Siapa di Hatiku? Shuu~3

175 7 0
                                    

(Gambaran Miya) 😍😘

Miya yang membebel disebelahnya lansung tak dipedulikan. Apa yang dia peduli sekarang, adalah menghabiskan roti bakar miliknya. Hari ini moodnya sangat baik kerana mama sudah tak membebel lagi macam semalam.

Bruk!

" ouch!" Miya mengaduh sambil menggosok2 punggungnya yang sakit kerana terhentak tanah. Maya menoleh dan melihat Miya yang masih terduduk.

" kau buta ke?!" Maya bengang kerana kumpulan lelaki yang melanggar Miya lansung tak minta maaf. Mereka menoleh.

" kau cakap dengan aku ke, budak?" tanya lelaki itu. Dia menghampiri Maya.

" taklah, aku cakap dengan dinding belakang kau tu. Diakan tak ada mata sampai langgar orang?" tajam kata2 Maya.

" kau memang tak sayang mulutkan?" lelaki itu mencengkam muka Maya dengan tangannya, kasar. Mereka bertentang mata.

Buk!

" arghh!!!" Lelaki itu terduduk sambil memegang celah kakinya kerana Maya menendang tepat ke arah kemaluannya.

" Katsuya!!" mereka membantu Katsuya bangun.

" berani kau sentuh aku dengan tangan kotor kau?!" Maya membentak. Kawan2 lelaki itu mengelilinginya.

" hey, budak! Kau memang nak kenakan!!" lelaki itu melepaskan tumbukan tepat ke wajah Maya.

Bok!

" heh! Lembik rupanya." Mereka ketawa kerana Maya tak mengelak serangan itu.

" dah habis ketawa?" Maya senyum saja. Dia mengesat bibirnya yang berdarah.

" kenapa? Nak kena lagi ke?!" salah seorang daripada mereka melepaskan tumbukan lagi, tetapi kali ini Maya menahan dengan tapak tangannya.

" sekali cukup! Giliran aku pulak!" tanpa sebarang isyarat, mereka tumbang satu demi satu. Miya hanya mampu memandang saja, tanpa menghalang.

5 minit kemudian....

" heh, lembik rupanya. Cakap je besar, tapi..puih! Hampeh!!" Maya mengutuk mereka. Dia menarik tangan Miya untuk ke sekolah.

" anggap saja kau tak nampak apa2, okey Miya?" Maya tersenyum, dengan anak matanya mencerlung tajam. Miya menelan air liurnya sambil mengangguk tanda faham.

Maya berjalan melepasi pagar sekolah itu, tetapi dirinya ditahan oleh pengawas yang menjaga pagar.

" tunggu!" Maya menoleh. Dia tengah bad mood sekarang, tetapi ada yang cuba cari pasal pula.

" apa sal?!" kasar pertanyaan Maya. Miya hanya memandang sebab dia tak tahu sebab apa Maya ditahan.

" sila pakai tali leher itu elok2. Baju tu masukkan ke dalam seluar macam dia!" pengawas itu merujuk kepada Miya. Maya mendengus sebelum berlalu pergi.

" hey, tunggu!" lelaki itu menyambar tangan Maya, tetapi ditepis oleh Miya.

" maaf, senior. Nanti saya nasihatkan dia!" Miya senyum sambil mencengkam kuat tangan pengawas itu sehingga dia mengaduh kesakitan. Nampaknya, mood gila Maya sampai kepada Miya.

" f..fine!" lelaki itu menggosok2 lengannya yang lebam dengan cengkaman Miya tadi. Pandangan mata Miya sangat menakutkan.

" awak okey, Hashi-san?" tanya Miyoko. Dia agak terkejut dengan reaksi dingin dua pelajar tahun pertama tadi.

Dia ingat wajah mereka berdua. Baru semalam mereka bergaduh kerana Maya mahu tukar skirt dengan seluar lelaki. Puas dia memujuk dan bergaduh, nak tak nak dia terpaksa mengalah kerana Sakurai masuk campur.

Siapa di Hatiku? Shuuu~Where stories live. Discover now