Siapa di Hatiku? Shuu~ 5

147 6 0
                                    

Ke esokan harinya...

Maya menguap panjang memandangkan dia tidur agak lewat semalam. Miya hanya menggeleng saja. Dalam perjalanan ke kelas, mereka berdua terserempak dengan Kyoko dan Rina. Kyoko ingin menegur, tetapi dia nampak Maya hanya buat tak tahu saja. Dia membatalkan niatnya.

' dia masih marah pasal semalamlah.' Kyoko agak kecewa. Mereka berselisih, tetapi Maya membuka mulutnya.

" Pagi..." Kyoko terkejut, sebelum menoleh. Dia tak percaya dengan apa yang didengarinya. Maya menegurnya! Wajah gadis itu agak merah sampai ke telinga.

" selamat pagi!!" Kyoko gembira. Dia harap hubungan mereka boleh menjadi lebih baik. Rina juga ketawa.

" nampaknya, kita dapat kawan baru!" mereka bertepuk tangan. Maya sempat memandang sebelum mereka berdua masuk ke selekoh.

" apalah..macam budak2!" Maya mengutuk, tapi dalam hati dia suka!

" blah la kau! Kau pun sama saja dengan mereka." Miya menemplak. Dia perasaan yang wajah Maya merah, dan ada senyuman manis dibibir si kembar. Dia tumpang gembira.

" tahniah, dapat juga kawan. Yer?" Miya mengusik. Maya bengang.

Pok!

" ouch! Hey.." Miya menggosok kepalanya yang diketuk oleh Maya. Kemudian, dia ketawa mengekeh.

Slide!

Maya dengan Miya menapak masuk ke dalam kelas mereka. Suasana kelas mereka agak riuh pagi ni.

" pagi, Miya! Maya!" Leo menegur, tetapi Maya dingin seperti biasa. Miya ketawa apabila melihat wajah cemberut Leo.

" pagi, Akami-kun!" mereka yang lain menegur, secara spesifiknya kepada mereka berdua.

" pagi!" Maya menjawab, tetapi kurang jelas. Miya hanya senyum saja.

" kau dah siap kerja sekolah, Miya?" Leo bertanya. Keisuke dan Honda juga merapati mereka berdua.

" dah! Complete!" Miya menunjukkan tanda okey pada mereka.

" gila kau. Susah kot!" Leo menunjukkan bukunya yang masih tak selesai lagi.

" yalah. Macam mana kau boleh buat?" Honda menyampuk. Dia agak kagum dengan Miya.

" tu..." Miya menunjukkan pada Maya. Mereka bertiga menoleh. Gulp!

" biar betul, Miya?" Miya mengangguk. Mereka kurang percaya!

" kepakaran dia..add math dan sejarah moden. Agak kureng sikit dalam Sastera Jepun. Aku pulak, kureng sikit dalam dua tu, tapi okey semua." Miya memanggil Maya yang sedang menyusun bukunya. Si kembar menoleh.

" tolong aku boleh?" Maya menghampiri Miya. Mereka bertiga berundur sikit memberi ruang.

" apa dia? Aku sibuklah..." Maya terpandang buku add math di tangan mereka bertiga.

" ada prob dalam add math. Aku tak retilah nak terang dekat mereka." Maya melihat soalan2 tersebut. Dia melihat sekali imbas, dan jalan pengiraan sudah ada dalam kepalanya.

" macam mana?" Leo memberanikan dirinya untuk bertanya. Maya berjalan ke hadapan kelas, dan mengambil kapur tulis. Mereka yang lain senyap.
Dia bahagikan papan tulis itu kepada empat bahagian yang mempunyai soalan yang berbeza. Leo, Keisuke, dan Honda duduk di hadapan. Miya juga turut serta. Mereka yang lain mula menumpu perhatian.

Dalam masa 15 minit saja, ke empat2 soalan itu terjawab dengan mudah. Maya siap lukis gambar rajah supaya mudah faham dan ditulis formula apa yang perlu digunakan. Mereka mula menulis.

" umm...Akami Maya-san, boleh tolong saya?" Rina memberanikan diri untuk meminta pertolongan.

" soalan?" Maya bertanya tanpa reaksi.

