" Sakit! Tolonglah pergi! Jangan pukul aku!, " rayu seorang gadis pada YoonGi. Gadis itu menangis meronta-ronta di bucu bilik stor itu. Tubuhnya dipeluk erat. YoonGi yang hanya berdiri di hadapan pintu mengerutkan dahi. " Kau okay tak ni?, " soal YoonGi. " Pergi lah!!!! Jangan seksa aku lagi!!!, " pekik gadis itu sekuat hati.
" Hey! Apa yang kau buat pada budak tu?!, " Jinyoung menarik kolar YoonGi dan menolak Yoongi hingga merapat ke dinding. " Apa?, " soal YoonGi. Dia betul-betul tidak faham dengan situasi pada waktu itu. " Bagitahu aku apa yang kau buat pada budak tu?!, " soal Jinyoung. Cengkaman pada kolar YoonGi semakin kuat. YoonGi melawan. Dia menolak Jinyoung hingga terjatuh.
" Apa masalah kau ni?! Aku langsung tak buat apa-apa pada budak tu lah! Aku yang dari tadi berdiri kat pintu ni langsung tak sentuh dia, kau tiba-tiba datang serang aku apehal?! Nak tunjuk hero ke apa?!, " marah YoonGi. Dadanya berombak menahan geram. Jinyoung terdiam. Pandangan terus beralih pada gadis itu begitu juga dengan YoonGi.
Gadis itu masih lagi menangis meronta-ronta. " Tolonglah! Sakit! Jangan pukul aku lagi!, " perkataan itu berkali-kali keluar dari mulutnya. Jinyoung cuba mendekati gadis itu tetapi jeritan dan tangisan gadis itu semakin menjadi-jadi. Secara tiba-tiba gadis itu jatuh pengsan.
" Apa kau buat pada dia?, " soal YoonGi pada Jinyoung. Jinyoung hanya menggelengkan kepala menandakan dia tidak tahu.
-
" Alexa!, " seorang gadis terus masuk melulu ke bilik rawatan. Alexa masih tidak sedarkan diri. Gadis itu mengeluh berat. Dia memandang Jinyoung yang berada di sebelah Alexa. Lalu dia mengalihkan pandangannya pada YoonGi yang sedang berdiri dia bucu bilik rawatan itu.
" Awak siapa?, " soal Jinyoung pada gadis itu. " Michell., " jawabnya ringkas. " Siapa awak pada budak ni., " soal Jinyoung lagi. " Nama dia Alexa. Saya adik dia., " ucap Michell. " Terima kasih sebab bawa Alexa ke sini. Jadi korang boleh lah pergi sebelum dia sedar., " sambung Michell lalu menunduk hormat.
" Nanti dulu., " kata YoonGi lalu pergi ke arah Michell. " Apa masalah dia? Tadi aku pergi stor. Bila dia pandang aku je tiba-tiba dia macam orang histeria. Aku langsung tak sentuh dia. Tapi dia punya meronta macam aku belasah dia. Dia sakit ke?, " ucap YoonGi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
" Dia alami androphobia. Dia takutkan lelaki walaupun lelaki tu tak sakitkan dia. Semua tu ilusinasi dia. Bila dia nampak lelaki, bayangan dia seumpama lelaki tu sedang pukul dia. Dia alami phobia tu angkara kisah silam keluarga kami., " terang Michell sambil mengusap rambut kakaknya, Alexa. " Kisah silam apa?, " soal Jinyoung. " Bukan urusan korang. " jawab Michell ringkas.
" Kalau dah tahu dia ada androphobia, kenapa masukkan dia dalam universiti yang ada lelaki?, " soal YoonGi sambil memandang Alexa. " Ni sebahagian daripada terapi untuk hilangkan phobia dia. Dah masuk 2 tahu terapi ni dijalankan, tapi masih belum nampak perubahan dia.," terang Michell.
YoonGi mengangguk faham begitu juga dengan Jinyoung. Jinyoung memandang Alexa yang sedang terbaring dan tidak sedarkan diri. " Dah. Aku keluar dulu. Aku ada kelas sekejap lagi., " kata YoonGi lantas mengatur langkah keluar dari bilik rawatan. " Eh! Tunggu aku!, " kata Jinyoung lalu mengejar YoonGi.
-
Jinyoung berjalan di sebelah YoonGi. " Kau nak apa ikut aku ni? " soal YoonGi selamba. Jinyoung mengetap bibir. " Aku nak mintak maaf pasal tadi. Aku tak sengaja. Aku ingatkan kau apa-apa kan budak tu., " ucap Jinyoung sambil menggaru kepalanya.
" Sudah lah. Aku tak kisah pun. Kalau aku jadi engkau pun aku akan buat benda yang sama. " kata YoonGi lalu menepuk bahu Jinyoung. Jinyoung tersengih. Mereka berdua kembali senyap.
" Lagi satu. Kau kira beruntung jumpa senior macam aku. Kalau kau buat macam tu kat senior lain, mau ke jamban dia pukul kau.," kata YoonGi lalu tersenyum sinis. " Kau senior? Yeke? Muka nampak macam junior je. Kekekekeke., " gurau Jinyoung.
YoonGi memandang Jinyoung dengan muka tidak puas hati. " Woi. Kau pernah rasa kasut masuk dalam mulut tak?, " soal YoonGi sambil menenung tajam mata Jinyoung. " Ehehe. Sorry hyung. " jawab Jinyoung lalu menunduk beberapa kali. " Dah. Sampai sini je lah. Aku pergi dulu. Jangan ganggu aku lepas ni. " kata YoonGi lalu meninggalkan Jinyoung terpinga-pinga. Jinyoung tercengang.
YOU ARE READING
[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «
FanfictionHAHAHAHAHAHAH JANGAN BACA NI GAK. MINDBLOWN AKU BACA CARA PENULISAN SENDIRI. Republished :- 05 October 2016