Siapa di Hatiku? Shuu~~14 (End)

202 10 2
                                    

Dua hari kemudian...

" bagi aku gambar itu, Reiji!" keras suara Maya dalam bilik disiplin itu. Kebetulan, Sakurai ada sekali.

" tak mahu~~" Reiji mengusik. Maya geram, sebelum menyepak kaki lelaki itu dengan kuat.

" kau nak bagi atau tak? Kalau tak, patah kaki kau yang panjang ni." Ugut Maya. Kali ini, dia tak main2!

" apa sal lah kau ni ganas sangat? Tak padan dengan perempuan, kuat pulak tu!" bebelan Reiji tak memberi kesan kepada Maya. Fail!

" kau jangan nak ubah topic. Kalau tak, bersepai gigi kau tu!" Maya mencengkam baju Reiji dengan kuat.

" wowo~~ easy girl. Jangan risaulah, selamat!" Reiji cuba memujuk, tetapi tak jalan juga apabila Maya menumbuk perutnya pula!

" urghh!!" Rintih Reiji menahan senak. Maya mula naik hantu, tetapi perbuatan dia terhenti apabila gambar itu muncul di hadapannya. Sakurai!

" apa sal dalam tangan kau? Jangan nak main2 dengan aku, ya!" Maya cuba mencapai, tetapi Sakurai membawa naik gambar itu ke atas.

" kalau nak, kena ambil sendiri. Bukan dengan belasah orang!" Sakurai memerli sebelum membuat isyarat mata kepada Reiji supaya pergi daripada situ.

" ah, kau nak ke mana? Aku tak selesai lagi dengan kau." Tetapi, Reiji sudah selamat keluar daripada bilik itu.

" bagi gambar itu, aku nak musnahkan!" Maya cuba mencapai dengan menjengket, tetapi Sakurai menunduk pula dan mencium bibir Maya.

" ap...apa kau buat?" tergagap2 Maya. Dia terkejut, malah kakinya mula rasa lembik.

" buat apa? Tuntut hadiah daripada permainan bola tampar pantai tempoh hari.." Selamba saja Sakurai mencium lagi bibir Maya. Kali ini, lebih lama.

" haa..." Maya mula membalas, tetapi tangannya menjalar ke arah gambar itu.

"oppss, aku nampak!" Sakurai mengenyitkan matanya sebelum menyambung ciuman yang tergendala tadi.

' cis!!' Maya mendengus geram. Tetapi...

" Sakurai, saya mahu...ehem!" mereka berdua terkejut. Cepat2 gambar itu disorokkan oleh Sakurai. Cikgu Daiki menghampiri mejanya dengan wajah tenang.

" sini bukan tempatnya. Sakurai, cikgu mahu kamu uruskan perihal kewangan persatuan. Dan Maya, mulai sekarang kamu ahli persatuan pelajar. Muktamad!" Maya terkejut besar. What?

" no, saya tak mahu. Apa ni cikgu, paksa2 orang?" Maya membantah. Sakurai tenang saja.

" tanya orang sebelah awak tu. Dia yang minta cikgu masukkan awak ke dalam persatuan ini. Cikgu tak ada kena mengena..." Maya melipat maut memandang Sakurai dengan pandangan tajam. Memang nak kena mamat sengal ni!

" kau memang sengajakan?!" Maya berang. Sakurai mengangkat keningnya.

" kan aku dah cakap, sesiapa yang menang boleh buat apa saja kepada si kalah? Kau lupa ke..." Sakurai menunjal lembut kepala Maya. Gadis itu tersentak sebelum menggenggam tangannya.

" kau dah rancang benda ni daripada mulakan, Yamamoto Sakurai?" Maya mula mahu meletup. Jadi, selama ini dia dipermainkan?

" ya..." Sakurai tak memahami, tetapi dia iakan saja. Sebelum permainan bola tampar itu lagi dia mahu Maya dalam persatuan dan sentiasa bersamanya.

