try la. Sedap. Bagi U release kepala otak tu."

Disebabkan nafsu ingin mencuba yang membuak-buak. Aku terus mengambil 2 biji pil yang dihulurkan oleh Cezh. Aku masukkan ke dalam mulut dan terus menelannya. Selepas itu, kepala aku rasa macam di awang-awangan. Aku rasa macam tengah terbang. Fikiran aku kosong. Tiada apa yang aku fikirkan selain gembira. Dunia aku berbeza. Aku tak tau apa sebenarnya yang terjadi. Esoknya, bila aku buka mata, aku kat atas katil, tangan Cezh melilit tubuh aku. Aku pandang Cezh yang tidak berbaju dan masih lena. Aku tak tau apa yang terjadi malam tadi. Apa yang aku buat dengan Cezh? Kitorang tidur satu katil ke? Aku terus kejutkan Cezh.

"Cezh! Bangun! Bangun! I nak balik."

Cezh tidak menjawab. Malah dia menarik badanku merapati tubuhnya. Dia memeluk ku erat.

"Cezh! I nak balik. Bangun la. Hantar I."

"Bising la u ni. Baru pukul berapa nak balik. Nanti la."

"Tak boleh. Hari ni parents I balik dari outstation. Nanti kalau diorang sampai sebelum I, siapa susah? I jugak."

"Hm.. Yela! Yela!"

Cezh melepaskan tangannya dari badanku, dia menyarung baju. Sebelum bangun dari katil, dia sempat mengucup lembut pipiku.

TONN! TONNN!!!

Bunyi hon kereta membuatkan aku tersedar dari angan tadi. Mengingatkan peristiwa lampau, aku cepat-cepat beristighfar. Tiba-tiba aku terdengar orang memanggil namaku.

"Zira! Zira!"

Aku pandang pemandu kereta yang membunyikan hon tadi.

"Ammar, ada apa?"

"Zira tunggu bas?"

Belum sempat aku menjawab, Jaja di sebelahku bersuara.

"Tak ada la. Kitorang tengah tunggu pesawat peribadi . Kejap lagi mendarat la tu. Kereta awak boleh tepi sikit tak? Nanti kena lenyek pulak."

''Ouh.. Yela. Orang ada pesawat. Apa la sangat kereta saya ni kan."

"Eh! Ammar, jangan terasa. Jaja ni memang macam ni. Gurau kasar."

"Aik! Aku pulak gurau kasar?! Aku cakap betul apa?"

Jaja membalas kepada ku. Ammar yang di dalam kereta Toyota Alphard 2.0 tersenyum.

"Da la. Pesawat tu tak datang hari ni. Tadi hantar workshop. Enjin rosak. Meh awak tumpang kereta saya ni. Kereta saya ni pun besar tak kurang macam pesawat. Sila la."

"Tak apa ke nak hantarkan kitorang?"

"Tak apa. Saya ok je. Jom! Ajak kawan Zira tu sekali."

Aku terus menarik tangan Jaja memasuki kereta tersebut. Dalam perjalanan, suasana di dalam kereta hanya dipenuhi dengan suara deejay radio saja. Aku duduk di sebelah Ammar, Jaja pula di seat belakang sedang memegang telefonnya. Mungkin sedang main mesej. Dalam senyap itu, aku membuka bicara.

"Ammar, awak duduk mana?"

"Ouh.. Saya tak tetap. Kejap kena duduk KL, kejap kena turun Melaka. Buat masa sekarang, stay kat sini la. Kerja."

"Awak kerja apa?"

"Saya marketing executive. Kena pergi sana sini nak cari klien. Cari syarikat nak buat rakan niaga."

"Ouh.. Kampung awak kat mana?"

"Pahang..."

"Pahang?! Pahang kat mana?"

Suara Jaja bertanya dari belakang. Aku tau kenapa dia begitu teruja mendengar perkataan 'Pahang' buat masa ini. Mesti tentang research projek semester ini.

"Kampung saya tu orang tak kenal sangat. Kampung Gajah Menyusu."

"Hah?! Kampung Gajah Menyusu?!"

Aku dan Jaja separuh menjerit. Ammar berkerut hairan melihat reaksi kami berdua.

"Eh! Apasal kamu dua orang ni? Saya tau, mesti kamu kelakar kan dengar nama kampung tu. Kamu tau ke kampung tu?"

"Hah! Bagus la kalau tu kampung awak. Boleh tolong bawak saya ke sana?"

"Eh! Kamu nak buat apa ke sana? Nak meminang saya ea...."

"Ish! Tak pasal nak minang awak. Tak... Saya nak buat research kat sana. Untuk projek sem ni."

"Ouh... Boleh, boleh. Hah! Lagipun kampung saya tu memang ramai budak datang buat research. Dekat je tempatnya dengan rumah mak saya."

"Waaaaa.... Lagi bagus kalau macam tu. Hah, Meng! Aku da dapat tempat. Baik kau ikut aku. Senang!"

"Meng? Apa tu?"

"Eh, itu nama panggilan si Zira ni. Tapi saya je tau boleh panggil nama tu. Hahahaha.."

"Ouh. Hahahaha... Erm, kamu dua orang ni tak sama tempat research ke?"

"Tak. Saya pilih kat Perak."

"Pergi sama tempat kan senang. Hah! Awak dua orang boleh duduk rumah mak saya."

"Hah! Bagus la. Lagi bagus. Meng! Kita pergi Pahang je la. Tempat bermalam pun da ada ni."

Jaja memujuk. Aku berfikir sejenak lalu terus bersetuju.

*****

KEINDAHAN SEBUAH PERCINTAANWhere stories live. Discover now