Chapter Three

920 143 18
                                    

Alexa tunduk dan menggigil ketakutan. Mana kan tidak, seorang lelaki berpakaian serba hitam duduk di sebelah Alexa di dalam kelas itu. Alexa semakin gelisah. Dia lantas memeluk beg miliknya. Dia takut.

Lelaki itu memandang Alexa. Dia perasan yang Alexa tidak selesa dengan kehadirannya. " Awak tak suka saya duduk sini ke? " soal lelaki itu pada Alexa. Alexa tidak menjawab. " Saya duduk sini sebab dah tak ada meja kosong kat belakang sana tu. " sambung lelaki itu.

" T-tak apa. A-a...awak duduk je lah sini. " jawab Alexa tergagap-gagap. " Alexa? " soal lelaki itu. Alexa terus memandang lelaki itu secara spontan. Dari mana dia tahu nama aku? Getus hati Alexa.

" Oh! Nama saya Jinyoung. Orang panggil saya Jr. "

" O-oh... "

" Saya tahu nama awak sebab haritu adik awak beritahu saya. "

" Oh... "

" Awak tak perlu takut dengan saya. Saya tak makan orang. "

" O-okay.. "

Alexa tak mampu mengeluarkan sebarang perkataan lain. Walaupun Jr kelihatan seperti lelaki yang baik, tetapi dia tetap tidak percaya. Lelaki semuanya sama. Lelaki tu penyeksa.

Jr hanya tersenyum. Dia faham dengan keadaan Alexa. Dia ingin membantu Alexa. Dia yakin yang suatu hari nanti dia boleh buat Alexa yakin bahawa bukan semua lelaki sama.

Jr menghulurkan tangan kanannya. " Kita jadi kawan? " soal Jr mesra. Alexa memandang tangan Jr lama. Dia keliru sama ada dia perlu terima atau tolak. Alexa mengeluh berat. Dia menggelengkan kepalanya. " Saya masih tak bersedia untuk berkawan dengan lelaki. " jawab Alexa perlahan.

" Tak apa. Saya faham. Tapi suatu hari nanti saya akan buat awak jadi kawan saya juga. " ucap Jr sambil tersenyum. Alexa menggeleng. " Lelaki penyeksa. " kata Alexa. " Bukan se-- " kata-kata Jr terhenti kerana pensyarah sudah masuk ke dalam kelas.

oOo

Alexa meluru keluar sejurus kelas itu tamat. Kepalanya menunduk, langkahnya laju. Takut. Takut dengan situasi sekelilingnya pada waktu ini. Dia takut jika ada seseorang menyakiti dia. Dia hilang kepercayaan pada semua orang kecuali keluarganya.

Jr mengejar langkah Alexa dari belakang. Dia betul-betul nak berkawan dengan Alexa. Alexa yang perasaan dengan tindakan Jr terus berlari anak. Ketika dia sedang berlari anak, tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan menyebabkan barang mereka jatuh ke lantas.

" Maaf " kata mereka berdua serentak. Lelaki berambut blonde itu terus melutut untuk mengutip barangnya yang jatuh. Alexa masih berdiri kaku. Takut. " Kau nak aku ambilkan barang kau sekali ke? " soal lelaki itu sambil masih mengutip barang.

" Ambil ni. Pemalas. " ucap lelaki itu sambil menghulur barang milik Alexa. " Saya bukan pemalas lah! " kata Alexa dengan suara sedikit meninggi. Lelaki itu memandang wajahnya. Alexa yang baru perasan dengan kata-katanya terus menutup mulut. Entah kenapa secara tiba-tiba suaranya meninggi.

Alexa menunduk. Dia tiada keberanian untuk membalas pandangan lelaki tersebut. Bagi Alexa, suasana pada ketika itu sangat seram. Dia memeluk tubuhnya sendiri dengan erat.

" Eh! YoonGi Sunbae! " tegur Jr yang ketika itu baru sampai dalam keadaan termengah-mengah. " Hi. Kenapa kau ni? " soal YoonGi pada Jr. Jr tersengih lalu menggaru kepalanya yang tak gatal.

" Saya kejar Alexa. " jawab Jr lantas menunjuk Alexa.

" Oh~ Kau nak apa kejar budak pemalas ni? "

" Pemalas? "

" Yup. Tadi barang dia jatuh, bukan nak angkat sendiri. Aku yang angkatkan. "

" Hyung ni, tu pun nak berkira ke? Tak gentle langsung. "

[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «Where stories live. Discover now