YoonGi membuka matanya perlahan. Sinaran matahari petang yang menerjah masuk dari tingkap biliknya amat menyilaukan. Tiba-tiba dia teringat tentang kejadian tadi.
YoonGi meletakkan lengannya di atas dahi. Dia mengeluh berat. Apa lagi lelaki tu nak? Getus YoonGi. YoonGi bangun dari katilnya dan menuju ke arah meja belajarnya. Dia membuka komputer riba lantas jari jemarinya menaip sesuatu.
" Pembunuhan Min YoonJae. Bapanya pembela suspek. "
YoonGi mengetap gigi. Entah kenapa dia masih mahu membaca artikel itu berulang kali walaupun dia tahu perkara itu hanya akan menambahkan amarahnya. Dada YoonGi berombak.
Kes itu pernah menjadi berita hangat suatu ketika dahulu. Manakan tidak, bapanya menjadi pembela suspek pembunuhan daripada membela pihak keluarga sendiri. Kejam. Pengkhianat.
Dahulu, YoonGi merupakan seorang yang ceria dengan orang sekelilingnya. Suka berinteraksi, mengambil berat. YoonJae merupakan adik kembar YoonGi. YoonJae lah yang selalu menjadi tulang belakang YoonGi dan mendorongnya dalam apa jua perkara.
Tetapi sejak kejadian itu, YoonGi lebih suka menyendiri. Kehilangan YoonJae memberi impak yang besar pada diri YoonGi. Dendam. Dia sangat berdendam pada bapanya.
YoonGi bangun dan mengambil sweater merahnya. Dia lantas keluar dari biliknya. Dia perlukan ketenangan. Dia tak boleh terus menerus macam ni.
oOo
Alexa sedang bersiar-siar di taman permainan bersama adiknya, Michell. Mereka pergi ke arah bangku yang terdapat di taman itu dan duduk.
" Terima kasih. " ucap Alexa pada adiknya. Michell memandang Alexa sebelum dia mengerutkan dahi. " Untuk apa? " soal Michell.
" Untuk semua perkara yang Michell dah buat untuk kakak. " Alexa lantas memeluk tubuh Michell erat. Michell membalas pelukan itu. " Shh. No mention. " ucap Michell.
" Michell buat semua ni untuk kebaikan kakak. Michell tak sanggup nak tengok kakak sakit macam ni. Tapi kakak kena tolong diri kakak juga. " Michell meleraikan pelukan mereka. " Tak ada hasilnya kalau Michell seorang je yang berusaha untuk pulihkan kakak. Kakak kena yakin pada diri sendiri yang kakak mampu lakukan. " sambung Michell lagi. Senyuman terukir pada bibirnya.
" Kakak kena ingat, Mama dan Michell bukan selama-lamanya dengan kakak. " ucap Michell sambil mengelus rambut kakaknya. Sayang? Mestilah dia amat sayang pada kakaknya.
Airmata Alexa berguguran. Dia sangat bersyukur mempunyai adik yang sangat memahami dan menyayangi dirinya. " Kakak akan cuba. " kata Alexa sambil tersenyum.
" Oh! Kakak dah cuba berkawan dengan lelaki! " ujar Alexa. Michell membuka matanya besar. Like seriously?! Getus Michell. " Yeke? Dengan siapa? Macam mana kakak kenal? Diorang okay tak? " Michell terlalu teruja untuk tahu. Tak lama lagi, mungkin usahanya akan membuahkan hasil.
" Dengan Jinyoung dan Yoonie... Uhm. Kakak tak berapa ingatlah nama lagi sorang tu. Sebab dia tak berapa peramah macam Jinyoung tu. " Alexa mula membuka ceritanya. Michell bersungguh-sungguh ingin mendengar cerita Alexa.
Inilah yang membuatkan Alexa terlalu sayangkan adiknya. Selain dari sikapnya yang memahami dan mengambil berat, Michell merupakan orang yang kedua dalam hidupnya yang sudi menjadi telinga dan bahu dalam hidupnya.
Tatkala mereka sedang seronok bercerita, satu tin minuman yang kosong terbang ke arah mereka. Mereka berdua serentak memandang ke arah seseorang. Mereka yakin yang lelaki itu adalah pelakunya.
Lelaki bersweater merah itu menuju ke arah mereka berdua. Lelaki itu mengambil tin kosong. " Maaf. Tersasar. " ucap lelaki itu lalu menunduk hormat. Dan dia mula mengambil langkah untuk pergi.
