Chapter Seven

677 99 17
                                    

YoonGi termenung memikirkan hal malam semalam. Tanpa dia sedari bibirnya mengukirkan senyuman. Dia sebenarnya dah jatuh cinta pada Alexa. Tapi dia masih belum bersedia untuk terima sesiapa menghuni hati dia.

* flashback *

" S-sorry. Aku tak sengaja. " YoonGi tergagap. Mukanya merona merah. Alexa masih mendiamkan diri dan tidak memandang wajah YoonGi. Malu!

" K-kalau kau rasa tak s-selesa, kita boleh keluar panggung. " cadang YoonGi sambil menggosok lehernya.

Alexa menunduk. " M-mianhae. Salah saya. " kata Alexa perlahan. YoonGi menoleh kearah Alexa lalu dia memberi senyuman tipis pada gadis itu.

Kemudian Alexa menoleh kearah YoonGi dan secara tidak langsung mata mereka bertembung. Alexa mendekatkan wajahnya dengan wajah YoonGi.

YoonGi terkedu. Jantungnya terasa seperti hendak tercabut dengan kelakuan gadis itu. Alexa meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi YoonGi.

" Yoonie oppa demam ke? Dari tadi muka oppa merah. " soal Alexa perlahan bagi tidak mengganggu konstrentasi penonton. YoonGi terkedu. Sah muka dia merah menyala sampai kat dalam panggung yang gelap pun Alexa boleh perasan.

Lalu YoonGi memegang dagu Alexa. " Kau tu pun, demam ke? Muka merah semacam. " Alexa segera melepaskan tangannya dari muka YoonGi.

Baru dia terfikir yang YoonGi sedang malu.

* end flashback *

" Hyung!!!!!! "

YoonGi tersentak dari lamunan lantas dia menoleh kearah Hoseok. " Apa?! Kacau betul lah kau! " marah YoonGi.

" Ha! Dengar pun! Ingatkan dah pekak sangat sampai kitorang panggil pun tak dengar. " perli Taehyung.

YoonGi mencebik. " Cubalah jangan ganggu bila aku nak berangan pasal perempuan. Haihh. " kata YoonGi perlahan tetapi kata-kata masih dapat ditangkap oleh Hoseok dan Taehyung.

" Woooooo!!! Hyung sejak bila kau ada selera dekat perempuan ni? " ucap Taehyung sambil dia menyucuk pipi YoonGi yang gebu. Hoseok ketawa mengejek. " Aku lupa pula yang selama ni dia cuma ada taste dekat lelaki! " seloroh Hoseok mengeluarkan kata.

PAKK!

Mulut Hoseok dan Taehyung ditampar kuat oleh YoonGi. Hoseok dan Taehyung menyeringai kesakitan. " Kau datang sini kalau nak cari masalah baik kau blah. " halau Yoongi.

" Tch. Kau fikir kitorang nak ke datang sini jumpa kau? Ni, ada awek nak jumpa kau. Dia tunggu kau kat Taman Herba. " kata Hoseok dengan nada menyampah.

" Siapa? " soal YoonGi acuh tak acuh. " Entah. Dia kata nama dia.... " Hoseok menggaru kepalanya untuk mengingati nama orang itu.

" Sera. Kim Sera. Kot lah. " kata Taehyung, membantu Hoseok dari terus serabut memikirkan nama.

" K. " ucap YoonGi sebelum dia pergi meninggalkan Taehyung dan Hoseok. Tak guna betul. Dah lah tak ucapkan terima kasih.

Hoseok merengus geram. " Aku rasa macam nak belasah je YoonGi hyung  tu. Tak ada adab ke? " katanya sambil mengetap gigi.

Taehyung menggosok belakang Hoseok supaya bertenang.

◈◈◈

Bahu kanan Kim Sera dicuit. Sera menoleh kebelakang tetapi tiada sesiapa. Dia menelan airliurnya yang terasa kelat. Tak kan lah pagi-pagi ada hantu. Bisik hati kecilnya.

" BAHHHHHH!!! "

" WARGHHHH!!!!! "

YoonGi tergelak melihat reaksi terkejut Sera. Sera mengurut dadanya lalu memukul dada YoonGi berkali-kali.

" Sampai hati oppa!! Sera terkejut lah! " rengek Sera separuh menjerit. Hendak sahaja dia menangis disitu. Tak guna.

" Ahhh aduh sakit! Jangan lah. Oppa gurau je. " YoonGi menutup bahagian dadanya daripada terus dipukul oleh Sera.