" nombor 8 dan 10." Rina menyebut nombor soalannya. Maya memandang buku teks tersebut. Dia mula menulis jalan pengiraan yang mudah. Siap gambar rajah lagi!

" nombor 9, please!" ada suara lain pula ingin meminta pertolongan. Tanpa banyak soal, Maya menulis jalan pengiraan. Nampaknya, masa yang hampir 45 minit itu tidak membazir tanpa buat apa2.

" fuh~~! Leganya dah siap. Dahlah cikgu tu garang gila. Takut aku!" mereka ketawa dengan rungutan Leo. Miya juga sama.

" terima kasih, Maya!" mereka menjerit mengucapkan terima kasih. Maya agak terkejut, tetapi reaksi wajahnya disembunyikan. Mereka ketawa melihat wajah Maya kemerah2an.

Bam!

" Akami Maya!" mereka terkejut. Maya memandang sekumpulan lelaki yang berkumpul dipintu kelasnya.

" mana betina tu? Berani dia belasah adik aku! Mana budak tu?!" jerkah ketua kumpulan tersebut. Mereka diam tak bersuara. Miya sudah bangun.

" kau ada hal dengan aku ke?" Maya menoleh. Dia bersandar di meja guru.

" k...kau?!" lelaki itu berundur. Terketar2 tubuhnya. Maya memandang mereka dengan tajam.

" Tak cukup ke pasal semalam?" Maya melangkah ke arah mereka. Tetapi, mereka berundur. Sampai keluar kelas.

" kenapa ni, aniki?" Minoru terkejut melihat abangnya seperti itu. Dia ingin balas dendam kerana Maya memalukannya semalam.

" d...dia ke orangnya?" Kiriya merujuk kepada Maya. Minoru mengangguk.

" dialah orangnya yang pukul aku semalam! Akami Maya!" Minoru memandang Maya dengan tajam.

" macam mana ni, Kiriya?" kawan Kiriya tak sedap hati. Kejadian semalam menghantuinya.

" blah. Aku tak mahu cari pasal!" Kiriya berundur pergi. Minoru terkejut.

" Aniki? Tunggu!" Minoru mengekori abangnya. Miya terpingga2. Dia kenal lelaki tahun tiga itu.

" hey, Maya?" Miya mendekati Maya yang tiada reaksi lansung. Si kembar kembali duduk dikerusinya. Dia malas mahu mengulas lebih.

" hey, Miya! Apa dah jadi sampai pelajar tahun tiga cari Maya?" Leo bertanya. Mereka yang lain hampir pitam melihat pelajar senior itu.

" err.." Maya memandang Leo.

" kalau kau tahu, kau nak buat apa?" pertanyaan Maya membuatkan yang lain senyap. Leo juga sama.

" buat apa? Umm..." Leo kematian kata2. Dia tak tahu nak jawab apa!

" so, better jangan tanya apa2 kalau rasa tak ada kepentingan!" tajam kata2 Maya. Dia cukup tak suka orang masuk campur urusannya.

" Maya..." Miya memandang.

" what? Betulkan apa yang aku cakap!" Maya mempertahankan dirinya.

" tapi awak kena berhati-hati, sebab mereka di tahun ke tiga...saya risau awak akan jadi target mereka!" jawab Leo.

" so, biarkan saja mereka cari aku. Boleh selesaikan semua masalah!" Maya mengeluarkan buku apabila melihat seorang guru perempuan masuk ke dalam kelas mereka.

" tapi..." Leo mahu membantah, tetapi dipotong dengan pantas oleh Maya.

" apa lagi? Kalau mereka datang sekali pun, itu masalah mereka! Leo, better kau jangan masuk campur. Ini untuk kebaikan kau jugak." balas Maya dengan tajam. Kawan2 mereka yang lain diam tidak berkutik.

Benar. Kalau mereka masuk campur, apa yang mereka boleh bantu? Lagi bertambah masalah adalah!

" kenapa yang kamu semua berkumpul dibelakang? Duduk sekarang! Saya mahu mulakan kelas." cikgu perempuan tadi melingaskan matanya ke arah kumpulan itu dengan tajam. Leo telan air liur.

' mak aih! Garang gila.'

**************

Siapa di Hatiku? Shuuu~Where stories live. Discover now