' Aishiteruyo, kau lagi cantik, kau sangat cantik semalam...hanya permainan mulut dia sajakah? Selama ini, aku hanya berperasaan seperti ini? Jadi, apa maksud setiap ciuman yang dia berikan selama aku kenal dia?' Maya senyap seribu bahasa. Dia mula faham permainan lelaki itu, dan dia...tertipu!

" saya balik kelas dulu, cikgu!" terus Maya keluar tanpa memandang Sakurai. Lelaki itu terpinga2. Kenapa ni?

" apa...?" Sakurai tersedar sesuatu.

' kau dah rancang benda ni daripada mulakan, Yamamoto Sakurai?' Maya sudah salah faham!

" cikgu, saya keluar dulu!" Sakurai cepat keluar untuk mengejar Maya, sebelum apa2 terjadi.

' tolonglah jangan fikir setiap kata2 dan perbuatan aku hanya sekadar gurauan. Please, Maya...' Sakurai ternampak Maya yang menaiki tangga.

" tunggu, Maya! Kau dah salah faham ni." Dengan pantas, lengan Maya disambarnya. Dia terkejut melihat air mata itu yang mengalir di pipinya.

" lepaslah! Kau ni apa hal?!" bentak Maya sambil mengesat air matanya, tetapi tak berhenti mengalir. Sakurai mula bahagia, dan dia tahu yang dirinya tak bertepuk sebelah tangan!

" dengar dulu, Maya. Kau dah salah faham, dan please jangan fikir yang setiap kata2 aku dan perbuatan aku adalah lakonan semata. Aku ikhlas dan aku serius, Maya..." Sakurai menarik perlahan tangan Maya dan memeluk gadis itu dengan lembut.

" kau ni dah kenapa? Siapa kau nak peluk aku macam ni? Dan, air mata ni tak reti nak berhenti mengalir ke?!" dia marah air mata pula. Kalaulah air mata ni ada perasaan, mahunya dia tersejat sebab terasa hati.

" wei, lepaslah..." tetapi, makin kuat pula pelukan Sakurai.

" tak mau. Dan tak akan lepaskan!" Sakurai mengetatkan lagi pelukannya.

" kau nak aku sepak kaki kau ke baru nak lepas, hah?!" Maya cuba melepaskan dirinya, tetapi tak berjaya.

" Aishiteru..." kata2 keramat itu keluar juga daripada mulut Sakurai. Satu ciuman di dahi Maya menambahkan lagi perasaan kasih untuk gadis itu.

" what...?!" Maya mahu lari, tetapi...

" aishiteru yo, Akami Maya..." kali ini air mata Maya tumpah lagi banyak daripada biasa.

' damn!' akhirnya Maya kalah juga dengan perasaan baru itu. Cinta, ya, dia cintakan lelaki itu lebih dari segalanya.

" so?" Sakurai memandang Maya, menunggu jawapan daripada bibir comel itu.

" what?" Maya pandang tempat lain. Dia malu sebenarnya.

" hmm?" Sakurai buat muka comel pula, dan akhirnya Maya mengalah.

" fine...aku...err..." tanpa pilihan, Maya mencium bibir lelaki itu dengan jawapan. Dia tak bagus dalam meluahkan perasaannya dengan perkataan.

" so sweet~~" mereka berdua terkejut. Rupanya, mereka mendapat perhatian daripada pelajar2 kelas berdekatan.

" waktu rehat ke?" Maya bertanya bodoh. Sakurai mengangkat bahunya.

" arghhh!!! Blah la kau!" Maya menyepak belakang kaki lelaki itu sebelum melarikan diri.

" hei..." Sakurai ketawa juga akhirnya. Kini, dia tahu siapa dalam hatinya selama ini. Well, not bad!

~TAMAT~

Siapa di Hatiku? Shuuu~Where stories live. Discover now