Jr menunggu kehadiran Alexa di café yang terdapat di kampus itu. Sudah hampir 20 minit menunggu. Jr mengeluh. Mungkin dia yang terlalu awal atau Alexa yang lambat.
" Jinyoung? " suatu suara yang amat Jr kenali memanggilnya dari belakang. " Alexa. " ucap Jr lalu bangun dari duduk. Senyuman terukir di bibirnya. Alexa dia nampak cantik sangat. Mata Jr langsung tidak berkelip.
" K-kenapa awak pandang saya macam tu? " soal Alex perlahan. Dia mula merasa takut. Buku yang dipegang mula dipeluk seerat mungkin.
Jr menggelengkan kepalanya berkali-kali dan menggosok matanya untuk mengelakkan dari terus hayal dengan kecantikan Alexa. " Tak ada apa-apa. " jawab Jr. " Eh jemput lah duduk. " sambungnya lagi.
Alexa mengambil tempat di hadapan Jr. Dan secara tidak sengaja mereka bertentangan mata antara satu sama lain.
oOo
YoonGi mengambil sweater biru cair dan menyarungkannya pada tubuh. Kasut converse berwarna biru gelap dipakai dan sangat sesuai bila dikenakan dengan jeans gelap.
Dia menyandang beg sandangnya lalu mengambil telefon pintar yang berada di atas meja belajarnya. Hari baru, kawan baru. Getus YoonGi sebelum dia tergelak kecil.
YoonGi membetulkan rambutnya sebelum dia turun ke bawah.
oOo
Alexa segera mengalihkan pandangannya. Mukanya merona merah dek kerana tenungan mata Jr padanya. " Awak blushing. " ujar Jr lalu dia tergelak kecil. " Saya kacak sangat ke sampai awak blushing ni? " sambung Jr.
" M-mana ada. A-wak tu jangan lah t-tenung saya lama-lama. " kata Alexa dengan nada tersekat-sekat. Mukanya menunduk tetapi terkadang matanya cuba untuk memandang Jr. " Kenapa? Tak boleh ke saya pandang beautiful creature depan saya ni? " Jr tersenyum nakal.
Alexa segera menghadang mukanya menggunakan buku. Jr tergelak kecil. Comel. Getus Jr.
oOo
" Yoon, mak balik lewat hari ni. Jadi, boleh tak Yoon makan dekat luar? Nah ambil duit ni. " ucap Puan Min lalu menghulurkan duit kepada anaknya. YoonGi mengangguk lalu mengambil duit itu.
" Mak janganlah balik lewat sangat. Mak pun perlukan rehat. Sejak dua menjak ni mak selalu sangat balik lewat. Risau Yoon. " YoonGi mengerutkan dahi sambil tangannya memegang tangan Puan Min.
" Iya. Jangan risau lah. Dah pergi cepat. Nanti lewat masuk kelas. " kata Puan Min sambil tersenyum. " Tengok tu. Bila Yoon cakap pasal tu, mak mula lah menghalau Yoon. " YoonGi memuncungkan mulutnya.
Puan Min tergelak kecil. " Alolo anak mak ni. Mana ada mak menghalau. Betul lah nanti Yoon lambat, prof marah. " Puan min mencubit pipi anak lelakinya. YoonGi mengangguk faham.
" YoonGi pergi dulu. Mak jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan lupa makan. " ucap YoonGi lalu bersalaman dengan Puan Min. Tidak lupa juga, dia mengucup dahi Puan Min sebelum dia berangkat pergi.
Apa saja lah anak aku seorang ni. Getus Puan Lee lalu tersenyum.
oOo
" Awak sudah lah pandang saya macam tu... Saya takut lah.. " wajah Alexa umpama mahu menangis. " Ah sorry. Saya tak buat lagi. " ucap Jr sambil menepuk-nepuk pipinya.
Tiba-tiba ada seseorang yang menyentuh bahu kanan Alexa. Kerana refleks semula jadi, Alexa terus menyiku perut seseorang yang berada di belakangnya dan memusingkan tangan lelaki itu. Tak heran lah, Alexa mempunyai seni mempertahanlan diri tapi malangnya dia terkadang penakut.
Jr yang berada di hadapan Alexa tercengang dengan tindakan gadis itu. " YoonGi hyung! " Jr terus mendapatkan YoonGi yang sudah terbaring kesakitan.
YOU ARE READING
[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «
FanfictionHAHAHAHAHAHAH JANGAN BACA NI GAK. MINDBLOWN AKU BACA CARA PENULISAN SENDIRI. Republished :- 05 October 2016