Siapa di Hatiku? Shuu~~9

140 6 0
                                    

Di  bilik  disiplin…

“………” suasana  hening  menyelubungi  bilik  tersebut. Cikgu  Daiki  diam  tanpa  suara. Maya  dengan  Sakurai  juga  diam.

“ hmm…so, salah  siapa  sekarang  ni?”

“ saya!” Sakurai  mengambil  keputusan  untuk  bertanggungjawab.

“ mereka!” tetapi, Maya  menunding  jari  kepada  senior2  tu. Cikgu  Daiki  ketawa, kecil.

“ sudah! Pergi  sambung  tugas  sana. Kali  ini, cikgu  uruskan  sebab  mereka  memang  dalam  pemantauan  cikgu. Cikgu  yang  tangkap  mereka  merokok  dalam  tandas  baru2  ni.” Sakurai  dan  Maya  memandang  sesama  mereka, sebelum  memandang  cikgu  Daiki. Macam  tak  percaya  je!

“ cikgu, tak  marah  saya  pukul  mereka?” tanya  Maya. Kot2lah  dia  tersilap  dengar  ke  apa!

“ marah  jugak, tapi  kamu  pukul  mereka  sebab  mereka  mulakan  dulu. Betul?” Maya  lambat2  mengangguk.

“ so, biarlah. Kamu  dah  tolong  cikgu  kali  ni, then, cikgu  lepaskan  kamu. Tapi, tiada  lain  kali. Ingat!” Maya  buat  muka  poyo. Sakurai  ketawa  kecil.

“ tengok2kan  budak  ‘baik’  ni, Sakurai. Apa2  hal, inform  cikgu!” Sakurai  menunduk  sebelum  mengheret  si  Maya  keluar.

“ bye, cikgu!” Maya  tersengih  sebelum  memarahi  Sakurai  kerana  mengheretnya  seperti  beg  barang  dekat  airport.

“ mulut…macam  murai!” cikgu  Daiki  ketawa  seorang  diri. Tiba2, dia  ternampak  plastic  berisi  makanan  di  atas  sofa. Siap  ada  nota  kecil  sekali.

“ untuk  aku?” dia  melihat  isi, ada  takoyaki!

“ Maya, Maya…macam2.” Dia  ambil  juga. Macam  tahu2  saja  si  Maya  yang  dia  memang  sedang  lapar  ketika  ini.

#########

Buk!

“ ouch!!” Maya  yang  terduduk  dibantu  Sakurai  untuk  bangun. Reiji  juga  sama.

“ kau  ni  dah  kenapa?! Tak  ada  mata  ke?!” Maya  bengang. Dah  lah  tadi  gaduh  dengan  Sakurai, sekarang  si  Reiji  pula.

“ mulut! Aku  cium  jugak  nanti  kang. Aku  tak  sengajalah!” bebel  Reiji. Ada  ke  patut  dirinya  dikatakan  buta? Memanglah  si  Maya  ni.

“ berani, buatlah  kalau  tak  bersepai  gigi  tu  aku  kerjakan  nanti. Gatal! Miang!” Maya  buat  muka  sebelum  berlalu  pergi. Sakurai  mengekeh  ketawa.

“ memang  perkataan  ‘miang’  tu  dah  melekat  dengan  kaulah, Rei! Hahaha…” mengekeh  lagi  si  Sakurai  ketawa. Sepai  gigi  tu!

“ kau  diamlah!” Reiji  menggumam  marah.

“ kyahhhhh!!!!” Maya kaget,  terkejut. Apa  hal  tu?

“ kenapa  ni?” Maya  bertanya  kepada  salah  seorang  pelajar  di  situ.

“ Bandit! Kumpulan  Bandit  buat  persembahan  di  sini!!!” Maya  terkejut. Bandit?

“ tak  mungkin. Mereka  di  US, kan? Macam  mana  mereka  di  sini?” Maya  tak  percaya. Kebetulan  Sakurai  dengan  Reiji  sampai  ke  tempat  kekecohan  itu.

“ terkejut  ke? Hehe, inilah  surprise  yang  pengetua  kita  buat  kali  ini. Dia  menjemput  kumpulan  Bandit  ke sekolah  untuk  festival  kita!” Sakurai  tersengih2.

Siapa di Hatiku? Shuuu~Where stories live. Discover now