Siapa di Hatiku? Shuu~~11

129 6 0
                                    

Dua hari kemudian...

" kamu berdua ni dah kenapa? Baru habis kelas P.E. ke?" cikgu Daiki naik hairan melihat Maya dengan Sakurai berserabut dan compang camping. Yang seorang pandang kiri, yang seorang pandang kanan. Ini gaduh ke apa?

" ha ah. Baru habis sesi bergusti dekat koridor sekolah tadi, cikgu." Selamba saja Maya menjawab. Sakurai pula diam tanpa suara. Cikgu Daiki menggeleng kepala dengan telatah mereka.

" macam ni, Sakurai. Kamu tahukan perihal kedatangan ketua pelajar sekolah tinggi S akan datang ni?" Sakurai mengangguk. Maya pula duduk di sofa bilik itu tanpa mahu masuk campur. Dia datang ni pun untuk dapatkan makanan percuma lagi.

" jadi, saya minta setiap ahli2 persatuan pelajar sekolah kita terlibat dalam lawatan ini..." mereka meneruskan perbincangan. Dan Maya mula kebosanan, lalu dia keluar untuk ke cafeteria.

" itu saja yang saya mahu bincangkan. Apa2 hal, rujuk saya. Maya?" cikgu Daiki terpinga2. Mana gadis itu?

" eh, mana dia?" Sakurai menggaru2 kepalanya yang tak gatal.

########

Dalam kelas Maya...

" wei, perempuan. Kau ke mana tadi?" tanya Leo.

" aku pergi menjamu selera. Lapar, beb." Selamba saja dia sedawa. Miya menggeleng2.

" baru habis makan? Nasib baik cikgu Sawara tak masuk lagi, kalau tak nahas kau!" Honda mendengus kecil.

" biarlah! Hah, apa hal ni?" tanya Maya. Mereka menunjukkan majalah bulanan sekolah mereka.

" hmm...lawatan sambil belajar? Dekat mana?" Maya menarik majalah itu dan membaca dengan teliti.

" Saitama dan Okinawa? Ahh, aku nak join. Korang?" tanya Maya, dia sudah teruja. Okinawa tuu...

" kami pun ingat nak join, tapi tak bolehla. Sesiapa yang dapat markah terendah dalam exam minggu depan, kena hadapi ulangan. Sepanjang minggu!" terang Honda pula. Maya diam, berfikir. Kemudian dia mendapat idea.

" kita buat group discussion. Lepas sekolah ni, kita lepak dalam kelas buat ulang kaji. Target, 60 dan ke atas. Amacam?" mereka terdiam, memikirkan idea Maya.

" hmm...bernas juga idea kau. Aku, Sastera Jepun. Kau, add-math dan math-moden. Miya, sejarah. Honda, ekonomi. Rinaa, Inggeris. Kyoko pula Kajian tempatan. Dan Keisuke, biologi. Lengkap!" mereka memandang sesama mereka sebelum bertepuk tangan. Okinawa, we're come!!

" masa rehat pun, kita gunakan juga." Mereka mengangguk.

Hari yang sama, lawatan ketua pelajar sekolah tinggi S berjalan...

" arghhh!!! Leo, kau ulang balik. Aku tak faham lah dengan sastera ni." Maya kegeraman. Dia cukup tak suka matapelajaran ini.

" kau sabar sikit boleh tak? Kan aku tengah terangkan ni, cuba senyap sikit!" Leo lagi panas hati. Dalam banyak2 kawan dia, Maya yang paling kurang penyabar.

" memanglah, tapi satu hapa aku tak faham. Dan, kad2 ni. Apa sal kau gunakan untuk mengajar?" Maya memandang kad2 yang dibawa oleh Leo.

" kad2 ini adalah asas dalam sastera. Kalau kau tak hafal benda2 ni, aku tak boleh nak ajar kau yang lain. Basic pun kau fail nak faham!" Leo bengang. Haiss!!

" cih!" rungut Maya, tetapi diambil juga untuk memahami. Baginya, sastera adalah racun pada otak! Apasal lah sastera Jepun wujud?!

" di sebabkan perempuan ni bijak math, aku nak korang belajar matapelajaran yang lain dulu. Math, terakhir kita belajar." Mereka setuju sebelum berpecah belajar, supaya tidak membuang masa. Sesekali terdengar suara Maya dengan Leo bergaduh.

Siapa di Hatiku? Shuuu~Where stories live. Discover now