Chapter Eight

602 95 10
                                    

" Sakit lah!!! Jangan pukul! Sakit!!! Tolonglah!! " Alexa menyeringai kesakitan. Setiap orang yang ingin membantunya ditepis dan ditolak. Dia sakit. Dia takut kalau ada orang yang cuba untuk sakiti dia.

Alexa memeluk tubuhnya seerat yang mungkin. Airmatanya mengalir deras sekali. Setiap inci ditubuhnya terasa sakit. Semuanya effect dari fobia itu sendiri.

Jr mati kutu. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Bila dia cuba untuk dekati Alexa, semakin kuat gadis itu menjerit.

" Apa yang korang tengok tu?! Tak boleh nak tolong ke?! " jerit seorang lelaki lantas dia mendapatkan Alexa yang masih meronta-ronta. Tepisan kuat gadis itu langsung tak dipedulikan. Dia menggendong Alexa pergi dari situ dan menuju ke bilik rawat.

Jr yang perasan lelaki itu membawa Alexa pergi terus mengikut jejak langkah lelaki itu. Semua ni salah aku. Gumam hati Jr dengan 1001 rasa bersalah.

◈◈◈

Dibilik rawatan, Alexa terus tidak menyedarkan diri. Michell duduk disebelah katil Alexa sambil menelefon Puan Lee. Wajah risau Michell jelas terpapar.

Sudah sekian lama Alexa tidak diserang penyakitnya ini, macam mana kalau Alexa kembali seperti dulu lagi? Michell tak mahu usahanya sia-sia begitu sahaja. Airmata Michell menyapa pipinya. Sungguh dia sedih melihat keadaan Alexa.

Lelaki yang membantu Alexa tadi terus menerus menenung Jr yang sedang berdiri disebelah katil Alexa. Ada ke patut Jr hanya berdiri ditempat kejadian tanpa berbuat apa-apa? Memang cari nahas betul.

Lelaki tersebut terus menarik lengan Jr keluar dari bilik rawat itu. Jr yang tersentak hanya mengikuti langkah lelaki itu.

◈◈◈

" Apa yang kau buat dekat Alexa sampai dia kena penyakit tu lagi hah?! " pekik lelaki itu membuatkan Jr terkejut.

" A-aku tak ada buat apa-apa, YoonGi hyung. Aku cuma bercakap dengan dia lepas tu dia terus macam tu. " jawab Jr dengan nada bersalah. YoonGi merengus geram lantas menolak Jr hingga merapat ke dinding.

" Kau pasti yang kau tak buat apa-apa selain bercakap? Kalau kau tak buat apa-apa, kenapa dia boleh jadi macam tu?! Tak mungkin lah kau tak buat apa-apa!! Dia tak akan jadi macam tu kalau tak ada ancaman!! " YoonGi menengking Jr. Entah kenapa dia terlalu marah dengan perkara ni.

YoonGi menarik nafas sedalam mungkin. " Lagi satu, kenapa kau langsung tak tolong dia masa dia tengah menyeringai macam tu?! Kenapa langsung tak ada usaha nak bantu bawa dia pergi bilik rawatan?! " sambung YoonGi lagi.

" Aku nak tolong! Tapi dia tepis dan tolak aku! Makin aku dekat, makin kuat dia menjerit! " bidas Jr. Bukannya dia langsung tak ada usaha untuk bantu Alexa.

" Kau tu lelaki! Bukan perempuan! Tak kan kau tak boleh melawan bila dia tepis kau?! Apa kau ni lembik sangat ke?! Lelaki, bila dia sayangkan seseorang tu, dia akan buat apa sahaja sehabis daya! Bukannya duduk tengok macam orang bodoh je! " balasan YoonGi membuatkan Jr mati kata-kata.

YoonGi meraup kasar wajahnya. Serabut betul lah. Keadaan menjadi sunyi tanpa kata buat sementara waktu. Ada perkara yang bermain dikepala mereka masing-masing.

" Aku tahu yang kau dah lama sukakan Alexa. " ucap YoonGi memecahkan keheningan. YoonGi berpaling kearah Jr.

" Aku dah beri kau peluang sebelum ni. Tapi lepas dengan apa yang kau dah buat ni, aku tak rasa aku boleh beri kau peluang lagi dan sia-siakan peluang aku. " sambung YoonGi sebelum dia menghembuskan nafas berat. Jr memberi sepenuh tumpuannya pada kata-kata YoonGi.

" Start from now on, kita akan berlawan secara lembut untuk dapatkan Alexa. I mean what I said. " YoonGi terus berjalan masuk ke dalam bilik rawatan meninggal Jr yang berada diluar.

" And I will get her no matter what happen, hyung. Secara kasar ataupun lembut, aku tak peduli. And I also mean what I said. " senyuman tipis yang agak sinis terukir dibibir Jr.

[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «Where stories live. Discover now