Pagi-pagi lagi murid kelas aku dah berbisik-bisik pasal ada murid perempuan comel masuk kelas kitorang.Perempuan comel tu diam je duduk kat perjuru kelas.Beberapa budak perempuan kelas aku pergi tegur budak tu.Kami yang geng anak jantan ni kontra sikit ngan perempuan,maklumlah...muka comel.Tapi aku macam tertarik sikit dengan dia,bukan sebab utamanya dia comel,cuma aku rasa aku pernah jumpa dia.Oleh sebab tu,aku termenung kejap tengok wajah dia.
Tengah perempuan-perempuan kelas aku kat sekeliling dia tu bersembang sesama sendiri.Dia pandang wajah aku,aku agak tergamam.Dia tidak menghadiahkan senyuman,tapi hanya merenung dalam mata ku.Di sebalik renungnya itu bagaikan ada sesuatu tersirat.Tapi aku tak boleh bagi tahu sebab aku sendiri pun takleh nak agak,dan mungkin sangkaan aku je.
Bunyi Loceng memecahkan suasana.Bunyi yang sunyi tadi terus dipecahkan oleh suara murid-murid yang keluar rehat.Aku seperti biasa pergi ke koperasi sekolah untuk mendapatkan makanan.Macam biasa makanan ku hanya Roti Gardenia Inti Strawberi dan Susu Strawberi.Haha,aku memang penggemar Stawberi bukan?
Kami pergi ke port biasa,rasanya yang lain dah sampai dah.Dalam perjalanan tu aku terserempak dengan budak tingkatan 2 bag merah yang aku jumpa itu hari.
"Hi,Alif."Lelaki tu tegur.
"H...Hi"Aku Gagap,sebab aku tak kenal dia.Aku dekatkan muka aku pada muka shan.
"Siapa ni?"
"Mana la aku tahu."Balas Shan sambil angkat bahu.
"Hei,Hitam.Apa kata kau pergi rehat dan tinggalkan rambut Megi ni kat sini"lelaki tu bersuara angkuh.Aku agak panas lepas dia panggil aku megi gara-gara rambut aku ni.Yang shan pula aku rasa dia pun bengang kut lepas kena sound hitam.
Shan dengan hembuskan nafas marah,tinggalkan aku.Aku diam je,sambil dalan hati aku awat kurang ajar lelaki depan aku ni?
"Kenal aku tak?"Lelaki tu menyoal.
"Tak."aku jawab ringkas dengan wajah masam.
"Okay...nama aku Aziz."
"Dan...?"
"Aku Third Child"
Mataku membulat,Pilot Dester!?
"Kau pun...?"
"Yeah,kita sama!Aku pindah sini sebab nak bantu kau jaga tempat ni dengan Rahimi."
"Rahimi kenal kau?"
"Mestilah,kami satu kumpulan.Tapi dia pindah dulu."
"Kenapa kau takde kat markas itu hari?Aku dengan Rahimi je pergi"
"Aku dah sampai Bilik Guru lebih awal dari korang berdua,tapi aku malas nak ikut dan tunggu disini.Sebab aku nak tengok kehebatan kau."
"untuk apa kau nak tahu kehebatan aku?"
"Saje,boleh la aku bersaing"
"Ceh,kau ingat ni permainan?"
"Lebih kurang,aku mahu jadi yang terhebat.Itu lah sasaran aku.Hahaha...."
Aku diam,tiada lagi yang mahu dikatakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siren merah berbunyi,keadaan markas Eratron menjadi panik dan bising.Laporan demi laporan diberi.Eirian,dia muncul lagi.Di sekitar Alor Setar!Aku,Rahimi dan Aziz muncul tepat pada waktunya!
"Kamu semua dah sampai!"
Kami bertiga mengangguk,lalu masuk ke dalam Dester masing-masing.Sebelum bertolak aku menarik nafas panjang,ku tenangkan fikiran dan pastikan niat ku berjuang adalah untuk kemanusiaan.Lalu mata ku meliar melihat pemandangan diluar.Di tepi ku ialah Type Fire dan diselanginya pula ialah Type Accel kepuanyaan Aziz.Baru ku kenal Dester milik Aziz,bertapa hebatkah ia?Tak sabar ku mahu tonton.

YOU ARE READING
EiRIAN:Big Impact
Science FictionBerlatarkan tahun 2016,'aku' kembali bertempur dengan Eirian.'Aku' juga bertemu dengan pilot-pilot lain dan juga seorang perempuan misteri yang pernah 'aku' mimpi suatu masa dahulu.Pelbagai Eirian hebat telah muncul,dan apa itu "BIG IMPACT"?