" Yoonie? " ucap Alexa. Muka lelaki itu macam pernah dia lihat. Lelaki itu memandang ke arahnya. " Uhm? " soal lelaki itu sambil menggaru kepalanya. " Awak Yoonie kan? Michell ni lah lelaki yang jadi jawan kakak tu. " Alexa menunjuk ke arah lelaki itu.
" Uh? Yoonie? " soal lelaki itu lagi. " Yelah. Awak Yoonie kan? Awak ingat saya lagi tak? " kata Alexa. " Kakak silap orang kot. " Michell menyampuk. " Tak! Dia ni lah. Dia yang panggil kakak pemalas. " Alexa memuncungkan mulutnya.
Macam ni ke perangai dia dengan adik dia? Ahaha. Comel. Getus lelaki itu. " Oh. Ingat. By the way, nama aku YoonGi. Bukan Yoonie. " ucap YoonGi lalu menunduk hormat. " Oh. Saya Michell. " Michell lantas membalas tundukan hormat dari YoonGi.
Mereka bertiga berbual dan memperkenalkan diri. Setelah agak lama berbual, Michell mengajak YoonGi ke rumah mereka untuk makan malam dan suai kenal dengan keluarga mereka. Pada awalnya YoonGi menolak tetapi bila sudah di ajak berkali-kali akhirnya dia setuju.
oOo
" Jemputlah makan. " Puan Lee menjemput YoonGi untuk makan dengan mesra. YoonGi tersenyum sebelum dia mengucapkan terima kasih. Mesranya keluarga dia ni. Getus YoonGi.
Sedang mereka asyik menjamu selera, Puan Lee mula membuka bicara untuk hilangkan rasa kekok yang ada pada YoonGi. " YoonGi dah berapa lama kenal Alexa? " soal Puan Lee lalu meneguk jus oren.
" Uh? Er.... Baru... Baru... D-dua hari. " YoonGi tersengih. Ah mampus aku. Baru dua hari kenal dah datang rumah orang. Getus YoonGi sambil menggaru kepala. " Oh. Janganlah kekok sangat. Kami bukannya nak tangkap YoonGi. " gurau Puan Lee. YoonGi tersengih lagi. Itu sahaja yang dia tahu.
Setelah mereka selesai menjamu selera, Puan Lee mengajak YoonGi untuk berbual berdua dengannya. Ada sesuatu yang hendak dia katakan pada YoonGi.
" YoonGi-ah. " sapa Puan Lee. " Ya saya. " YoonGi menyahut. Puan Lee tersenyum. " YoonGi tahukan keadaan Alexa yang sebenar? " soal Puan Lee. Mukanya sedikit berubah.
YoonGi mengangguk. " Memandangkan YoonGi kawan lelaki pertama Alexa, mama nak mintak tolong YoonGi. Boleh? " ucap Puan Lee dengan membahasakan dirinya mama. YoonGi membesarkan matanya. Bukan aku lah kawan lelaki pertama Alexa. Getus YoonGi.
" Mama tahu mungkin YoonGi tak selesa. Tapi... Mama berharap sangat yang YoonGi dapat tolong pulihkan Alexa. YoonGi jangan rasa yang mama nak gunakan YoonGi. Alexa perlukan terapi. Mama taknak dia terus macam ni. YoonGi fahamkan maksud mama? Jadi mama berharap sangat YoonGi dapat bantu mama. " ucap Puan Lee sambil menenung anak mata YoonGi. Airmatanya bertakung tatkala bercakap tentang Alexa.
Perasaan simpati mulai merasuk hati YoonGi. " Saya akan bantu dia. Mama jangan risau. " kata YoonGi lalu tersenyum mesra. Bila melihat wajah Puan Lee, dia teringat akan emaknya.
" Terima kasih. " ucap Puan Lee dengan gembira. YoonGi mengangguk. Mungkin ini permulaan untuk YoonGi kembali jadi seperti dulu.
oOo
" Saya minta diri dulu. Terima kasih untuk makan malam. " ucap YoonGi sambil tersenyum. Puan Lee dan Michell mengangguk lalu membalas senyuman YoonGi.
Tatkala YoonGi hendak melangkah pergi, tiba-tiba langkahnya terhenti kerana terdengar suara seorang perempuan menyembut namanya. " See ya, Yoonie! " ucap Alexa sambil menyorok di belakang Puan Lee.
YoonGi tersenyum lalu melangkah pergi. Entah kenapa YoonGi terasa bahagia tatkala dia melihat Alexa. Comel. Getus YoonGi.
YOU ARE READING
[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «
FanfictionHAHAHAHAHAHAH JANGAN BACA NI GAK. MINDBLOWN AKU BACA CARA PENULISAN SENDIRI. Republished :- 05 October 2016