Sera menghentikan perlakuannya lantas mencebik. Dia lantas berpaling dari menghadap YoonGi. " Aloloooo. Jangan lah macam ni. Oppa gurau je lah. " ucap YoonGi lantas dia menarik rambut ekor kuda Sera membuatkan kepala Sera terikut kebelakang.

" Sakit lah gila! " Sera lantas memukul lengan YoonGi lalu mereka berdua tertawa. Sera melihat YoonGi yang masih seronok ketawa. Jujur untuk dikatakan, dah lama dia tidak melihat YoonGi seceria ini sejak peninggalan YoonJae.

Seolah-olah aura kebahagiaan YoonGi sewaktu YoonJae masih ada sudah kembali semula padanya. Sera dapat rasakan yang YoonGi betul-betul ikhlas sekarang. Entahlah. Mungkin firasatnya betul dan tak mustahil kalau ianya salah.

YoonGi memandang Sera yang sedang melihatnya tanpa berkedip dengan sisa tawanya. " Kenapa tengok oppa macam tu? " soal YoonGi membuatkan Sera tersentak dari lamunannya.

Sera tersenyum kecil. " Dah lama tak nampak oppa happy macam ni. " jawapan Sera membuatkan YoonGi tersentak. Wajahnya berubah dingin semula.

Sera sedikit terkedu dengan perubahan ekspresi wajah YoonGi. " S-sera tak bermaksud nak buat o-- "

" Tak pe lah. Ada apa Sera nak jumpa oppa? " YoonGi memotong kata-kata Sera dan mengubah topik. Sera membulatkan matanya dengan wajah teruja. Baru dia ingat tujuan asal dia.

" Oppa! Oppa! Sera nak sangat jumpa Alexa! Bila oppa nak bawa dia jumpa Alexa?! Panggil lah dia! Sera nak jumpa! " Sera menggoncang-goncangkan lengan YoonGi merayu agar lelaki itu membawa Alexa berjumpa dengannya.

YoonGi terdiam sebelum wajahnya berubah merah. Tiba-tiba dia teringatkan hal semalam sekali lagi. Ahh tenang lah YoonGi. Kau nak blushing pulak ni apehal? YoonGi bermonolog.

" Eeeeee oppa blushingggggggggg!!! Ahahahaha! Malu lah tu!! " usik Sera sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.

Wajah Yoongi bertambah merah. " Ahahahahahaha! O-oppa ada kelas! Jumpa petang ni! Bye!! " YoonGi lantas meninggalkan Sera untuk menyelamat diri.

Hahhahaha! Gedik! Getus Sera.

◈◈◈

" Busuuuuukkkkk~ " rengek Jr tatkala Alexa menyua roti kaya pada Jr. Alexa mengerutkan dahi. Dah demam tu buat jelah cara demam. Mengada pula. Getus Alexa.

" Habis tu oppa nak makan apa? Dah macam-macam Alexa beli. Oppa kata busuk juga. Hidung tu tersumbat dengan hingus tu. Sebab tu bau busuk. " bebel Alexa lalu dia menyuakan roti kaya pada mulutnya.

" Pai ti diaaa. " kata Jr seolah-olah sentap dengan nada Alexa sebentar tadi. Jr berpaling dari Alexa.

" Ha merajuk lah! Muncung mulut tu sampai panjang sedepa tu tak apa! " perli Alexa. Sebenarnya dia penat hendak melayan kelakuan lelaki itu yang kuat mengada.

PAKK!

Jr memukul meja cafe itu dengan tangannya. Alexa terkedu. Jantungnya berdegup kencang. Peluh dingin menyapa dahinya. " Fine! Nanak kawan Alexa. " rajuk Jr.

Kepala Alexa terasa berpinar.

" JANGAN!!!!!!!!!!! " jerit Alexa secara tiba-tiba membuatkan Jr terkejut.

" Jangan pukul!!! Alexa merayu!!! Papa!!! Tolong jangan Pukul Alexa!!! Pergi!!!! " Alexa meronta-ronta hingga terjatuh dari bangku cafe itu. Dia menangis semahu mungkin. Jr cuba mendekati Alexa tetapi Alexa asyik menepis tangannya dan menjerit.

Semua orang yang berada di cafe semua memandang.

" Sakit!!! Jangan lah pukul Alexa!!! "

Jr tersilap.

Dia tak sepatutnya pukul meja itu tadi.

Kini Androphobia datang menyerang Alexa lagi.

[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «Where stories live. Discover now