Siapa di Hatiku? Shuu~~13

128 7 0
                                    

Malam di bilik tidur...

' tak boleh tidurlah pulak. Aduhh...' Maya merungut. Dia pusing kiri, tak boleh juga. Dia pusing kanan, pun sama juga. Dan akhirnya dia meniarap terus.

' Aishiteruyo...' gemaan kata2 Sakurai mengganggu fikirannya. Dia agak resah dalam meneka hatinya sendiri.

" arghh!!" akhirnya dia bangun. Dia tak boleh tidur! Jam yang menunjukkan pukul 2 pagi, membuatkan dia mengeluh berat.

' jalan2lah...' Maya mengenakan baju sejuknya dan keluar daripada biliknya. Dia mahu berjalan2 di pantai sebelum masuk tidur. Tiba2...

" bunyi violin?" Maya mendengar bunyi itu yang mengarah ke pantai. Tanpa berfikir panjang, dia mendekati kawasan pantai itu. Kemudian, dia ternampak bayangan seseorang di balik kegelapan malam. Kebetulan, bulan dilindung awan tebal.

".........." Dia mengambil keputusan untuk duduk jauh di belakang orang itu. Bunyi violin yang digesek sangat merdu dan nyaman, seolah2 bercerita perihal orang itu. Dalam dia mendengar, tanpa Maya sedari bunyian itu sudah berhenti. Dia masih tak sedar kehadiran orang itu di sisinya.

" Maya?" dia terkejut sebelum mendongak. Dan, waktu itulah bulan yang dilindung awan menyinari malam dengan terang dan indah.

" Sa...Sakurai!" Maya terkejut, dan lebih mengejutkan violin di tangan lelaki itu. Jadi, yang main tadi adalah dia?!

" kau ke yang main violin tadi?" tanya Maya untuk kepastian. Sakurai mengangguk.

" cool~~" Maya kagum. Dia Teringin mahu main, tetapi tangannya keras seperti kayu!

" naik cuba main?" tawar Sakurai. Dia mendengar tapak seseorang datang, tetapi dia tak pasti siapa. Apabila bunyi tapak kaki itu berhenti agak jauh di belakangnya, dia berhenti bermain untuk melihat.

" tak pandailah. Tangan ni keras macam kayu!" Maya tersengih2, malu. Sakurai ketawa sebelum menarik tangan Maya supaya bangun.

" aku ajar sikit. Mari..." Sakurai meletakkan violin itu di bahu Maya dengan perlahan dan meminta gadis itu memegang kayu penggesek.

" tak pandai...kau ni." Maya merengek sedikit, tetapi sudah buat Sakurai bahagia.

" aku tahu. Kan aku nak ajar, cepat!" Sakurai berdiri di belakang Maya. Tangan kanannya memegang tangan kanan Maya dengan lembut.

" err..." Maya mula tak keruan. Hembusan nafas lelaki itu terasa dekat ditelinganya.

" rileks, jangan gabra. Aku tak makan kaulah..." Sakurai perasan yang tangan Maya sejuk seperti ais, tetapi dia tak lepaskan.

" memanglah...tapi!" Maya terkejut apabila tangan Sakurai mula menaikkan tangannya yang memegang kayu penggesek ke arah violin.

"........." serentak dengan itu juga, satu bunyian indah keluar daripada violin itu. Maya tergamam, sebelum membiarkan lelaki itu memainkan tangannya dengan lembut. Maya terbuai seketika.

" hebat..." Maya keseronokan apabila lagu itu habis dimainkan oleh Sakurai.

" lagu lain...pula...?" Maya tergamam melihat mata hitam galak milik Sakurai memandangnya, lama. Bunyi ombak menampar pantai membuatkan suasana di situ terasa indah dan romantis.

" Sakurai..." Maya terdiam seketika apabila bibir lelaki itu terbenam di bibirnya dengan lembut. Melihatkan reaksi Maya, Sakurai menaikkan dagu gadis itu dan mereka bercumbuan seketika.

" ......" mereka bertentang mata seketika, tetapi Maya tersedar. Dia menolak tubuh Sakurai jauh sebelum berlari untuk ke biliknya.

" Maya!" tetapi, bayangan gadis itu menghilang. Sakurai terduduk bertinggung sambil menggosok2 kepalanya.

Siapa di Hatiku? Shuuu~Where stories live. Discover now